Monday, February 11, 2008

Famili 'gede-gede'


Resipi? nanti kita kongsi yah!


Tengok ni. Tangah Milah buat dengan kreatifnya. Kuih koci biasa di olah menjadi luar biasa. Comel kan dengan cucuk sanggol kak Melah... Ceh!


Kek buah Tangah Jauyah lembab dan sedap. Sekelip mata dah hilang. Masuk tupperware, tapau... Kwang kwang kwang kwang. Memengz, tadi pagi licin hahahaha


Atas meja ini terhidang kuih Mor(Makmor), Puteri Mandi, Kuih Koci, kek cawan, buah jambu dan kek buah itu.


Bahan-bahan untuk steam boat. KakmOn paling suka cendawan itu, sedap...



Ni power puff gal...


Shidah, ko gerammm???


Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil bagi Ninda yang dah pergi kemudian doa kesyukuran di panjangkan umur.


Cuti CNY dipenuhi dengan aktiviti 'mengayam karan'. Sudah menjadi tradisi famili kakmOn akan membawa hidangan yang menjadi 'trademark' masing-masing. Walaupun tuan rumah sudah menyediakan makanan penuh meja, namun rasa tidak sah bila datang dengan tangan kosong. Diatas itu adalah 1/4 daripada hidangan yang sempat kakmOn snap untuk dikongsikan bersama teman-teman kakmOn di sini.

Memandangkan bang Mat ke luar pantai dua minggu maka harijadi anak dara kakmOn kami sambut 5 hari awal dari tarikh sepatutnya. Maka kakak cuma tumpang sekaki di majlis harijadi mak saudaranya iaitu Tua Shidah(oooops jangan marah nanti kena jual Shidah.. ngeh ngeh ngeh)



Dah lupa dah, tapi minuman ni best. Campuran honey dew, lemon, soda dan aiskrim

Kari Kepala Ikan Nyonya kaw-kaw


Sotong goreng rangup


Ayam Kerabu Mangga

Saturday, February 09, 2008

Tag lagi...

Saturday, February 9, 2008

I've been tagged by MamaFami!

- start copy here -


Anger is only one letter short of danger
If someone betrays you once, it is his fault;
If he betrays you twice, it is your fault.
Great minds discuss ideas;
Average minds discuss events;
Small minds discuss people.
He, who loses money, loses much;
He, who loses a friend, loses much more;
He, who loses faith, loses all.
Beautiful young people are accidents of nature,
But beautiful old people are works of art.
Learn from the mistakes of others
You can’t live long enough to make them all yourself.
Friends, you and me…
You brought another friend…
And then there were 3…
We started our group…
Our circle of friends…
And like that circle…
There is no beginning or end…
Yesterday is history.
Tomorrow is mystery.
Today is a gift.

So now, let’s see how many circle’s of friends we can make by simply adding your link on this Friendship Meme!


*************************************************

Dengan segala hormat takzimnya, saya ingin TAG...

p/s : You are the chosen one...ahakss...jangan mare! Nanti kena jual!

**Selamat Memanjangkan Ikatan Blogger-Blogger semua**

*************************************************

Kaka N her cute 15th birthday cake



Malam yang kelabu





Nota Yagan: Nanti kakmOn stori yah! Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan disini.

Oh! Sekejap. Hari ini hari jadi kelima belas anak dara(kakak) kakmOn. Selamat Hari jadi sayang... Semoga menjadi perempuan melayu terakhir...

Friday, February 08, 2008

Sepetang di Pulau

Menunggu perahu keseberang, hati bagai di garu melihat air sungai yang dalam lagi jernih. Apalagi saya dan anak dara yang dua orang itu iski(seronok) menghulurkan kaki ke gigi air. Huuuuh nyaman... Macam berendam dalam besin kaki di Zen Spa.

Naik perahu menyeberangi Sungai Brunei sambil menikmati keindahan Kampung Ayer yang nampak berbalam di kejauhan.

Sekawan bangau terebang bagaikan sekumpal awan yang bearak lalu menuju ke kuala. Indahnya menikmati panorama petang yang mendamaikan.


Sebuah perkampungan yang menyimpan sejuta khazanah yang memukau. Namun tiada siapa yang menghiraukan. Hanya jauhari mengenal menikam.

