Friday, October 02, 2009

Renda

Salam pagi jumaat yang indah. Semalam bekalan api elektrik kami tidak diputus(minggu ini bekalan api di tempat kami dicatu Gomen). Alhamdulillah, aku dapat beroperasi dengan aman. Biskut potong walnut berperisa kopi itu benar-benar membuat mataku terbuka luas. Aroma kopi harum memenuhi ruang dapurku sekaligus menyegarkan mata ku yang tadinya malas amat. Lalu aku terus membakar lagi 8 dozen kek cawan keju dan dua biji Puding roti Perancis, satu berperisa keju blueberry dan satu lagi berperisa badam dan kayu manis.

Oh yah! sebenarnya aku ingin berkongsi kebahagiaan ku mempusakai hasil tangan mak mertua ku, iaitu renda. Nostalgikkan?

Renda ini hampir-hampir jadi abu, jika mak mertuaku tidak mempertahankanya dari cucu-cucunya yang ghairah dengan alas kerusi-meja yang baru. Lalu renda yang dianyam dengan penuh berseni dari jarinya itu diturunkan kepada ku. Aku seperti mendapat intan berlian dibuatnya.

Dan lebaran kali ini ruang famili ku penuh dengan ceritera 'jari amaiku'. Sofa hitam lama yang empuk ini ku gantikan dengan kain denim yang baru(dengan bantuan Reyma dan bang Mat). Tanahnya berwarna hijau lumut. Kembang mawar dan hydrangea yang berwarna magenta ini menceriakan corak kain denim ini, sekaligus membuatkan sofa lusuhku ini segar kembali.

Lalu... alas renda yang mahu dibakar itu ku letakkan di atas lengannya. Akhirnya sofa ku tampil dengan gaya desa yang penuh nostalgik.



Kesanimbungannya, balang kaca yang ku beli di Pasar Ekonomi itu ku tambahkan lace crochet putih dan riben satin comel juga berwarna sedondon. Maka lengkaplah kebahagiaanku menyambut Lebaran yang mulia kali ini.



Dan ini ruang makmal kecilku. Juga penuh dengan hasil anyaman mak mertua ku. Lihatlah runner di meja makan itu... maniskan???



Dan rak ini, ku alas dengan kain kapas biru muda. Ku tambahkan trimming dengan lace gaya Inggeris dan riben yang berhias dengan butang putih ditengahnya itu adalah paku untuk mengantung alas tutup rak itu. Akhirnya... rak ku yang penuh dengan alat 'guling tangan' yang berselerak itu dapat ditutup keaibannya. Mata pun tak lagi sakit memandangnya.

9 comments:

Wan Amalyn said...

kakmOn...
wan selalu terpegun dengan idea2 kakmOn...

wan jadi cemburu... kalaulah wan sekreatif dan sesabar kakmOn pastinya rumah sarang burung wan akan jadi bertambah comel =)

Leyla Shuri said...

salam syawal nina,

tangan dah baik ke?

untung suami dan anak2 dapat isteri dan ibu yg begini kreatif.

Cantik, cantik!

Nina Suria said...

salam lebaran Wan,
wah teruja kakmOn dengar wan punya rumah sarang burung, meh kita sama2 hiaskan rumah sarang burung wan jadi comey dan manis :)

Nina Suria said...

salam petang sabtu klela, tangan macam tu jugak, masih sakit jika digunakan selalu. Nak uli roti pun dah tak boleh dah, nina cuma mintak ihsan pembantu dan anak dara aja :(

nurdia said...

salam nina... cantik nya interior design tu... kreatif sungguh...

Jid said...

kakmon.. kotak tiffany blue tu jid dah lama survey kat KK Home Deco.. tapi tak terbeli hingga hari ni... bila tgk ni..terkenang KK Home Deco semula.. hehehe...

sentuhan kakmon sentiasa ajaib.. ;)

Nina Suria said...

nurdia
lamanya kita tidak bertukar ceritakan? masa menjarakkan kita. Masih teruja nak tengok kelip2 waktu malam tu, nanti satu waktu pasti sampai jua.

salam peluk cium *laga pipi ala tok arab*

Nina Suria said...

jid

meh lah mai bonai kakmOn bawak borong kotak tiffany 1 lori

shhhhhh kakmOn bisik, kotak tu $%$%#@!@

Ummi said...

KakmOn, kreatifnyaaaa...cantik laahh..rak yang sempoii sempoiii pun boleh nampak cantik dan mahal gitu..tips yang bagus..thanks for sharing kakmOn..suka tengok ruangan ala inggeris camni...minat sangat2... ^_^