Tuesday, March 04, 2008

Kecubung Tenggelam?











Kecubung Berendam

Bahan-Bahan

Kuah santan:
2 ketul gula melaka di cencang halus (ikut selera manis anda, saya menggunakan gula apong yang dibuat sendiri oleh emak Hjh Mazlinda, tiba-tiba kakmOn teringat adik yang satu ini, mungkin dia dah selamat melahirkan???)
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
5 lembar daun pandan di mamar
Secubit garam

1. Masukkan santan, garam, gula melaka dan daun pandan yang disimpul didalam periuk. Masak dengan api yang perlahan.
2. Bila hampir mendidih masukkan santan pekat. Masak lagi sebentar dan kacau selalu supaya kuah santan tidak pecah minyak(boil below boiling point). Angkat ketepikan.

Doh keledek
500g tepung pulut
200g ubi keledek di lecek halus
Air secukup untuk menguli
Secubit garam
Pewarna ungu

Caranya
1. Masak air 2 liter dalam periuk hingga mendidih.
2. Sementara itu campur tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit. Sehingga menjadi sebiji doh lembut.
3. Campurkan doh bersama ubi keledek dan pewarna ungu, uli hingga sebati.
4. Bentukkan guli-guli kecil dan tekan dengan hujung jari tunjuk ditengah-tengahnya . Buatlah sampai habis.
5. Bila air sudah mendidih masukkanlah guli keledek tadi dan angkat bila guli-guli itu timbul.
6. Masukkan guli-guli yang telah masak ke dalam kuah santan.
7. Hidangkan panas-panas atau dinginkan di dalam peti sejuk baru di hidangkan.

Nota Yagan:
Manisan ini sebenarnya saya cipta sendiri, hasil ide yang saya dapat dari resipi kuih melayu ciptaan Bu Apsah(arwah bonda) satu waktu dulu... Semoga DIA merahmati bonda. Al-Fatihah...

Dan apabila melihat cik Mat Gebu dengan batu permata Rubynya, Ummi dengan pengat pulut dan Siti Azma dengan putek nangkanya, 'jari Dang Amai' ni tak tahan pulak nak cuba membuat sesuatu yang sewaktu permata ruby dan bijik nangka tuh. Oppppps..

2 comments:

Cik Siti Wan Kembang said...

wahhhhhhhh jelessssssssss....cantik bangatttttttt macam kelopak bungaan gitu di dalam tasik... alaaa..keledek mahal yang amat kat sini utk ku cubaaa...

Nina Suria said...

fulamak tingginye imiginasi ko cikwan, kelopak bungaan??? tak tejangkau dek akal kakmOn. Tu teratai layu di tasek santan pecah minyak kui kui kui kui kui :p

psssttttt syantek ko nyer icon, I LAP U mmmmmuah