Dalam aku mengintai-ngintai anak ayam hutan itu... Dikejauhan...
Sesuatu yang menangkap perhatian ku...
Putih melata bagai hamparan permaidani... Satu pemandangan yang luar biasa indah di pagi yang hening ini.
Lihat.. si Kembang Desa rupanya...
Dan ini juga salah satu si Kembang Desa peliharaanku. Aku angkat dia dari tepi jalan menuju kekampungku satu waktu dulu. Lalu ku biarkan dia tinggal berteduh di bawah Rain Tree itu.
Semalam P.A Bang Mat mahu memotongnya... Nasib baik aku ada di sisi. Kalau tidak habis semua disembelih.
Dia sudah lama merajuk di bawah pokok mangga. Hidup segan mati tak mahu. Tetiba pagi ini dia kembali ceria seperti dulu.
Makcik bunga itu kata, namanya Blue-Sky(?). Satu waktu dulu, dia menjadi langit biru di depan laman ku.
Uhhhhh nyamannya.... Rasanya aku tidak ingin kembali ke kantor itu. Bang Mat.... (~;~)
5 comments:
Salam kak Mon,
nyaman skali pagi ni, lihat gambar2 bunga. Bole tanya? harap tak marah.
bang mat suami kak?
p/s: mg ceria dan sihat sentiasa
salam nina,
dah semakin baikkah?
orang Jepun namakan bunga2 itu sebagai yama no kusa atau bunga2 gunung.
Memang cantik, masya allah. hanya berkembang di musim panas.
kakmon, jid sangat suka bunga hutan yg renek2 camni. Kalu gi ladang kakak, jid selalu bermain-main dengan bunga2 tu. Ambil gambar dari pelbagai posisi.. hehehe...
kak jahrera.. sedapla nama tu.. YAMA NO KUSA.. YAMA NO KUSA..YAMA NO KUSA..**ulang2 banyak kali.. hafal**
nurindah,
a'ah betoi la tu, beloved hubby hehehe :D
Jahrera
Alhamdulillah syukran Jazilan.
Berpintal lidah nak sebut nama jepon tu klela..
yama no kusa, haik :D
tkasih kongsi info
Jid
kakmOn pun suka kebun jid tu.. bila la agaknya bang mat nak pos kakmOn kesana eik *jeling org sebelah yg nak pi animong ke ladang cik idah* benci arrrr :((
Post a Comment