Semalam hujan turun lebat membasahi kebun belakang, hujan RAHMAT yang sudah lama kami rindukan. Alhamdulillah.
Aku terpaku di jendela mendengar suara hujan. Air hujan menaikkan aroma rumput yang baru saja diketam semalam, sungguh harum menyucuk-nyucuk hidung. Dua-tiga ekor burung sedang berteduh dibawah pergola menggigil kesejukan. Kesian...
"Babu! Permintaan babu terkabul". Leyn mengejutan aku dari belakang dengan senyum meleret mengikuti ku berdiri di tepi jendela..
Wah! tinggi SUNGGUH bahasa si-Jentayuku ini. Aku terkasima dibuatnya.
Rupanya doa minta hujanku dua-tiga hari yang lalu di kebun belakang itu telah ditangkapnya. Syukran Jazilan.
"Kas tah main ujan". 'Ide Fukuchanku' membuat leyn teruja, terus memngambil payung Dora warna pinknya keluar...
Hujan turun
Hujan turun
Di sini...
Di sini...
Mari kita mandi
Mari kita mandi
Burr burr burrrr..
1 comment:
kakmon... jid sangat suka hujan.. dan sangatttttttttttt suka bau tanah/rumput selepas hujan.. teringat masa zaman study dulu, oleh kerana asrama jid dekat dengan bukit, setiap kali hujan, jid akan berangan tepi tingkap sambil menghirup aroma segar yg dtg dari bumi..:)
wahhhhhhhh.. Leyn sudah guna BMT (Bahasa Melayu Tinggi)...gud2.. hehehe
Post a Comment