Monday, July 23, 2012

Aneka Kek dan Biskut


Salam Ramadhan semua. Sudah lama aku tidak berbicara di ruang ini. Tetiba lidah kelu untuk berkata-kata. Kerja rumah yang tak pernah usai. Projek 'AMAI' yang bertimpa-timpa. Tempahan pelanggan yang merisaukan dan 'bala' yang dicari.. *tuuuuuuuuuuuuuut*

Ku kira, bila kita sudah sepenuh masa bekerja di rumah, maka jadual harian dan ruang waktuku yang padat itu akan menjadi longgar. Rupanya.. sama seperti sebelumnya.. Ala Kassim..

Oh yah! sebelum aku lupa, di sepanjang Ramadhan ini, Radio Televisyen Brunei menyiarkan Rancangan Aneka Kek dan Biskut Siri Ke2, setiap pagi pada pukul 10:00 di RTB 4 dan di sebelah petang pada pukul 4:30 di RTB1.

Bagi yang bukan kawasan JAJAHAN, jangan sedih sangat.. anda juga berpeluang menonton bersama dengan melayari sasawang RTB http://rtb.gov.bn dan anda hanya perlu klik pada butang RTB 4 TV streaming, setiap 10:00pagi.

Rancangan tersebut mengongsikan 58resipi pelbagai kek dan biskut yang sedap-sedap belaka untuk sambutan Aidilfitri yang tidak lama lagi menjelma ini. Dan bagi pengumpul resipi kek dan biskut, jangan ketinggalan menonton siri tersebut.. Pastikan kertas dan pen ada di sisi ;)

Dan di kesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih pada team Aneka Kek dan Biskut yang telah bertungkus lumus, bekerja di balik tabir..

Dan aku tinggalkan foto-foto yang sempat dirakamkan waktu pengambaran dua bulan yang lalu. Memang tenaga kerja Aneka Kek dan Biskut tersangatlah meriah..

Rindu semua;








2 comments:

notie said...

Fulamak.... dah jadi chef celebrity laaaaa masuk TB... waduh bangganya punya kenalan chef diva... hik hik apa pun semuga sihat semuanya ya. Selamat berpuasa. Nanti bukukan lah semua resepi tu supaya boleh di belek2. hahahaha masaknya entah bila.

Nina Suria said...

notie sayang awak memang notie SUNGGUH. Manada selebreti chef.. kita cuma si tukang masak ceruk dapur kakmOn aja :D

dan selamat berpuasa buat notie dan keluarga.. maaf zahir dan bathin jika ada kesalahan kakmOn yah.. sayang awak xoxo