Saturday, April 30, 2011

Kitar Semula

Salam hari sabtu semua. Sudah lama kakmOn tak main masak-masak, kan? Kali ini kakmOn letakkan resipi; LAKSA IKAN KITAR SEMULA. Pelikkan bunyinya? Jangan pulak ada yang duk bayangkan 'tut..'. Nanti tak pasal-pasal ada yang muntah kuning, hijau, pulak. Hahahahaha...

Sebenarnya kuah laksa itu kakmOn gunakan gulai lauk asam pedas semalam yang tak habis dimakan. Sayang rezki nak dibuang, kita olah dia dengan cerdik. Diyamon bukan?

Ok!  Resipi seperti biasanya lah ye... Tumis bawang merah, bawang putih dan bawang Bombay hingga naik bau. Masukkan cili kisar, sos cili, sambal belacan dan serai, goreng sampai garing. Barulah masukkan sisa ikan semalam(yang sudah siap kita carik halus) dan asam keping, masak lagi sebentar, kemudian barulah masukkan air santan cair, daun kesum dan bunga kantan, biarkan hingga mendidih. Akhir sekali masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa secukup nikmat. SIAP. Mudahkan?

Bahan-bahan yang lain-lain tu, keluarkanlah apa yang ada dalam peti ais dua pintu di dapur tu. Salad ka? Tomato ka? Daun saderi ka? Limau nipis ka? atau apa-apa benda yang dapat ditelaaaaaan. Habis cerita.



Oh yah! Kebetulan kita cerita benda kitar semula ni kan.. Hujung minggu ini adalah hari suping tanpa beg plastik. Jadi, jangan ada sampai cik kak- cik kak yang keluar berbelanja tanpa 'bakul bibik' yah, karang tak pasai-pasai kena angkut benda-benda semua tu dengan dua tangan dan dua kaki, macam makcik sirkis pulak nanti.



Ni kakmOn nak cerita lagi... taim kakmOn suping hari sabtu minggu lalu, kita pun lupa bawak 'bakul bibik' tu. Tapi nasib kakmOn baik sikit, dapatlah kantung kertas surat khabar lama, seperti yang di bawah itu. Nostalgik pulak rasanya. Dulu-dulu nenek saudara kita ada kedai runcit, waktu zaman batu tu kan, belum ada lag kantung plastik yang glamor berbagai kaler, bak pelangi tu, kan? Kita cuma ada kantung kertas warna capucino yang tak 'berwarna-warni' itu. Masih ingat tak? Tapi kantung kertas tu mahal mak datuk. Jadi untuk menjimatkan kos, diaorang buatlah kantung kertas dari surat khabar lama, seperti yang dibuat pasaraya itu... Cerdik kan?



Ok lah sampai di sini dulu kakmOn bercerita, nanti penat pulak kamu baca, apa lagi taim tengahari bolong ni, habis satu gelas es lemon pun tak hilang dahaga.

Daaaaaaaa selamat bersuping dengan 'bakul bibik'

5 comments:

Ummi said...

Assalamualaikum kakmOn cayanggg...hehehe, waaaah hari kitar semula eh, dari makanan sampai ke suping2 hehe....Waaah nostalgic beg suratkhabar tu kakmOn..simpan dlm cermin eh..hehehhehe...Ummi lak kalu lupa bawak beg...salesgirl tu tanya nak beg jugak ke, bayar dua puluh seeennn...hehehe

eni osman said...

salam kak omm...saya pun selalu jugak kitar semula makanan...tak mau membazir..kena pandai buat budget la ni...he he...infact kuih laksa penang kalau di peram sehari atau 2 hari atau lebih lagi sedap...
kita disini hari hari dah jadi no plastic bag day...kalau nak kena byr dua kupang...or stgh shopping kcomplex ada sediakan kotak kertas...

Nina Suria said...

Ummi
Salam pagi minggu *peluk sampai pink*
memang nak letak beg kertas itu dalam almari kaca, sebabnya? beg kertas tu ada muka sultan dan permaisuri :((
Memang pasaraya tu nak kena sembelih :p

Eni osman
memang kitar semula tu bagus sesangat, tak membazir, kan? kita ni sedap2 makan, padahal kat luar sana ada yang mencari makanan dari bakul sampah, sedihnya.
btw Brunei baru menyahut misi HIJAU. Mungkin akan dilaratkan pada semua kedai2 di sini. KakmOn suka banyak, keluar kreativiti masing2 nak buat kantung kitar semula ;)

cikgu su said...

Assalamualaikum kak
Yehaaaa kak mon dh aktif semula mengupdate blog. Sukee.
Kak , idea surat kabar buat shoping bag tu...kelasss la.
Boleh tiru.

Nina Suria said...

wa'alaikumusalam cikgu su, terima kasih masih sudi singgah, walaupun rumah kakmOn ni berhabok :D

Insya Allah kakmOn akan update mana-mana yang dah tertinggal ;)