Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Wednesday, June 08, 2011
The Rest Of My life
Sambal Ikan Bakar
1 ekor ikan bakar yang sederhana besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang Bombay
1/2 cawan cili kisar
1 sudu besar sos cili Lingham
1 sudu teh puri tomato
1 sudu makan sos tiram
1 lembar asam keping
1 cawan air
Daun kari secukupnya
Garam dan serbuk perasa, secukup nikmat
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga keemasan. Masukkan cili kisar, sos cili, puri tomato, sos tiram dan asam keping. Goreng lagi sebentar hingga pecah minyak. Masukkan ikan bakar dan air. Masak hingga sosnya pekat. Masukkan daun kari dan bawang Bombay, masak lagi sebentar, baru angkat dari api. Hidangkan bersama nasi.
Salam pagi rabu yang redup. Semalam hujan lebat dari petang hingga ke malam. Melihat cucuran hujan lewat jendela kamarku, nampak begitu indah dan mendamaikan hati. Suara burung kedengaran bercicipan di kejauhan. Kesian mereka kesejukan.
Baru-baru ini ada teman FB meletakkan lagu The Rest Of My Life ~ Maher Zain di dindingnya. Yang hendak aku perkatakan di sini adalah background lagu tersebut; Movie UP. Selepas melihat pertama kali.. jariku terus menekan punat replay berkali-kali. TIDAK JEMU. Hati tersentuh melihat suami yang begitu penyayang lagi setia pada isterinya. Sehingga kasih sayang Carl dan Ellie itu membuatkan aku teruja untuk meletakkan mereka di atas kek ku.
Alhamdulillah, UP yang memberi sumber inspirasi itu dapat jua ku hasilkan dalam waktu kecederaan. Insya Allah jika ada waktu aku ingin mengulanginya semula.. Membuat yang lebih baik. Dan jika diizinkan-NYA, aku ingin merakamkan perkahwinanan mereka pula. Doakan akan keberhasilanku yah...
Di bawah ini foto perkahwinan anak saudara bang Mat di Sungai Berunai sana. Moga kasih sayang mereka jua sama seperti cinta Carl dan Ellie. Cinta hingga ke hujung nyawa.
Sehingga kita bertemu lagi di di kesempatan yang lain. Dan syukran jazilan pada nikmat hujan yang diturunkan-NYA.Alhamdulillah..
Salam kasih sayang buat anda semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam...nice...pokok yg dlm pasu yg cutecute tu pokok ape ye...cute sgt...
pokok bonsai itu ka? kita pun tak tahu apa namnya, tapi pokonya berduri tajam. Dah lama dah kita beli pokok tu, 7tahun kut.. Kita pun suka sangat.
salam pagi khamis eni :)
Org brunei bersanding pun sama macam org mlysia ya... kita memang serumpun.
A'ah memang kita serumpun, tidak jauh bezanya.. Salam pagi sabtu yang redup CT :)
Hello. Salaam Nina Suria. I have been a silent follower of your blog. Your entries are always so lovely and interesting. You are indeed one talented and creative lady! Keep up all the creation yang bisai2 atu bah...
Salam kunjungan.. blog menarik.. singgah la ke blog saya :)
http://www.zuwairiaiman.com
Nurwin Heny
Salam Rejab buat kita jua, terimakasih bedudun ke blog yang antah-antah anie ~ahak~
Insya Allah jika diizinkan-NYA akan tarus menulis suatu ilmu yang bemanfaat di sini untuk dikongsi bersama. Dan terimakasih sekali lagi menjadi pembaca bisuku. Akhirnya besuara jua kita aah.. Really apreciate it n berkicau tah selalu :)
bobhandburrry
tengkiew singgah kemari. Insya Allah :)
Post a Comment