Saturday, September 05, 2009

Sandwich Cheese Cake



A
7 biji telur
1 sudu teh ovalette
125gram tepung naik sendiri
200gram gula caster ( 1/2 gula makan

B
250gram mentega cair

C
250gram krim keju(hawa bilik
1/2 cawan susu cair

D
Krim putar/Krim keju
Blueberry fillings atau yang sewaktu dengannya

1. Panaskan ketuhar 180celcius

2. Masukkan semua bahan A kedalam mesin kek. Pukul hingga gebu. Matikan mesin.
3. Masukkan mentega cair, kaup dan balik-balikkan hingga rata. Ketepikan.
4. Pukul bahan C hingga lembut.
5. Masukkan separuh bahan A tadi. Kaup dan balik-balikkan. Kemudian masukkan lagi lebihan bahan A tadi. Kaup seperti tadi.
5. Tuang adunan kek kedalam dulang swiss roll yang telah dilapis dengan kertas minyak.
6. Bakar 15minit atau hingga masak. Sejukkan.
7. Sandwichkan dengan krim putar dan blueberry filling.
8. Bedakkan dengan gula aising sebelum dihidangkan

~Anekdot~
Salam 15Ramadan semua. Sudah lama ingin mengongsikan resepi kek yang mudah lagi nyaman ini, tapi waktu tidak ingin bersahabat dengan kakmOn. Maka, resipi ini terkambus lama didalam 'CPU' kakmOn yang dah semakin digodam cacing dan virus segala bagai.

Harap kek ini dapat menghiasi meja di Aidilfitri yang tak lama menjelang ini. Sekian dulu untuk pertemuan tengahari ini.

3 comments:

Jid said...

kakmon.. jid nak try la raya nih... nak bagi blueberry meleleh cam atu.. heheh...

norza said...

Salam keindahan Ramadhan buat mon yg jauh di seberang lautan. Hanya doa dapat ku kirimkan semoga sentiasa dirahmati Ilahi sepanjang waktu... Meski lama tak ke mari, budi baik Mon & kemesraan tiada pernah dilupakan...

Nina Suria said...

Jid
baguslah tu, esok masuk rombongan cik kiah, tak risau kakmOn dibuatnya :p

norza
Salam peluk cium buat kak norz jugak, pasti dah siap meriah rumah sambut aidilfitri tahun ni, kan???

dikesempatan ini jugak nina pohon kemaafan mana-mana yg tersilap, terlanjur, tergelak... kita ni kan selalu riuh2 aja, kan?

sayang
kakmOn