Salam semua. Kita sudah berada di penghujung Jamadil Akhir. Lusa adalah bulan Rejab, bulan Allah. Bulan pengampunan. Juga bulan di mana nabi Muhammad s.a.w di angkat ke langit; iaitu peristiwa Israk dan Mikraj pada 27hb Rejab. Anda ingat itu kan?
Sebenarnya terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan di bulan Rejab ini Allah berikan kepada umatnya. Pahala berganda-ganda. Keampunan yang nyata bagi mereka-mereka yang benar-benar ingin bertaubat nasuha atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
Sebenarnya terlalu banyak kelebihan dan keistimewaan di bulan Rejab ini Allah berikan kepada umatnya. Pahala berganda-ganda. Keampunan yang nyata bagi mereka-mereka yang benar-benar ingin bertaubat nasuha atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
DIA, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada hamba-hamba-NYA. Cuma kita sahaja yang selalu lalai dan melupakan-NYA. Maka bagi kita-kita yang terleka jauh, marilah kita balik semula ke jalan yang diredhainya dan sama-sama mengutip pahala yang berganda-ganda itu. Moga kita diketemukan juga bulan Sya'ban dan seterusnya Ramadhan, yang ditunggu-tunggu. Amin Ya Rabbalallamin
Akhir kalam, aku tinggalkan anda dengan Mi Goreng Tai Thong yang mudah lagi sedap untuk berbuka puasa di bulan Rejab nanti. Silakan..
Rebus mi Tai Thong hingga lembut.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. Masukkan udang kering, cili kisar, sos tiram dan sos cili. Masak lagi sebentar.
Kemudian masukkan cili hidup dan batang sawi. Masak sebentar. Masukkan mi Tai Thong. Gaul sebati.
Tambahkan kicap pekat.
Masukkan daun sawi.
Telur dadar separuh masak(kuali berasingan)
Masukkan telur dadar kedalam mi goreng. Gaul sebati.
Hidangkan sementara masih panas.
Diantara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ialah beristighfar kepada-NYA dan berselawat ke atas nabi junjungan kita; nabi Muhammad s.a.w.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : ” Barangsiapa yang membaca salawat untuk ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid”.
[Riwayat At-tabrani].
6 comments:
Wah sedapnya siap ada telur lagi... rajinnya snap foto sambil masak.. mee kalau mkn panas2 memang terasa kelazatannya.
CT NorArizAh
Kena kuatkan semangat, sebab adik2 kita di Seberang sudah teruja nak masak mi Tai Thong, nanti ada yg kena telan batu belah :p
Salam Rejab, moga CT dan keluarga dalam rahmat Illahi :)
KMonnnnnn.. berapa biji telur kmon guna tu? macam 18 biji jer gayanya..kelihatan sungguh nyaman sekali...yummyyyy!!!
**rindu mee tai thong kmon..**
:-(
-Jid-
Jid kita cuma letak 4 biji aje, mana ade 18, larilah bajet cik Pe'ah kalo macam tu..
rindu cek idah >:D<
salam,
huh air tangan kakmon memang sodap hingga menjilat jari. Napa kita cuba masak tak jadi cam yg dlm gambar...apasal meenya tetap cinonit tak besar2 cam dlm gbr. hehehehe apa pun missnya bersantai menikmati air tgn kakmon sambil berkicau tak henti2 hehehehe ada saje citer nujum pak belalalang sambil dok golek2 kat tmn belakang. Best kan? emmm entah bila lah rombongan mak raja nak ke sana lagi ek.
salam notie, awat minya jd camgitu. Mungkin belum kembang taim merebus tu.. Camni, rebus air dlm periuk, bila mendidih masukkanlah mi tai thong tu, masak 10minit kemudian matikan api, jangan diangkat dulu. Bila sudah nampak kembang mi tu barulah toskan dan gunakan terus.
Jika sekiranya mi itu masih lagi kecut, taim menggoreng tu notie boleh letak secawan air mendidih kedalam kuali, biarkan air kering meresap ke dalam mi, baru masukkan sawi dan telur dadar. Kemudian boleh lah angkat dan sajikan :)
mi ni lama kembang, sama seperti memasak spagheti :)
Post a Comment