Monday, October 26, 2009

Si Merah Hati



Tatkala hati tengah gundah aku selongkar peti Doraemonku, di bucu kiri ruang makmalku. Mungkin ada sesuatu yang dapat menghilangkan resahku di tengah malam itu. Akhirnya aku dapati sebuah buku comelku yang masih belum siap ku dandan sepenuhnya, tersusun diantara puluhan buku-buku kegemaranku.

Pada mulanya aku sudah angkat tangan untuk menyudahkannya. Tapi kulit buku itu membuat aku berfifkir empat-lima-kali. Kerna kulit buku ini mengingatkan ku dengan baju kurung sutera China ku satu waktu dulu(taim badan macam kerengga :p). Lalu ku simpan saja di celah buku-buku bacaanku yang lain.



Sebenarnya kulit buku ini punya sedikit kecacatan di bahagian tulang belakangnya, kulitnya merekah. Lalu dengan teori si-Klavu, aku tutup tulang belakang itu dengan riben 2" lebar berwarna merah hati dan ku tambahkan dengan sedikit glitters untuk menambahkan serinya.





Lalu aku pun menyudahkan cerita buku comel berbaju mawar merah hati ini dengan mengikatkan bunga riben organza diatara tulang belakang(benang putih) buku ini supaya lebih teguh dan kemas. Anda pasti nampakkan... benang putih itu?



Selepas ini mungkin anda punya ide yang 'diyamon'(brilliant), kan???

Sampai di sini dulu pertemuan kita untuk pagi yang nyaman ini... KakmOn nak ke kebun belakang dulu mengintip ayam-ayam hutan yang pemalu itu.

Sunday, October 25, 2009

Dimanja????

Adinda-adindaku yang dua lagi datang menziarahi ku. Serentak. Mereka datang dengan semangkuk besar kolo mee di tangan. Wah macam tau-tau saja yang kakandanya ini cuma mampu buat teh kosong aja. Ruang makmal kecil ku jadi sedikit ribut.

Kemudian tidak sampai 30minit datang lagi bonda saudara, jua dengan kudapan penuh di tangan. Belum cerna kolo mee di perut, datang lagi ayahnda saudara dengan isterinya. Pun penuh tangan. Rasanya aku ingin  menjadi 'pesakit' saja jika begini keadaannya. Tetiba tanduk si-Klavu tumbuh atas kepalaku. Ceh!

Sebelum mereka pulang, bonda saudara dengan mata bulat meninggalkan pantang larang. JANGAN 'ITU'. JANGAN 'INI'. Oops rasanya macam aku baru melahirkan anak sulung aja gamaknya.

Saturday, October 24, 2009

Minggat

Salam petang sabtu semua. Dua hari duduk di 'penjara' itu memang cukup menyiksakan. Dengan helah yang membawa malapetaka untuk diri sendiri... aku bolos jua. Aku bukan tidak sayang pada badan... pun jua... tidak mahu mati konyol (amal ibadah belum cukup), tapi memikirkan anak-anak yang sedang dalam zon peperiksaan, jadi aku mengambil risiko besar ini tanpa memikir dua-tiga kali akan kesihatan sendiri.

Semalam bonda-bonda saudaraku, adinda-adindaku jua sepupu-sepapatku datang menziarahiku. Hati kembang bagai bunga Kembang Kiapu. Rasa nak meraung ada jugak. Sebab? Aku masih dikelilingi orang-orang yang tersayang.

Terimakasih semua. Aku pasti beristirehat di kamar ini. Jangan risau. Love ya all...


Mata tak jua mau lelap. Kamar ini terlalu banyak menyaksikan kesakitan...  Mungkin? Al Fatihah untuk bonda dan ayahnda(bang Mat)..


Mengenyam?


Di luar jendela sang mentari sudah jatuh ke Barat. Di dalam kolam kecil di bawah jendela ini biasanya anak-anak berudu saja yang berenang-renang... Tapi tidak saat ini.. tetiba anak dara pingitan bang Mat yang pemalu itu menjelma...

satu.. si-Merahputih dengan ayunya mencumbui daun-daun teratai..


datang lagi yang kedua...


kemudian ketiga...



si-Kuningemas turut teruja... lalu turut sama menyertai mereka...


dan kemana pulak perginya yang kelima, si-Teruna itu?

p/s - Kaksu... tetiba aku rindu pada Dahlia...

Wednesday, October 21, 2009

Penutup Tirai Aidilfitri 2009

Sila.. sila.. sila..

Ini meja coktail yang menghidangkan punch Stroberi, Jahe dan Lobak Merah Bersoda, Oatmeal Cracker dengan pelbagai inti yang mengecurkan; keju mozarella, keju kambing, tomato anggur, whole macamadia, anggur hijau, zaitun dan entah apa-apa lagi... aku pun sudah lupa.

