Thursday, June 24, 2010

Koleksi Bonda



Sudah lama ingin menyusun kembali koleksi-kolesi kegemaran bonda satu waktu dulu. Lalu cuti sepekan ku itu telah ku isi dengan menggosok kembali khazanah yang tersumbat di dalam almari dapur  bonda di kampung.

Tengok, pinggan bulat ini dilakar dengan pemandangan istana dahulu kala.



Dan piring yang bujur ini pula, sebuah pondok yang begitu indah dengan panorama yang mendamaikan..



Dan bingkai roman ini sudah lama jua tersandar di belakang almari tanpa wajah di dalamnya. Seperti biasa, bila ide datang mencurah-curah aku seperti lupa alam di sekelilingku seketika. Di mata ku sudah tergambar apa yang ku mahu.



Lalu aku menggali lagi kaban(peti) yang penuh dengan kain kapas Inggeris itu. Akhirnya aku mendapatkan corak cangkir yang benar-benar membuatku teruja.



Dan akhirnya ini lah yang terjadi.. Indah bukan?



Dan setelah aku siap menata indah ruang makanku, tiba-tiba aku mendapat kiriman novel Melur Bunga Ivy dari saudara di Seberang. Kulitnya pun sudah siap mengujakan. Sesuai dengan mood aku saat itu.. Ajaib bukan???



Akhir kalam, novel Nazurah itu memang berbaloi untuk dimiliki. Bukan saja kulitnya cantik, pengisian ceritanya juga menarik dan berilmu. Kalau nak tahu ceritanya, dapatkanlah di Jemari Seni.

Sekian dulu hingga ketemu lagi. Salam jumaat semua.

Al-Fatihah buat bonda..

4 comments:

shima said...

salam k mon,
semuanya indah.... belaka ;)

Nina Suria said...

shima salam jumaaat, kekadang bosan gak tengok bena yg sama. Sesakali kita tukar atur suasana dalam rumah, rasa macam nak sambut raya la pulak, kan??? :D

shima said...

salam k mOn,
singgah lagi tak puas tengok...shima sekarang ni pun dah berubah rasa dulu suka pink-maroon...sekarang jatuh cinta dengan blue pulak..terutama pinggan macam k mOn yang ada scenery ni.. he he sukanya tengok :) tp memang bingkai letak kain quilt tu.. memang best..boleh pinjam idea ya.. tq

memang tengah semangat nak raya ni kak.. ;)

Nina Suria said...

shima kalo nak bertunggu depan jendela kakmOn ni pun ok gak. Hahahahaha

warna biru dan putih memang nampak elegant dan eksklusif..

selamat berkreasi ya Shima