Friday, June 24, 2011

Alhamdulillah Ya Allah



Salam jumaat yang barakah. Kebelakangan ini kesihatanku meredum jatuh, acap kali terlihat bintang-bintang sedang berpusar-pusar di atas kepala. Ada waktunya aku hilang kawalan lalu tumbang. Tapi aku masih bernasib baik, bisa bangun lagi sendiri.. Alhamdulillah.

Tadi pagi sekali lagi penglihatanku hitam. Sedar-sedar aku cuma mendengar bunyi hentakkan kuat. Rupanya aku sudah melanggar buntut kereta di depan. Ya Rabbi...

Dan aku masih bersyukur tiada kejadian apa-apa berlaku. Tiada orang yang tercedera, cuma lampu kereta orang itu saja pecah dan aku kena ganti..



Oh yah! Kita sudah di penguhujung Rejab dan sebentar lagi Sya'ban menyapa. Nak tanya, sudah siap qadha puasa Ramdhan tahun lepas ka? Kalau belum, mari kita sama-sama berpuasa qadha di bulan Allah yang menyimpan beribu rahsia ini.

Dan di bawah ini aku kongsi hidangan waktu berbuka kami yang amat sederhana...



Buah kurma adalah menu yang mesti ada bagi keluarga kami waktu berbuka.



Alhamdulillah..  Air zam-zam pun masih lagi ada tersimpan di dalam stok.



Buah sikoi penyejuk tekak dan amat manis rasanya, sesuai waktu panas begini. Dan Keu Teow goreng itu amat menyelerakan dan sangat mudah menyediakan, seperti abc. Jom kita masak sama-sama




1 - Sediakan, 3 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, sebiji cili merah dan seikat sawi kuning. Bersihkan dan potong mengikut suka. Ketepikan.

2 - Isi ayam  di potong kecil.



3 - Tumis bawang hingga garing bersama 1/2 cawan minyak bijan. Masukkan isi ayam. Goreng hingga isi ayam masak.



4 - Masukkan 1 sudu besar cili kisar, cili merah, batang sawi. Masak sekejap.



5 - Masukkan 2 biji terlur. Gaul sekejap.



6- Masukkan keu teow, sos tiram dan kicap pekat. Gaul sebati. Masak sekejap lagi.



7 - Akhir sekali masukkan daun sawi. Matikan api. Hidangkan panas-panas..



Kan dah siap. Mudah dan meriah.

Akhir kalam, banyak-banyaklah berzikir kepada-NYA, moga kita semua diampunkan-NYA. Hingga ketemu lagi di lain kesempatan... Sayang semua.

4 comments:

notie said...

Salam... waduh buat gue geger je pitam tebgah jalan, nasib baik tak apa2 hanya hentam bumper kete orang je.

Kak mon udah check up Doktor belum? Adakah kurang darah atau darah naik? hsih hish pergilah check ya. Pitam2 selalu ni bahaya dong. Buat kerja jangan teruk2 ya.
Semuga sihat selalu dan selamat berpuasa.

Nina Suria said...

salam israk mikraj notie
memang kita bernasib baik sangat2, sbb taim blackout tu betul2 dekat simpang jalan, kalau kat hi-way, tak tahu lah apa nasib kita :(

dah checkup pun, tu yang tambah darah tu, next week dah masuk kembali ke spital.. huwaaaa tak suka :(

SITI NOARIZAH ARIS said...

Semoga kamu sihat seperti sedia kala... seronok bila lepas berpuasa satu hari dihidangkan dengan makanan yg ringkas dan enak time tulah terasa puas sgt berpuasa... semoga amalan kecil dan besar kita diterima oleh NYA.

Nina Suria said...

CT NorArizah
Amin Ya Allah. Moga kita sama2 menemui ramdhan yang dirindui * peluk dari jauh ngan mata berkaca*

xoxo