Tuesday, October 06, 2009

15 Syawal 1430H

Salam petang selasa. Dibawah ini kakmon kongsikan suasana pertengahan Syawal di kediaman kakmOn baru-baru ini. Kesian crew C7 tak sempat menyambut kedatangan 1syawal bersama famili. Setelah 13Syawal barulah mereka pulang kerumah dan meraikan Aidilfitri yang sudah masuk keminggu ketiga.

Dan inilah sebahagian tetamu yang sempat kakmOn rakamkan kerna IXUS kakmOn malam itu tetiba putus 'karan'. Adussss..


Leyn dan Lutfan sedia menunggu tetamu yang datang


Bunga Marigold yang ceria di surambi belakang rumah ini sempat ku petik buat penyeri meja hidangan.


Aku masih sibuk didapur, sehingga biskut tat ini tidak sempat dinti dengan jem blueberry, tetamu sudah pada datang.


Hidangan yang sederhana saja yang sempat ku sediakan untuk penghujung syawal ini. Nasi minyak, rendang daging, ayam bakar madu, pasta makaroni bakar, acar rampai, serunding pedas(terimakasih Jid) dan soto sirip sapi. Punch strawberi dan Lemonade menjadi pemanis tekak, takut ada yang berasap selepas mencicipi soto bersambal lada rindu.


Biskut pun sudah tinggal bunga.


Biskut potong walnut berperisa kopi lenyap sekelip mata.


Tetamu istimewa sikecil Syakirah Aeda jua datang menziarahi kakmOn malam minggu itu. Terimakasih Mamasya sudi bertandang.


Soto Sirip Sapi bersama Sambal Rindu menjadi hidangan feveret.


Rommate Bang Mat(jika berada di pelantar sana) bersama isteri tersayang.

Kesian hubby Mamasya kena duduk sorang-sorang, nasib baik ada roommate bang Mat yang mesra alam.


Kawan sekerja Bang Mat bersama isteri yang manis-manis.


Moga Syawal 1430H ini bukan yang terakhir buat kita. Maaf zahir dan batin semua.

1 comment:

Mamasya said...

Salam k.Mon..

Aduhai tumpang glemer di blog k.mon....baby Syakirah selesa dok beriba tu..hi..hi..
Masih terasa keenakkan soto sapi k.mon..mmg hidangan favorit.set nasi minyakpun menyelerakan... yumm...yummm..abg yg sulong cukup suka pasta bakar. kenyang betul kami sekeluarga makan... kecuali baby Syakirah telan air liur je..hi..hi.suka tengok biskut itik cute k.mon hidangkan..
tk K.Mon sudi jemput kami sekeluarga....