Wednesday, March 24, 2010

Cuti Sekoah

Salam pagi rabu yang indah. Alhamdulillah, sudah beberapa minggu menunggu, akhirnya hujan yang ditunggu pun turun dengan rahmah Illahi jua. Syukran jazilan.



Cuti sekolah sudah tinggal beberapa hari saja lagi. Kami tidak kemana-mana, cuma melayan anak-anak dengan hobi masing-masing di rumah. Lagi pula sibuk dengan persiapan majlis nikah kahwin anak buah bang Mat di awal April nanti.

Oh yah! di sini kakmOn kongsikan hidangan anak dara kakmOn yang mudah lagi sedap. Kupang hijau bakar bersama minyak zaitun dan keju Cheddar.



1 cawan tepung serbaguna, ramaskan bersama 1 sudu mentega beku yang dicenceng hingga rata. Tambahkan secubit garam, daun saderi, 1/4 cawan keju cheddar yang diparut halus dan minyak zaiton. Uli hingga menjadi doh yang lebut. Kemudian letakkan doh tadi keatas kupang  hijau dan bakar hingga kuning keemasan.



Hidangkan sementara masih panas. Walah!



Wednesday, March 17, 2010

Leyn dan kek cawan

Krim Keju Stroberi:
250 gram keju krim
1/2 cawan aising
1/2 cawan krim putar
1 sudu makan straberry paste

Pukul krim keju bersama gula aising hingga lembut. Masukkan krim putar dan strawberry paste dan pukul(perlahan) lagi hingga kembang. Ketepikan.

Kek Cawan Oren:
150 gram majerin
2 biji telur gred B
1/2 gula aising
1 cawan tepung kek
1/4 cawan susu segar
1 sudu teh orange paste



Panaskan oven 180.

Majerin dan gula aising dipukul hingga lebut dan gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan orange paste. Pukul hingga sebati.



Masukkan tepung berselang seli dengan susu. Pukul perlahan hingga sebati.



Masukkan adunan kek kedalam mangkuk kertas 3/4 penuh.



Bakar hingga masak.



Sejukkan dan sapukan krim keju diatasnya hingga rata..
Putarkan krim keju dengan menggunakan beg aising.



Hiaskan dengan gula-gula manik berwarna-warni.



Ssejukkan dalam peti sejuk sebentar.



Dan masa untuk makan... Nyum... nyum... nyum...



Mudahkan? Masa untuk bermain...Lalalalala...



Tuesday, March 16, 2010

Anyam




Rak kayu ini sebenarnya sudah larak(pecah berkeping-keping) lapisan formicanya. Lalu ku tanggalkan semua lapisan formica itu dan ku touch-up sedikit dengan cat putih. .



Bingkainya yang lusuh itu, aku tutup dengan menampalkan chrochet trimming putih dengan menggunakan hot glue.




Bekas balang-balang kaleng biskut, balang kaca sos, dan balang palastik dari bahan-bahan kuih jangan dibuang. Kumpulkan untuk menyimpan sesuatu yang berguna.





Dan chrochet bulat berwarna merah jambu ini sudah lama ku anyam. Mula-mula aku ingin membuat alas meja. Tapi kial-kial(tidak tahu caranya) untuk mencantumkannya. 




Lalu ide cemerlangku datang lagi, maka terciptalah alas renda penutup balang-balang tempat ku menyimpan segala  barang-barang kraft ku ini.




Cantikkan??? Cuma perlu segenggam kesabaran dan secubit hayalan. Pasti tampil menggoda.




Dan tengok ini... boleh juga dijadikan alas tumbler dan yang sewaktu dengannya. Diyamonkan ide itu?




Dan mahluk yang comel terakhir ini adalah hadiah hari lahirku yang sangat manis dari adik sepusat sepusing. Terimakasih Reyma.


Salam Jari Amai

Monday, March 15, 2010

Tetamu


Suasana sungguh panas tiga minggu ini. Hujan cuma membasahi bumi ala kadar. Kolam ikan yang didepan tu pun terpaksa diisikan dengan air paip saja. Rumput yang menjadi tikar di kebun belakang hangus kekeringan. Rain tree itu pun sudah hampir gondol tak berdaun.

Apakah ini satu karma dari DIA. Ya Tuhan ampunkanlah dosa-dosa kami, baik dosa yang kami lakukan terang-terangan mahupun yang kami sembunyikan.

Semalam, sekembali ku dari kantor, masuk kerumah melalui pintu belakang, tiba-tiba sekumpal hitam terbang melayang. Jantungku terhenti. Subhanallah, aku mendongak keatas, rupanya Rain Tree itu penuh dengan mahluk hitam bermata merah, bertengek memandang tepat kepada ku.



SELANGKIR sedang menyerang dikebun belakang. Aku langsung meluru kedalam mengambil D90ku. Dan lihatlah... inilah yang dapat ku kongsi bersama.



Setelah ku amat-amati, bukan Selangkir saja yang sedang berpesta diatas Rain Tree itu, ada beberapa spesis lain lagi yang ku tidak kenal siapa...








Dan yang hitam bergaris putih di badannya ini adalah si-Kalanjiau yang selalu mendendangkanku setiap kali aku duduk di patio,  menunggu DOHA tiba...



Dan yang berdada kuning susu ini pula selalu mencuri-curi minum dibekas tembikar dihujung kebun belakang itu.









Dan semalaman aku tidak dapat tidur, berfikir, kenapa mereka beramai-ramai menjenguk ku..  Bukan dua atau tiga. Tapi berpuluh-puluh... 

Ada apa-apakah rahsia yang mereka ingin sampaikan.. Subhanallah... Walhamdulillah.. Wallailahailallah... Wallahuahuakbar...

Wahai angin... khabarkanlah berita gembira....

Thursday, March 11, 2010

Teh

Salam pagi khamis yang indah. Ampun, aku belum dapat berbalas pantun di tingkap itu. Entah mengapa Mr.Oggix tidak mahu menerima aku masuk lagi. Agak-agaknya aku kena jawab salam itu dari atas bumbung.. ehmmmmm.. nak cari kayu.. nak cari kayu...



Oh yah! petang minggu lalu aku baru punya tong oksigen yang baru. Maka... tertunailah hasrat di hati... *kelip-kelip bulu mata unta*.

Inilah hidangan yang terHUMBLE sempat di sediakan untuk meraikan pertemuan petang itu. Nanti jika ada waktu, aku komgsi bersama resipi hidangan simple, yet delicious ini...

Garlic bread bersama sup cendawan...



Biskut dibawah ini bukan kakmOn yang buat TAU! (~;@)



Strawberry Rose Cheese cake


Marble-ous.. as you all know that mahluk ini really marvellous, kan???



Brownies... double trouble Chocolatier..



Roasted Wings n Kick Boxing :p



Dan inilah AGENDA petang itu... Entahlah Labu... Ana baca bahasa 'arab... Ramlee baca, tak bunyi langsung...



Tuna and egg sandwich.. Biasa aja kan????



Dan si-Jentayu kakmOn ini...



Tengpk.. tak cukup di dalam, Leyn bawa lagi keluar.. Budak nih betullah..











Ahir kalam, sampai ketemu lagi dengan cerita lain pula.