Saturday, April 18, 2009

15minit Vietnamese Spring Roll berinti Salmon



Inti
1 bungkus Salmon with dill (yang siap sedia, ada dijual dipasar raya)
1 biji tomato segar (dihiris nipis)
1 pohon daun saderi (dimayang)
50 gram cendawan butang segar (yang kecil)
1 bungkus suhon (dicelur dengan air garam mendidih 2minit kemudian rendam dalam air sejuk)
1 biji lobak merah (di parut)
2 biji cili merah segar (dicencang)

Kulit
1 bungkus rice paper (di rendam dengan air suam hingga lembut)

Cara-caranya:
Campur semua bahan sayuran diatas. Kemudian ambil rice paper dan gulung seperti kita membuat popia.







Sos
Chicken Rice Thailand cilli sauce (atau yang sewaktu dengan nya)
Mayonaise
Thousand Island

Homemade Thousand island sauce
2 sudu besar mayonaise
1 sudu kecil sos cili
1 sudu teh daun bawang cencang
1/2 biji jus limau nipis(optional)
Campur semua dan gaul hingga mesra.



Hidangan yang rengkas dan mudah. Sesuai untuk majlis kecil dirumah. Awda boleh menyediakan hidangan ini beberapa jam awal sebelum tetamu datang. Silakan

6 comments:

Ummu Aqil said...

wah akak mon yg nih nampak menarik bebeno..leh nak tlg test tak?

NURAZZAH8 said...

Nina,
tahun ni ada datang ke Pesta Buku Antarabangsa KL tak?
sila emel jika ada datang...

nurazzah8@yahoo.com

Nina Suria said...

Aishah@Ariffin@Aqil
Salam jumaat Aishah, hari jumaat ni memang seswai nak test popia vietnam nih :)

nurazzah8
Pesta Buku tahun nih Nina tak berkesempatan memeriahkannya bersama. Hati bagai nak digaru2, rasa nak terebang. Tapi apakan daya, nak peluk gunung Fuji tangan tak sampai huhuhuhu :((

Unknown said...

salam suka dtg sini..suka tgk deco kek dan cc...suka tgk bunga...

tahun ni tak gi pesta buku ke?

Nina Suria said...

salam kak ina kl
kakmOn tak sempat nak jenguk pesta buku KL2009 ni, tengah pulun ngan projek kek dan cuppies.

Insya Allah jika diizinkanNYA kita akan pergi next book fair

terimakasih sudi singgah kakmOn yg dah berhabuk nih ;)

Anonymous said...

Sedapnye!!! nanti boleh cuba resipi ni.

http://blogresipi.wordpress.com/