3 cawan tepung serbaguna
2 cawan air
Adun bahan di atas hingga licin. Kemudian masukkan bahan dibawah ini.
1 kg bubuk
1 sudu makan serbuk kari
3 sudu cili kisar
1 biji bawang besar dicencang
1 pohon daun saderi dimayang
3 biji cili merah dimayang
1 sudu teh serbuk perasa
Garam secukup rasa
Gaul hingga mesra. Jika terlalu pekat tambahkan lagi sedikit air mengikut citarasa. Kemudian goreng dalam minyak yang dalam bersama segengam daun kari, seperti kita mengoreng cokodok. Hidangkan sementara masih panas bersama cili sos.
Anekdot
Salam senua. Sekarang musim bubuk naik. Pasti ada yang sudah beroperasi membuat cencalu dan belacan, kan? Minggu lepas ipar kakmOn memberi sekantung plastik bubuk idup-idup(segar). Oleh kerana masa yang teramat sibuk, aku jadi lupa.
Lalu tadi petang... aku jadikan hidangan 'malatop' untuk minum petang bersama keluarga. Benar-benar meriah dibuatnya.
Himgga ketemu lagi dilain waktu... Selamat menjamu selera. Daaaaaa....
3 comments:
salam nina,
sangat kagum dgn kerajinan nina. Melihat makanan yang terhidang, berfikir juga..."tapi tidak ada seorang pun keluarganya obese!"
klela, sapa kata.. nina dah TERLEBIH sudah, dah jd lori tekutong simen :D
Hello Nina, could you contact me at terence_lee@starpub.com.sg? Makasih
Post a Comment