Tuesday, May 24, 2011

Minggu yang semput

Aiskrim Pelangi



Jus buah anggur
Jus buah mangga
Jus buah epal
Jus buah stroberi
Jus buah beri biru
Jus buar oren

Tuang ke dalam acuan aiskrim dan masukkan dalam peti ais hingga beku. Mudahkan... Ngeeeeh...

Sambil makan aiskrim kita tengok pelangi yang indah... Emmm nampak sedap, kan?



~~~~~*~~~~*~~~~*~~~~

Pejam celik, pejam celik, sudah tiga minggu 'dia' pergi meninggalkan mahligaiku ini. Nampaknya apa yang pernah kakak katakan dulu memang 80% ada benarnya. Kami tidak memerlukan khidmat bibik lagi sebenarnya. Bak kata kak Ann; "..alah bisa, tegal biasa". Tak gitu kak Ann?



Dan tanpa ku sedari si Jentayuku sudah bisa turun ke dapur membantuku. Balik sekolah, bila dia nampak aku di dapur, dia akan cepat-cepat bertanya, "Mom, do you need me to kupas bawang?". Hahaha.. kelakarnya budak kecik ni, kan? Baru sebiji bawang saja... mata sudah merah, 'menangis' pedih. Adehhh...



Dan untuk tidak menghampakannya, aku akan menghulurkan apa-apa saja kerja yang tidak memberatkan si kecil ini. Dan dia dengan gumbiranya akan berlagak seperti iron chef yang pro.

Dan di bawah ini hasil brownies pelangi yang di buat iron chef baru kakmOn itu..



Dan.. Alhamdulillah setelah dua minggu bang Mat memangku kerja menyiram pokok bunga di belakang, akhirnya dia akur untuk membuatkan aku watering system itu. Hai senangnya dalam hati lalalalala...



Tapi esok dia akan pergi out-station lagi seperti biasanya.. Dan aku akan kembali seperti zombie membuat kerja-kerja 'bibik' itu.. Huwaaaawawa..... *nangis balik*.



Takpa, kita ada sudah teman untuk menghiburkan kita di sini..



Tinggalkan cerita 'mengarut' kakmOn itu.. kita layan 'alam merepek' kakmOn pulak. Di bawah ini kakmOn kongsikan projek 'wajib' yang terpaksa kakmOn buat dengan perasaan bercampur-campur. Nak tahu cerita selanjutnya, korang klik kat SINAHBISC .













Dan akhir kalam, selamat bermimpi yang indah-indah.

Saturday, May 07, 2011

Maaf aku bukan bibik..

Tetiba mata tak mahu lelap. Penat bolak-balik. Lalu aku berfikir, baik bangun saja daripada mengingati kejadian yang SUNGGUH tak diingini terjadi petang tadi. Tapi yang hairannya setelah kepergiannya, kepalaku jadi ringan. Dadaku terasa lapang. AMAN banget lho.

Tapi... aku mula kerja esok.. Huwaaaaaaa... TAK SUKA. Aku pasti merindui bangku dan jendela kaca itu.



Dan projek-projek yang baru saja nak bermula itu... Aku kena bungkus balik. BENCI.






Daripada memikirkan bibik yang 'sangat sopan' itu, baik kita buat kek loli pop. Dapat juga buat majlis hari ibu esok. Resipinya semak balik entri Stoberi Truffle yang tahun... entah dah lupa... *Hulurkan cangkol*

Nak stroberi?



Coklat?



Atau gula-gula manik?



Tapi jangan salah celup ye kakmOn. Tahu hati orang tu tengah 'meletup' tak pasal-pasal makan 'gula-gula batu' pulak. Apa kes?



Pada ibu-ibu semua(tak kira, ibu kepada kucing ka?), kakmOn ucapkan selamat Hari Ibu, moga tetap menjadi ibu disayang, gemilang, terbilang dan dijulang.


Dan esok hariku akan ribut kembali tanpa P.A.(maaf yah! Aku bukan bibik @_@) di sisi. Sayang semua. Mwaaaaah...

Thursday, May 05, 2011

Meowwwwww..

Salam petang khamis semua. Cutiku sudah di penghujung. Esok lusa aku sudah mula melapor kerja kembali. Aduhhhh... malasnya cik Gayah nak kegheja.. boleh ka?



Semalam, gatal pula ke kedai hobi yang sudah lama tidak ku jenguk itu. Maka al-kisah.. habislah kempis dompet aku. Semua barang-barang sangat mengecurkan, bagaikan godaan coklat dan aiskerim. Aku tidak dapat lagi bertahan..



Kain kapas yang baharu yang berbagai corak itu sungguh mencairkan imanku. Apalagi bila melihat si meow yang comel dan rumah burung yang begitu ceria. Lalu seperti biasanya... melayang-layanglah wajah Sultan kesayangan hamba.



Dan pagi ini aku menyukat kadai lagi. Kedai hobi yang lain pulak.



