Monday, June 08, 2009

Gempar

Petang itu kami anak beranak ampar, tidur pules selepas beriadah di Funfair CHMS bagi mengutip tabung AL-MUHTADEEBILAH. Kepalaku berat, bila bangun, banyak bintang kejora berpusar-pusar di atas kepala. Tapi aku gagahi jua bangun, solat Asar. Di kamar mandi, sayup-sayup, di telinga ku bunyi bekuritikan. Hujan???

Aku lihat luar jendela kecil kamar mandiku. Jerebu? Aku cepat panjat mangkuk tandas, meninjau dari jendela kecil itu. Subhanallah. Api. Menjulang tinggi. HANGUS. Secret garden haku?

Aku terus berlari keluar bilik, mengetuk bilik anak-anak. Mereka masih tidur pules. Berlari pecut 100meter, kebawah.

Orang kampung di luar sudah gempar. Api marak. Berlari dan menjilat pokok-pokok di belakang rumah kami. Begitu pantas api melepasi beberapa hutan kecil di belakang rumah.

Empat-lima orang anak muda kampung, dengan muka panik meminta baldi dan hos pada ku. Baldi ku di belakang tiba-tiba hilang, entah kemana. Aku tunggang tong sampah yang penuh dengan sampah lalu menghulurkan pada anak muda tadi. Darurat.

Beberapa minit kemudian, api yang sudah marak berhampiran garage kereta sudah padam, tinggal asap dan abu daun hitam berterbangan.

Tiga puluh minit kemudian sebuah lori BOMBA pun sampai. Tapi api di belakang rumahku sudah padam di siram oleh orang kampung. Kini api itu sedang menjilat pokok-pokok rumah jiran-jiran yang lain.



Sejam kemudian datang lagi lori BOMBA kedua dan ketiga. Keadaan kucar-kacir sedikit. Ahli BOMBA jua turut panik.



Hingga ada satu adengan yang TIDAK ingin kita lihat. Oooops.




Belakang rumah kami sudah lapang, pokok kelapa jiran yang baru saja ditanam pun habis dijilat api.

8 comments:

ummi said...

Salam rindu KakmOn, waaah dah tukar cat baru rumah ni, cantiiiikkk...eh sayangnya garden kakmOn terbakar ya? Ish ish..teruk tengok tuh! Apapun, bersyukur api tidak terus mara menghala ke rumah kakmOn eh, xpalah, nnt kakmOn tanam hutan batu je laaa..x bimbang dijilat api, hehee..(*gurau je kakmOn yaa..) Ummi tumpang sedih gak, maklum tempat mata sejuk memandang hari-hari dah habis terbakar..Mujur xda kemalangan jiwa kan, nnt tanam pokok lain taruk baja banyak2 eh..cepat besar semula..
*psstt...tutup mata ni, x mau tengok bomba tu pnya montooottt..hehe

Jid said...

kakmonnnnnnnnnnnnnn... bomba betul2 dtg ke? sms tu betul2 rupanya..jid ingat kakmon buat kek bomba.. uwaaaa...

kakmon.. camna boleh terbakar?

nak tgk rupa garden kakmon.. huhu.. oh! pohon orked...

apa2 pun syukurrr semua selamat ya...

Mamasya said...

Salam K.Mon..

Syukurlah kebakaran dpt diatasi cepat...tiada harta benda yg musnah.camna dgn garden k.Mon...habis semuanya ke ?
byk2 bersabar ya k.Mon....yg penting semua selamat....pokok2 bunga boleh tanam semula.
lembut aja cat dinding warna pink umah baru k.Mon ni....

cikwan said...

wahh..sudah ber carpet baru rumah kakmon ni..agak lama saya tidak kemari.

alhamdullillah kebakaran dapat diatasi segera, mcm same plk ruper uniform bomba tu dgn bomba msia..rasenyala..

cbox kakmon itu demam agaknyer,,ntah bape kali nk tanya nombor spam dr saya...huhuhuhuuuu

Mat Gebu said...

salam kak monnnn...muahhh!!!....nasib baik tak de kemalangan jiwa....pstt, kesian kat bomba man tu kan kak mon, sampai nak terlondeh seluar dia...hehehe (ketawa dalam sopan)....

Nina Suria said...

Ummi
Salam rindu gak buat ummi, ya Alhamdulillah, api tu cuma sempat naik dekat garage kereta, tapi cepat di cantas budak2 kampung. Cuma anak-anak pokok kat bawah semua hangus terbakar. Yang sebelah atas cuma kena bahang panas api saja, layu. Tapi tadi nampak daun muda dah mula muncul :) Syukran Jazilan

Jid
A'ah, time jid SMS kita dok jadi firewoman hahahahahaa

Nina Suria said...

mamasya
Alhamdulillah semua selamat, tapi bila ingat2 waktu kecederaan tu, kita panik tak tahu nak buat apa, anak2 pun kelam kabut pakai baju, sebab dorg soma tgh tdo ngan baju yg ehem ehem ehem.. maklum aja lah kan.. time tu panas ya amat :D

Aisyah,cikwan,pert
Kita suwuh kakak jd interior designer, sebab kakmOn lagi pulun ngan gayah enterprise... Rumah ni pun belum siap lg sepenuhnya.. sebab tak cukup bayaq designer tu hikhikhikhik

Nina Suria said...

Mat Gebu
Salam Mat, tkasih masih sudi singgah rumah kakmOn yg dah berhabok nih.

Cerita disebalik tabir bomba tu memang lucu ya amat. Paip air tu tak pernah di buka pun sejak kakmOn membangun rumah disini, Bayangkan 9tahun paip tu tak diusik, mana tak berkarat. 4 - 5 org bomba tu cuba buka, tak dapat2. Hingga banyak adengan yg pelik2 sempat kami tontoni.. Akhirnya api padam dengan hanya menggunakan air paip rumah hahahahahahah