Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Wednesday, October 27, 2010
Kek Ulang Tahun Leynah
Red Velvet
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
1 sudu makan cuka makan
Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.
Filling:
500gram blueberry filling
Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
Topping:
30biji coklat feraro
Semudah A B C kan? Sekarang pergilah ke dapur, buatlah dengan rasa cinta. Insya Allah kek anda pasti akan lebih sedap dari apa yang aku letakkan di sini.
Sementara anda pergi ke dapur, aku ngopi dulu yah! Daaaaaaaah...
Labels:
Resipi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam kak Nina Suria. Lamanya saya tak sampai sini. Masih lagi seperti dulu, penuh dengan makanan dan resepi yang enak...terliur pulak pagi2 ni tengok kek..:)
salam pagi jumaat yus, kabare? dah lama kita tak bertukar cerita, kan? Moga DIA sentiasa merahmati kita semua :)
meleleh air liur melihat velvet tuh.. jid baru habiskan potongan terakhir dan basuh tupperware semalam. hehehe... :-)
kakmon.. ada bunyi burung!!! sukanyaaaaa!!!! betul2 rasa macam sedang duduk kat taman belakang umah kmon..hehehe....:-)
Post a Comment