Tuesday, June 21, 2011

Minggu yang singkat



Hujung minggu lalu penuh dengan aktiviti di belakang rumah. Hari jumaat bang Mat mengetam rumput. Aku membaja bunga dan bertanam bawang merah yang damal. Sayang nak dibuang. Jadi, bawang yang terendam air itu kami tanam di dalam sebiji planter yang panjang.









Kemudian membaiki wind chime ku yang jatuh itu... Mungkin ada kucing yang geram sangat pada kulit-kulit siput itu.



~ Hari Ahad ~

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji tomato
1cawan air

1 - Tumis bahan kisar bersama 5 sudu makan kari ikan Adabi.
2 - Masukkan sos cili nasi ayam Thailand. Goreng hingga pecah minyak.
3 - Masukkan 4 biji ubi kentang yang di belah empat dan 1kg ayam yang telah di potong 12.  Masak 10 minit.
4 - Masukkan 2 cawan air, 1 sudu makan garam dan 4 sudu makan air asam jawa.
5 - Masukkan 3 tangkai daun kari. Masak lagi 10 minit atau sehingga daging ayam dan kentang empuk.
6 - Hidangkan bersama roti canai atau yang sewaktu dengannya.




Subuh-subuh lagi bang Mat menyuruhku membuat kari ayam dan roti canai. Perutku rasa sakit yang amat akibat menstruasi yang datang bukan pada waktunya. Dengan rasa malasnya aku akur jua turun ke dapur, memasak makanan yang menjadi kegemaran seisi keluarga.



Belum pukul lapan bang Mat dan anak kemanakannya sudah siap dengan tukul dan gergaji, membena pintu stor yang baharu, menggantikan 'pintu Abu Nawas' yang mengundang tetamu yang tak diundang.



Siap aku memasak ayam kari dan roti canai, di luar jendela kelihatan abang sudah mula menyidai pakaian di ampaian bersama Leynah. Alhamdulillah... ada jua orang menggantikan tempatku. Rasanya aku tidak larat lagi untuk menjenguk mereka keluar. Lalu 2 biji ponston ku telan untuk mengurangkan rasa sakit di bahagian perut dan belakang.







Pukul 9:30pagi bang Mat mengejutkan dari belakang, "Bah! Basiap tah rah orang kawin kitani". Allahuakbar.. malasnya aku... Jadi dalam hati yang berbelah dua tiga.. aku menurut lagi kata enche roommate itu walau hati menjerit.. TIDAKKKKKKKK

Sampai di Kota Minyak sana, hati mula berbunga daisy.. dahlia.. dandilion.. bila melihat sesuatu yang membahagiakan. Alhamdulillah.. rasa yang malas itu sudah pergi meninggalkanku. Terimakasih abang..

Dan untuk menceriakan lagi hariku seterusnya... aku terus menyambung lakaran yang belum siap-siap ini...



Dan tiba-tiba hari ini sudah minggu ketiga bulan jun. Pantasnya waktu berlalu. Hingga kita bertemu lagi di lain waktu. Sayang semua



p/s - buat si budak kenit itu

leyn: babu... kenapa kalau mengupas bawang, kita menangis?
babu: garu kepala.. di dalam hati mencari sesuatu..
kakak: tersengih-sengih, tangan sibuk menyuci pinggan mangkuk di singki.
babu: *tetiba dapat idea yang cemerlang* Pada zaman dahulu, ada seorang puteri telah dipancung kepalanya oleh ayahandanya sendiri, kerana tidak menurut perintah. Kemudian kepala puteri itu ditanam di belakang istana. Tiba-tiba di tempat perkuburan kepalanya itu ditumbuhi bawang berwarna merah darah. Rupa-rupanya, puteri itu telah bersumpah, sesiapa yang mengupas bawang akan menangis dan mengeluarkan airmata pedih. Puteri itu mahu semua orang di dunia tahu bahawa dia telah mati dibunuh kejam oleh ayahandanya sendiri :p
leyn: tadi leynah nampak kaka inda jua menangis..
babu: tertelan putik durghian..
kakak: kihkihkih ketawa gulek-gulek...
babu: OH! Pesan puteri itu sesiapa yang mengupas bawang tidak mengeluarkan airmata, itu tandanya dia seorang yang kejam, serupa dengan ayahandanya. *jeling maut kakak*
kakak: oh nooooooo... babu.. :O

The End

6 comments:

notie said...

Hahaha*gelak guling2* baca versi cinderela punya dongeng. Boleh itu macam ka? hahahahaha *sambung gelak lagi*

shodapnya kari dan roti canai tu. Makan kat laman belakang di ulit deruan angin di sapa kicauan burung nan hinggap di taman belakang. Pasti jua kenyang sih. hehehe

Pss kidnap resepinya ya. Cam sodap dan simple je main baling2 jua bahannya. Tiba-tiba *toing* dah siap. Ni mesti gaya charlie chaplin tak pun gaya slow n steady. hehehe

Nina Suria said...

notie silakan, resipi itu namanya shortcut, orang tengah malas tahap gaban, so kita main campak2 aja :p

btw leynah selalu tanya soalan pelik2, jadi supaya soalan itu mati di situ, orang kena cari solusi yang diyamon ~ahak~

azlina said...

asslamualaikum kak mon...

cantiknya bungamu berkembang...
pada mulanya mata ina yg rabun ini nampak bawang2 tu macam buah manggis he..he....
btw kak mon x sht yea semuga cpt sembuh...

SITI NOARIZAH ARIS said...

Sedapnya kari ayam tu...pepagi sarapan roti canai kat tmn mmg mengasyikkan...sy suka mcm tu :)

Nina Suria said...

Azlina
Salam pagi jumaat yang barakah

waktu ni bunga santun berkembang, rezki hujan yang diturunkan-NYA..

dan bawang itu jua pun sudah menunjukan hasil yang cemerlang, semalam sempat menziarahinya, hati tetiba berbunga dandilion ~ ahak~

Insya Allah akk akan dimasukkan ke wad kembali, awal julai nanti, doakan akak sehat ramadhan nanti yah. Amin

CT NorArizah ArIs
yah roti canai yang panas2 adlah yang paling nikmat sekali, terasa kerangupannya dan semakin bertambah2 sedap bila dicicah dengan kari yang cukup rasa pedas, masam dan manisnya.

Masaklah pagi jumaat ini, pasti meriah :)

madoka miyajima said...

hahahaha... sian kakak jadi mangsa.. hahaha

-Si Gadis kenit-