Laksa Asam, Daging Halia, Ikan Mangga, Mixed VG, Chicken Chop by Nyonya


Sushi by Klavu

Caramel ini pun dari dapur si-Klavu

Dan yang ini... membuatkan aku tidak cukup gigi untuk ketawa. Cuba terka?

sushi, anybody???

suku bahagian dari keluarga besar

oooops Yda.. inda cukup bilangan?


Pun... satu budak hitam jatuh masuk longkang...

Eeyore menyambut ketibaan Oji yang baru saja kembali dari tanah Ratu. Selamat jua untuk MA nya. Bah sambung lagi tia doktor nya... kalau luruh rambut pinjam rambut palsu Leyinah saja :D

Posing maut????


Masa damit inda ampit.. ya tah ni usulnya..


Makeover ice cream cake. Kecederaan...

Tuesday, October 20, 2009

Jari Lentik

Salam pagi selasa. Dari luar jendela dapurku ini.. suasana sungguh luar biasa indah. Apalagi bila dihiburkan dengan nyanyian burung-burung comel yang suka bertengek di atas ranting Rain Tree itu. Anak-anak ayam hutan pula... malu-malu mematuk nasi yang dihidangkan di bawah pohon mangga. Pun kumbang-kumbang hitam berlumba-lumba masuk kedalam kelopak Jacaranda unggu yang sedang lebat berbunga. Angin berdesir perlahan membuai pepohonan yang memayungi kebun belakang. Uhhhhh segar dan damai.

Pagi ini kami ingin membuat kartu undangan Leyn untuk teman-teman sekelasnya di K3Purple. Semalam si-Klavu sudah berbaik hati menghadiahkan kertas kraftnya, siap dengan cetakkan berbentuk kek cawan. MANIS banget. Tengkiew KLAVU.


Di makmal kedengaran Leyn sudah mula bermain dengan pengetuk kraftku. Biarkan saja dia...


Aku jua turut teruja ingin beroperasi, menghias sarang burung ini.


Shhhhhhhh...

Monday, October 19, 2009

Rasa hati...

Dalam rasa yang berbaur-baur, aku gagahi jua turun kedapur. Dari bahagian pinggang hingga keparas paha terasa ngilu menyucuk-nyucuk setelah seharian beroperasi di dapur membuat hidangan penyuci mulut untuk kakanda sulung ku bagi majlis rumah terbukanya. Kemudian sambung lagi membuat Makaroni Bakar Berkeju Mozarella untuk hidangan Jabatan kami yamg menyambut Majlis Ramah Mesra di Aidilfitri juga di malam yang sama. Penat dan sakit bahagian punggunggungku memang tidak boleh diungkap.

Nya mulah Babu.. "Jangan dimanjai penyakit ani". Kata-kata yang membuat aku sedikit kuat untuk melupakan 'tumbuh-tumbuhan' itu. Lalu aku gali lagi kotak Doraemon. Keluarkan mentega, lobak merah, gula perang, telur, walnut, tepung, kelapa kering dan keju. Dan aku terus beroperasi dengan si kecil ku, Leyinah.





Alhamdulillah pukul 7:30 malam, kek puja usia adinda lelakiku itu pun siap tersergam seperti yang ku inginkan. Perfect to his signature. Rustic, Simple and Elegant.


Happy wonderful birthday bro...

Friday, October 16, 2009

Ketemu lagi...


Salam petang jumaat yang barakah. Alhamdulillah aku sudah selamat melalui hysterescopy, endometrial biopsy, dan D&C. Sekarang aku cuma tinggal menunggu keputusan diagnosis itu saja.

Dan pada saudara-saudara, jua teman-teman bloggers yang menitipkan doa kesejahteraanku di tingkap dan kotak komen itu, benar-benar membuat hati jadi sendu. Bukan tujuan untuk meraih simpati, cuma sekadar menghilangkan resah yang terbeban di dada. Apalagi setelah aku menyaksikan klip video ini... cukup membuat perut besar ku jadi kempis.

Moga Dia mengampuni dosa-dosaku. Astaghafirullahalazim...

Tuesday, October 13, 2009

Cepatlah kau Siang..

Tetiba cahaya hilang. Gelap gulita memeluk ruang wad12. Rupanya sudah jauh waktu untuk tidur. Ku tutup kitab kecil Yassin di tangan ku. Mataku masih segar. Pun, suara dalam kelambu pesakit masih kedengaran sedang sek-sok-sek-sok dengan jiran sebelah. Walau katil ku yang paling hujung, suara misi-misi antar sebiji-sebiji(lantang) membuat liputan CNN mengalahkan Cik Kiah kepoh. (@_@)

Mata tak mahu lelap jua. Lalu aku gali lagi foto dalam album Picasaku. Akhhirnya aku mendapat ini...