Kononnya cuma nak membeli benang DMC untuk projek silang pangkah itu.



Alih-alih... aku terjumpa riben berbagai-bagai rupa. Seronoknya tak terkata melihat ada riben kek cawan dan renda yang pelbagai 'warna pelangi'. Aku sudah hayal dalam 'angan merepek' ku. Rasa bagai dapat gula-gula cokelat penuh bakul.







Siap memilih riben, teringat pula pada tetamu yang bertanyakan aku satu waktu dulu tentang bagaimana membuat sapu tangan dan cara memilih jenis kainnya. Jadi aku terus bertanya lah pada jurujual yang peramah; Lulu.

Jadi jawabannya mudah. Kain kapas dan linen yang polos adalah yang paling sesuai untuk dijadikan projek sapu tangan.


Kain linen

Dan pilihlah teksturnya yang halus dan lembut. Dan yang penting sekali kain tersebut cepat menyerap cecair(kelip-kelip bulu mata unta, paham la tu ek).


Kain kapas

Cara membuatnya? Kita cuma perlu potong empat persegi tepat dan jahit kemas.





Anda boleh menambahkan dengan riben, renda atau mengait sendiri. Lihat contoh di sesawang ini .





Dan akhir kalam, terima kasih pada Lulu yang selalu melayan kerenahku yang 'pelik-pelik'. Sekian ketemu lagi di lain cerita  *;*



Monday, May 02, 2011

Cerita lama



Salam lagi untuk petang isnin ini. Dan sebelum aku terlupa, nak ucap terimakasih pada tetamu sepiku yang sentiasa menziarahiku di sini. Walau anda tak bersuara namun 'tapak kasut' yang ditinggalkan itu sudah cukup memberiku semangat untuk menulis lagi sesuatu di sini.



Hari begitu cepat beredar. Usia kita terus berlari. Apa lagi melihat wajah tua mentua... hati sedikit bergetar.. Moga DIA sentiasa merahmatinya.

Sementara mentua berada di rumah, aku cuba menghilangkan rasa bosannya. Lalu cucunya yang di seberang Sungai Brunei itu ku kerah untuk menghantar balang tembaga bersama cangkir besi neneknya ke rumahku. Lalu petang itu kami beroperasi membuat kuih lama itu; buahulu.



Tangan tua itu cermat memecahkan 12 biji telur lalu memasukkan ke dalam mangkuk pengadun kek. Kemudian dia masukkan lagi 2 cangkir gula pasir ke dalamnya.



Lalu dia mengarahkanku untuk memukul bahan-bahan itu dengan kelajuan maksima. Di mataku terbayang waktu kecilku bersama arwah bonda, sedang memukul telur dan gula di dalam sebiji mangkuk batu dengan sebatang ballon whisker yang sederhana besar. Kocokan itu menghasilkan buih-buih yang sangat indah di mata kanak-kanak ku, saat itu. Sungguh seronok melihat buih telur yang semakin naik dan menggebu, sekali gus mengecurkanku. Bila mata bonda ke arah lain, jari kecilku dengan laju mencolek buih telur  itu dan terus memasukkannya ke dalam mulut. Adussss manisnya memori itu.



Di dalam ketuhar sudah siap balang tembaga itu dipanaskan.



BIla telur dan gula sudah cukup naik dan gebu,  mesin pengadun pun dimatikan.



Mentua terus memasukkan tepung gandum ke dalam adunan telur tadi. Aku disuruh mengadun tepung itu hingga rata.



Bila sudah teksturnya nampak pekat, mentua pun berhenti memasukkan tepung. Dia terus mengarahkanku mengeluarkan kembali balang tembaga yang dipanaskan tadi.



Dengan cermat aku memasukkan 3/4 adunan buahulu itu ke dalam balang tembaga yang panas.



Kemudian kami terus membakarnya di dalam ketuhar dengan tahap api, 180 darjah celcius .



30 minit kemudian aroma harum buahulu memenuhi ruang dapur. Aku terus mengeluarkan buahulu yang sudah cantek masak dibakar.



Dan petang itu kami berpesta buahulu panas-panas dari hasil teknologi baharu. Kenapa aku berkata begitu, waktu dulu, arwah bonda mengocok dengan tangan bukan dengan mesin pengadun itu. Dan bila membakar pula, dia menggunakan kayu arang bukan dengan ketuhar..

Rasanya pun berbeza dari buahulu berteknologi tinggi itu. Yang lama itu lebih beraroma dan lunak bila dimakan. Titik.





Sekian untuk entri kali ini. Pesananku, cerita lama jangan dibuang, simpanlah dalam memori kalbu, pasti ada rasa manisnya di situ. Sayang buat semua..