Semalam, gatal pula ke kedai hobi yang sudah lama tidak ku jenguk itu. Maka al-kisah.. habislah kempis dompet aku. Semua barang-barang sangat mengecurkan, bagaikan godaan coklat dan aiskerim. Aku tidak dapat lagi bertahan..
Kain kapas yang baharu yang berbagai corak itu sungguh mencairkan imanku. Apalagi bila melihat si meow yang comel dan rumah burung yang begitu ceria. Lalu seperti biasanya... melayang-layanglah wajah Sultan kesayangan hamba.
Dan pagi ini aku menyukat kadai lagi. Kedai hobi yang lain pulak.
Kononnya cuma nak membeli benang DMC untuk projek silang pangkah itu.
Alih-alih... aku terjumpa riben berbagai-bagai rupa. Seronoknya tak terkata melihat ada riben kek cawan dan renda yang pelbagai 'warna pelangi'. Aku sudah hayal dalam 'angan merepek' ku. Rasa bagai dapat gula-gula cokelat penuh bakul.
Siap memilih riben, teringat pula pada tetamu yang bertanyakan aku satu waktu dulu tentang bagaimana membuat sapu tangan dan cara memilih jenis kainnya. Jadi aku terus bertanya lah pada jurujual yang peramah; Lulu.
Jadi jawabannya mudah. Kain kapas dan linen yang polos adalah yang paling sesuai untuk dijadikan projek sapu tangan.
Kain linen
Dan pilihlah teksturnya yang halus dan lembut. Dan yang penting sekali kain tersebut cepat menyerap cecair(kelip-kelip bulu mata unta, paham la tu ek).
Kain kapas
Cara membuatnya? Kita cuma perlu potong empat persegi tepat dan jahit kemas.
Anda boleh menambahkan dengan riben, renda atau mengait sendiri. Lihat contoh di sesawang ini
6 comments:
Akak alam maya kesayangan saya!
Bila la boleh g berunai utk jumpa akk secara live!
Suka ngn taste n kerja tangan akk!
Salam kak Mon,
Seronoknya dengar cerita akak. kalu dah minat, memang cantik jer hasil tangan :))
Masyaallah K.Monnnnnnnnnnnnnn.. **melopong**... sungguh indah ruamh burung itu...**mata terbeliak**
-Jid-
Assalammualaikum K.Mon
Windduuunnya dgn celoteh k.mon...nak terbang jauh ni entah bila dpt jumpa lagi.kami sekeluarga akan ke Mesir tuk tempoh 2 thn. K.Mon ,cutenya corak2 kain tu...tak sabar tengok hasil kerja tangan k.Mon nanti..
baulu mak mertua kat bawah tu pun mengoda hati...kami sekeluarga suka baulu panas yg fresh dr oven...
re.
cikgu Su
wah idung kakmOn jadi kembang-kempis dipuji begitu rupa.. Janganlah ek. KakmOn pun masih belajar buat benda-benda ni. Betapa indahnya dunia ini, kan? Rasa bagai tak pernah cukup waktu untuk menggali semua ilmu yang Allah tanamkan di muka bumi ini. Insya Allah ada jodoh kita bertemu, itu kerja TUHAN ;)
indah house
Salam jumaat sayang, sudah lama kakmOn tak berbicara, kan? Ada kelapangan sedikit ini, kakmOn gunakan sepenuhnya untuk tetamu kakmOn yang selalu menunggu. Dapat juga mehilangkan stress dengan olah pembantu yang baharu emmmmm sabo je lah kakmOn...
madoka
kakmOn cemburu orang itu sudah siap dengan taman pokok2 kayu, siap rama-rama dan burung riang berterbangan... wooo JELES kakmon jeles :((
mamasya dearie... moga perjalananmu di beri kemudahan, jaga anak2 baik2 ek, eh abe jugak ;)
Bila di sana dah boleh update tiap2 hari kan? Peluk cium buat puterimu. Pesan padanya, jangan kuat nangis, mintak mama buat adik pompuan satu lagi.. Mwahhhhhhh
Post a Comment