Silakan..


BISKUT:
250gram mentega beku tanpa garam (dibiarkan hingga suhu bilik)
100gram shortening (saya gunakan CRISCO)
50gram gula kastor
2 biji telur
Tepung naik sendiri secukupnya

PANASKAN ketuhar dengan api 200celcius.
PUKUL mentega, crisco dan gula kastor hingga lembut didalam sebiji mangkuk besar.
MASUKKAN telur dan pukul lagi hingga mesra.
MASUKKAN tepung dan uli hingga menjadi sebiji doh yang licin.
AMBIL loyang pembakar. Lengsirkan dengan mentega, masukkan 3/4 doh tadi dan ratakan diatas permukaan loyang. Seperti kita membuat kuih tart/pie.
BAKAR dengan api 160celcius 12minit.


INTI:
1/2 tin susu manis
2 sudu teh kopi emulco
2 sudu makan serbuk kopi segera
1/2 cawan madu
2 sudu makan mentega
1 cawan gula perang
3 cawan walnut (dicencaang kasar)

MASAK semua bahan diatas dengan api yang sederhana kecuali walnut.
TUANGKAN bahan initi kedalam biskut yang dimasak tadi.
TABURKAN kacang walnut.
PARUTKAN lebihan doh tadi sehingga tertutup semua lapisan inti.
BAKAR lagi hingga keemasan atau biskut masak. Sejukkan sebentar.
POTONG dengan pisau yang tajam mengikut selera.
BILA sudah sejuk sepenuhnya baharulah diangkat dari dulang pembakar dan alaskan dengan mangkuk kek kertas comel sebelum dihidangkan.



NOTA YAGAN:
Biskut ini sewaktu dengan Crumble Apple Pie. Sedap(bagi piawaian lidah kakmOn lah..). Dan dalam keadaan suhu wad yang semakin menurun ke 16darjah ini, pasti enak biskut walnut ini dinikmati dengan milo panas, kan???

Salam dari katil 8. Moga anda bermimpi indah.

Monday, October 12, 2009

Resah

Dari jendela katil 8, pagi ini begitu ceria. Langit biru dengan dihiasi kepulan awan putih gebu, bagaikan gula-gula gulali yang berpintal-pintal saja nampaknya. Nyaman. Tapi bukan didadaku.

Para doktor-doktor bersama misi-misinya lagi sibuk meladeni 1001 kerenah pesakit wad12 yang tidak terjangkakan. Mana lagi pesakit baru yang masuk mendaftar yang rekod mereka belum lagi dikemaskinikan, seperti aku. Padahal semua prosedur yang diarahkan sudah dibuat dua minggu lebih awal. Bilalah agaknya mereka nak berubah.

Patah selera...

Tuesday, October 06, 2009

15 Syawal 1430H

Salam petang selasa. Dibawah ini kakmon kongsikan suasana pertengahan Syawal di kediaman kakmOn baru-baru ini. Kesian crew C7 tak sempat menyambut kedatangan 1syawal bersama famili. Setelah 13Syawal barulah mereka pulang kerumah dan meraikan Aidilfitri yang sudah masuk keminggu ketiga.

Dan inilah sebahagian tetamu yang sempat kakmOn rakamkan kerna IXUS kakmOn malam itu tetiba putus 'karan'. Adussss..


Leyn dan Lutfan sedia menunggu tetamu yang datang


Bunga Marigold yang ceria di surambi belakang rumah ini sempat ku petik buat penyeri meja hidangan.


Aku masih sibuk didapur, sehingga biskut tat ini tidak sempat dinti dengan jem blueberry, tetamu sudah pada datang.


Hidangan yang sederhana saja yang sempat ku sediakan untuk penghujung syawal ini. Nasi minyak, rendang daging, ayam bakar madu, pasta makaroni bakar, acar rampai, serunding pedas(terimakasih Jid) dan soto sirip sapi. Punch strawberi dan Lemonade menjadi pemanis tekak, takut ada yang berasap selepas mencicipi soto bersambal lada rindu.


Biskut pun sudah tinggal bunga.


Biskut potong walnut berperisa kopi lenyap sekelip mata.


Tetamu istimewa sikecil Syakirah Aeda jua datang menziarahi kakmOn malam minggu itu. Terimakasih Mamasya sudi bertandang.


Soto Sirip Sapi bersama Sambal Rindu menjadi hidangan feveret.


Rommate Bang Mat(jika berada di pelantar sana) bersama isteri tersayang.

Kesian hubby Mamasya kena duduk sorang-sorang, nasib baik ada roommate bang Mat yang mesra alam.


Kawan sekerja Bang Mat bersama isteri yang manis-manis.


Moga Syawal 1430H ini bukan yang terakhir buat kita. Maaf zahir dan batin semua.