Tuesday, May 24, 2011

Minggu yang semput

Aiskrim Pelangi



Jus buah anggur
Jus buah mangga
Jus buah epal
Jus buah stroberi
Jus buah beri biru
Jus buar oren

Tuang ke dalam acuan aiskrim dan masukkan dalam peti ais hingga beku. Mudahkan... Ngeeeeh...

Sambil makan aiskrim kita tengok pelangi yang indah... Emmm nampak sedap, kan?



~~~~~*~~~~*~~~~*~~~~

Pejam celik, pejam celik, sudah tiga minggu 'dia' pergi meninggalkan mahligaiku ini. Nampaknya apa yang pernah kakak katakan dulu memang 80% ada benarnya. Kami tidak memerlukan khidmat bibik lagi sebenarnya. Bak kata kak Ann; "..alah bisa, tegal biasa". Tak gitu kak Ann?



Dan tanpa ku sedari si Jentayuku sudah bisa turun ke dapur membantuku. Balik sekolah, bila dia nampak aku di dapur, dia akan cepat-cepat bertanya, "Mom, do you need me to kupas bawang?". Hahaha.. kelakarnya budak kecik ni, kan? Baru sebiji bawang saja... mata sudah merah, 'menangis' pedih. Adehhh...



Dan untuk tidak menghampakannya, aku akan menghulurkan apa-apa saja kerja yang tidak memberatkan si kecil ini. Dan dia dengan gumbiranya akan berlagak seperti iron chef yang pro.

Dan di bawah ini hasil brownies pelangi yang di buat iron chef baru kakmOn itu..



Dan.. Alhamdulillah setelah dua minggu bang Mat memangku kerja menyiram pokok bunga di belakang, akhirnya dia akur untuk membuatkan aku watering system itu. Hai senangnya dalam hati lalalalala...



Tapi esok dia akan pergi out-station lagi seperti biasanya.. Dan aku akan kembali seperti zombie membuat kerja-kerja 'bibik' itu.. Huwaaaawawa..... *nangis balik*.



Takpa, kita ada sudah teman untuk menghiburkan kita di sini..



Tinggalkan cerita 'mengarut' kakmOn itu.. kita layan 'alam merepek' kakmOn pulak. Di bawah ini kakmOn kongsikan projek 'wajib' yang terpaksa kakmOn buat dengan perasaan bercampur-campur. Nak tahu cerita selanjutnya, korang klik kat SINAHBISC .













Dan akhir kalam, selamat bermimpi yang indah-indah.

7 comments:

notie said...

wah leyn sudah mewarisi bakat babunya. chaiyok2.

Keknya cantik siap ada naga grrr jeler lidah merah gitu. hish hish imaginasi kakmon ni memang boleh buat cerita disney gitu dari dongengan tapi toing jadi kek terus soglap makan... hahahahaha sodap mata memandang sodap lagi lidah merasa laaa perumpamaan apa jua ku pakai ni hehehe

notie said...

opss lupa nak komen taman nya segar bugar bunga-bungaannya bak dalam fairy tales gitu. Nak ba ba cak cam kajol dan shahrukh khan pun best kan. hehehehe golek guling-guling yawwww

CT NoArIzAh ArIs said...

Sy juga ada acuan aiskrim tu tapi tak guna pun bila tgk kamu buat macam tu teringatkan bekas-bekas tu.... nantilah saya akan gunakannya semula sayangkan tersimpan aje dalam kabinet tu.

nuwairani ismail said...

salam kunjungan & salam perkenalan...untungnya akak ada anak gadis yg baik, comel, rajin mcm tu.harap2 sampai bila2 pon dia rajin mcm tu jugak..

Nina Suria said...

notie
leyn memang suka main masak2 tapi kemasnya malam sikit.. huwaaa..
Dah lama tak tengok movie bollywood nie, mcm nak tengok balik kuch2 kota hey :D

CT Norarizah
betullah kita nie kan, menang membeli alah memakai hahahaha..

kakmOn pon dah lama beli, sejak pembantu tiada kakmOn kena selongkar soma barang yang dia sorok, so macam2 mende yg berharga kita lupa. Adussss :((

nuwairani ismail
Amin Ya Rabbalalamin. Moga selamanya begitu, itulah yg diharap2kan semua ibu2.

salam ukhuwah dari kakmOn yg jauh dipulau ;)

maverick5 said...

Hi, I am the owner of the blog of Global community of Photography http://www.photographygc.com/

I have added your blog in my favorite, your blog is really beautiful and useful compliments

I would like an exchange links with you.

In my blog: My blog deal of the art of photography: photo technique, Adobe Photoshop, post production, photomontage, Reportage and digital camera.

Global Community of Photography is an aggregator of news from the best photography blog. This site is dedicated to photographers of all nationalities. Here photographers can find new and interesting articles on photography.

I'd love to have you among my friends on twitter: http://twitter.com/#!/Photographyen

madoka miyajima said...

ek? Myra dah nampak berisi sikit..hehe...

wahhhhh.. Leyn dah jd iron chef.. gud! gud! :-*

mwahhh!!!

-Jid-