Saturday, October 24, 2009

Minggat

Salam petang sabtu semua. Dua hari duduk di 'penjara' itu memang cukup menyiksakan. Dengan helah yang membawa malapetaka untuk diri sendiri... aku bolos jua. Aku bukan tidak sayang pada badan... pun jua... tidak mahu mati konyol (amal ibadah belum cukup), tapi memikirkan anak-anak yang sedang dalam zon peperiksaan, jadi aku mengambil risiko besar ini tanpa memikir dua-tiga kali akan kesihatan sendiri.

Semalam bonda-bonda saudaraku, adinda-adindaku jua sepupu-sepapatku datang menziarahiku. Hati kembang bagai bunga Kembang Kiapu. Rasa nak meraung ada jugak. Sebab? Aku masih dikelilingi orang-orang yang tersayang.

Terimakasih semua. Aku pasti beristirehat di kamar ini. Jangan risau. Love ya all...


Mata tak jua mau lelap. Kamar ini terlalu banyak menyaksikan kesakitan...  Mungkin? Al Fatihah untuk bonda dan ayahnda(bang Mat)..


Mengenyam?


Di luar jendela sang mentari sudah jatuh ke Barat. Di dalam kolam kecil di bawah jendela ini biasanya anak-anak berudu saja yang berenang-renang... Tapi tidak saat ini.. tetiba anak dara pingitan bang Mat yang pemalu itu menjelma...

satu.. si-Merahputih dengan ayunya mencumbui daun-daun teratai..


datang lagi yang kedua...


kemudian ketiga...



si-Kuningemas turut teruja... lalu turut sama menyertai mereka...


dan kemana pulak perginya yang kelima, si-Teruna itu?

p/s - Kaksu... tetiba aku rindu pada Dahlia...

2 comments:

jid said...

kakmon, membuai perasaan di sebalik jendela ya? (",). Have a gud rest sis...

jid said...

kakmon.. jid dapat berehat tepi pantai minggu lepas. Buka jendela tunggu matahari naik dan matahari terbenam..:D. Tapi tidak setenang seperti ikan berenang2 di kolam kakmon..Hehehe...