Thursday, February 07, 2008

Happy Buzday Everibadeh




Februari adalah Hari Jadi sedunia bagi keluarga kakmOn...

01.02
G AmD

07.02 -
Tangah Usin

08.02 -
Tangah Junai
Shidah

09.02 -
Nana

27.02 -
Tangah Milah
Sinah
Sham


Kekcawan Pink itu saya buat dalam waktu kecederaan. Saya labok(campak) aja apa yang ada dalam peti ais duan pintu kakmOn. Langsung tak ada plan induk. Mula-mula nak buat kimino, tapi masa terlalu suntuk untuk itu. Maka jadilah kimino alas meja dan napkin. Entah lah Labu...

Tuesday, February 05, 2008

Ku sangka dua, rupanya tiga Tinah...

Hah! kakmOn menang lagi award??? Bukannya satu rupanya tiga... Alahaiii..


Award yang kedua ini kakmOn dapat dari Kak e, Mama Vouge, Siti Azma dan Mamasya

Eh! betul ke laman kakmOn ni 'mesra alam'??? Alahai.. Ok lah kakmOn pun tak nak merapu panjang-panjang, sebab ikan Kurapu dah naik halega bersempena Tawoon Balu Cina ni..

KakmOn nak kongsikan Anugerah Laman Mesra Alam ini kepada.. Tengok screen anda..
1. Dayangku Nurfaridah
2. Wabbit
3. Cek De Sam
4. Rozzan


Award yang ketiga pulak di anugerahkan oleh adik nakal kakmOn; Cik Mat Gebus. Kau memang tetap pu.. ja.. an ha.. ti.. ku. Ceh!



Ok award kau dekat di hati ku ini pulak kakmOn nak beri pada.. Errrrr.. Siapa yah?? Oh untuk semua pengunjung kakmOn yang rajin berkicau di tingkap cik Oggix sebelah ni.

Kau kunci cinta ku di dalam hati mu.. lalalalala aku lupa lirik kak Melah ni.. Award ni memang seswai..

p/s kakmOn baru aje balik dari rumah Ummi Zaihadi, dia kasi lagi kakmOn Award My Heart biru itu. Cehwah.. Rasa macam kak Melah pulak naik ke pentas pakai baju Lip-Lap kau kunci hati..

Nak istiharkan, malam ini adalah hari award sedunia. I Lap U guysssssssss...

Errrrk.. ade lagi tak orang nak tambahkan award kat kakmOn???

Monday, February 04, 2008

Selameeeet aku..





Alhamdulillah, pesanan guli-guli pelanggan Gayah Enterprise sudah 100% siap. Kek cawan pun sudah rapi di dandan. Cuma nak tunggu cik Pe'ah datang mengambil esok. Malam ini cik Bedah boleh turunkan kelambu seawal pukul sebelas. Pada yang sudi memberi anugerah 'Teman Mesra' itu.. sabar yah! Esok pasti kakmOn gantung. Bang Mat lagi cari lori balak nak angkut award-award tu semua. I lap u guuuuuuys... (Versi Milah menang Juara AF) (@_@)

Nice Matters Award



Alahai macam dapat AIM pula rasanya. Terimakasih Ummi Zaihadi yang menganugerahkan 'Nice Matters Award' ini kepada kakmOn. Macam tau saja kakmOn suka sesangat pada ribbon embroidery nih. So sweet of you.

Yang kakmOn pikir sekarang ni siapa pulak nak kamOn turunkan anugerah ini yah!. Rasa-rasanya semua sudah dapat kan??

Ok lah, kakmOn panjangkang aja pada.. errrr

Calon-calonnya adalaaaaaaah.. tenining.. ning.. *sound efek kuali dan sudip besi menari*
1. Box House Studio
2. Majidah
3. Mamasya
4. Mamazieza
5. Pink Jambu (kakmOn tingat nak kasi anugerah ni sebab pink itu warna mu.. )

Sila angkut piala kaler pink tu kat umah masing-masing ek..

Friday, February 01, 2008

Rombongan Cik Kiah








Nota Yagan: Psssttttt... Bu Kayah sudah minta kebenaran rah Penghulu Tarukubi kah???

Mata ku semakin layu... Semalam tanat(pulun) siapkan tempahan cik Bedah lagi. Esok kita sambung. Nak tido arrrr