Ingat tak almari kayu yang kakmOn janji satu waktu dulu? Ingat lagi, kan?
Almari kayu ni sebenarnya warna coklat gelap. Reyma meninggalkannya padaku setahun yang lalu. Almari tua ini kalau aku tidak mempertahankannya, pasti sudah lama menjadi abu. Aku berkeras menyuruh bang Mat membaikpulih. Tapi bang Mat sudah 'patah hati' bila melihat lantai dan kaki almari itu sudah reput.
Kerna terlalu sayang akan ukiran ala-ala cokmar yang terdapat di kiri-kanan bingkai almari itu, aku terus 'mengusut' bang Mat menukar saja bahagian tulang dan kaki almari yang telah reput itu. Tapi bang Mat tetap menolak. Katanya, "Buang karan saja. Mengasuh anai-anai ada pulang tu.." (~,~)
Tiga bulan..
Empat bulan..
Lima bulan..
Almari kayu yang berusia hampir empat dekad itu masih 'sangsang-sangsang' disudut patio.
Hinggalah satu oktober yang sepi, bang Mat kerja out-station, lalu penyakit amai pun datang menjengah...
Aku memberus meja makan lama kami dengan kertas pasir dan mencatkannya warna putih polos. Dan kursi-kursi nya juga aku berus menjadi putih semuanya.
Dan...
Persepsi bang Mat pada Almari tua itu pun mula berubah...
Dengan ide cemerlang, bang Mat menukarkan kaki almari itu dengan bekas pagar tangga kayu yang sudah lama terbiar di bangsal belakang. Tulang lantai yang reput itu pula digantikan dengan tulang frem kayu Nyatoh(lebihan skirting lantai rumah kami). Dan handlenya bekas almari yang sudah lupus(almari soft-board).
Lihat, inilah hasilnya..
Renda chrochet ini hasil jari mak mertua, menambahserikan almari kayu antik ini...
Koleksi set teh comel ini macam sekata saja dengan almari ini..
Dan selepas itu... bang Mat semakin teruja... Kursi kayu yang ingin dibuangnya dulu ini pun sudah bertukar wajah.
Dan lihat lantai patio di bawah ini...
Ajaib bukan??? Hingga satu saat, mak mertua(mama bang Mat) menegur ku, sungguh pandai bang Mat 'bertukang'. Rahangku jatuh keperut.
Awwwwww (@_@)
Awwwwww (@_@)
Salam Hari Wanita sedunia..
8 comments:
Good morning Nina ~ Thank you for visiting my blog and leaving your kind comments.
Your blog looks very lovely, and I'd love to be able to read it, to enjoy it even further. I can't seem to get the translation tool to work.
FlowerLady
What a pleasant surprise to see u here early in the morning. Really appreciate that Flower Lady.
btw I jus fixed the web page translator, hope you enjoy reading my blog, then..
xoxo
Waahhh kretip betul kakmOn...cantik giler jadi almari tu..berkenan sungguh Ummi tengok..kalau jual kat kedai ni, mst diaorg letak 400 - 500 nih..ish ish..meh Kuantan la kakmOn..tolong cat almari buruk Ummi nih..hehe
wow 500 *tebeliak bijik mata*
kaya kaya kaya lebih kaya dari jual kapkek :p
muahahahaha I <3 U ummi
hy ka mon,
kiut jua posting kita this tyme around..esp part when ur mil complimented ur hb..haha
btw, latyng jua ur doter buat cuppies atu, malu ku plg diri anin langsung nda tau cana buat ;p but its good 2 see where d talent has passed down to.. hehe
p/s: ur long tyme silent reader
Anonymous, tqvm for dropin' a few lines here.
Yup! hv to pass em for my future generation, tapi anak dara drumah ani liat masuk dapur ~ahak~
kak mon
cantiknya, dan memang cemerlang hasil kerja bang mat k mOn,
wow letak di luar saja kak mon...
shima dear, terpaksa letak kat luar, kat dalam tak sekata pulak hiasannya :)
nanti bila bang mat siap projek pondok main2 tu, lemari nie kita nak pindah ke pondok itu pulak.. tapi projeknya dah lama terbangkalai sbb byk comitment yg lain huhuhuhu bila lah agaknya..
Post a Comment