Sunday, July 10, 2011

Detik Waktu



Lewat jendela kamar ini, ku lihat sekuntum bunga seroja sedang mekar indah. Cukup untuk mendamaikan keresahanku.



Di belakang enche roommate sedang mengetam rumput lengkap dengan kacamata, sarung tangan, ear plug dan safety boot. Itulah cogan kata Tuan Minyak Tanah yang dibawanya balik kerumah. "Berhati-hati di jalan raya."



Semenjak cik Cobra itu menelan seekor kodok di depan mataku dua minggu lalu, aku sudah tidak berasa aman untuk duduk di patio belakang itu lagi sendirian. NGERI.



Dan balik aja enche roommate barulah berani lagi duduk bersantai di kebun belakang. Rupanya puteri bawang yang kami tanam itu sudah membuahkan hasil.



Dan kebetulan tengahari itu enche roommate membawa pulang sekilo ikan salmon. Lalu puteri bawang itu ku korbankan untuk juadah tengahari kami.



French Salad

Sos:
1/4 cawan jus lemon
1/2 cawan minyak zaitun
2 sudu gula
1 sudu teh garam
1 batang daun bawang cencang
1 ulas bawang putih cencang
1 biji cili merah cencang
Masukkan semua bahan simpan dalam balang kaca, perap dalam peti sejuk 30 minit. Tahan disimpan lama untuk satu minggu sahaja.



Salad:
1 pohon salad hijau
3 kelopak kobis ungu
1 biji bawang Bombay dibelah lapan
1 biji lobak merah
1 biji cili merah cencang.
50 gram goat cheese
Semua bahan disatukan dan tuang ke atasnya sos di atas. Hidangkan terus ke meja.



Salmon Khan
1 sudu lada hitam ditumbuk kasar
1 sudu makan garam laut
1 biji lemon
3 ulas bawang putih cencang
1/2 cawan minyak zaitun
Perap sejam dan goreng dengan menggunakan non-stick pan mengikut suka. Jika nak well done, biar lama di atas api. Angkat dan ketepikan. Dengan menggunakan pan yang sama, tuangkan lebihan sos perapan tadi dan tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan sos lada hitam Sarawak dan masak hingga sedikit pekat. Tuangkan ke atas salmon tadi. Hiaskan dengan daun bawang, lemon, lobak merah, bawang Bombay dan cili merah.



Sebenarnya entri di atas sudah berapa hari di dalam saved draft, tak sempat mengirimkannya. Baru malam ini terasa lapang sedikit setelah pulun berapa waktu menyiapkan projek mega Negara. Bila sudah semua selesai baru terasa lega dan lena tidur.

Di bawah ini ku tinggal cerita majlis tahlil buat bonda yang telah tujuh tahun pergi menemui penciptanya. Al-Fatihah buat bonda.








Dan yang duduk di sofa itu adalah pengganti bonda kami a.k.a ibu saudara yang di cintai :)

Salam 12 Sya'ban semua.

7 comments:

SITI NOARIZAH ARIS said...

Al fatihah buat ibu kak mon..moga rohnya di cucuri rahmat!

Nina Suria said...

CT NoArIzAh ArIs
terimakasih atas doanya :)
Salam nisfu Sya'ban

azlina said...

al fatihah bt aruah bonda semuga rohnya di cucuri rahmat..
nginya tengok ci cobra semuga semuanya dlm peliharaan allah selalu hendaknya..

Nina Suria said...

Terimakasih atas doanya Azlina :)

Cik Cobra tu dah menghantui hidup kakmOn, ngeri nak kuar bersiar kat kebun bakang sorang2. Benar2 rasa seperti siri pembunuhan kejam :((

madoka miyajima said...

Moga Bonda Apsah tenang di alam sana dan sentiasa dirahmati Allah. Al-Fatihah.

Owh! Puteri Bawang atu banyak berjasa kalau di rumah KMon. Tapi kesian pada puteri bawang di rumah jid atu. teraniaya. sob..sob..sob.. :-(

Careful kakMon... baca doa U byk2 ya. Moga Allah lindungi...

-Jid si AnaKushingParsi

madoka miyajima said...

Wahhhhhhhhhhhhh... dua org princess atu dah memang betul2 kembar seiras lah KMon... jid nak copy pic atu boleh ka? Nak surprisekan Leyn dalam buku Kompas Ajaib. heheh

-Jid si AnaKushingParsi-

Nina Suria said...

madoka miyajima
kompas ajaib *tekeluaq bijik mata*

btw leyn ngan myra mmg kembar ajaib pong.. dan puteri bawang tu mmg habis kita balun :p