Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Saturday, May 31, 2008
Friday, May 30, 2008
My new book
For my beloved kozin Siti - Cinnamon Apple cupcake
Try this simple sweet treats, I believe you can make it dear :)
Filling(optional)
3 biji epal hijau potong dadu
2 sudu mentega
1 cawan brown sugar
1/2 tea spoon cinnamon powder(kalau payah buang saja atau kalau rajin bakar skajap kayu manah kemudian tutuk lumat. Pas atu ayak jadikan serbuk)
Panaskan pan, masukkan mentega, sudah cair masukkan epal, masak 2minit.
Masukkan lagi brown sugar n cinnamon powder. Biarkan sampai juicy, angkat dan sejukkan.
1 dozen cupcake(beli saja yang readymade atau buat cupcake pakai tepung readymade Betty Crocker - Chocolate Moist. Ikut saja instruction arah kotaknya atu. She never fails U)
Buat lubang tengah-tengahnya(pakai pisau damit n sharp end)
Masukkan tia filling diatas atu, atau apa-apa saja bah, strawberry kah, blueberry pun ok jua.
Then topped wif mascarpone cheese atau whip cream(Spray bottle).
Simply Delicious - Pan Cake
11/2 cawan susu segar
2 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan mentega cair
Pukul semua bahan-bahan dengan sudip kayu hingga licin. Jika terlalu cair tambahkan lagi tepung dan begitu juga sebaliknya.
Rehatkan 10minit barulah dimasak dengan minyak yang sedikit atau gunakan non-stick pan.
Sandwichkan dengan mentega kacang dan kaya. Hiaskan dengan blueberry filling, strawberry syrup dan krim putar atau aiskrim. Atau bedakkan dengan gula aising. Mudah kan????
Wednesday, May 21, 2008
Jalan-jalan cari makan
Monday, May 19, 2008
Mengayam-karan
Salam semua, hari ini kakmOn kekurangan bekalan oxygen, nanti kakmOn stori yah. Kita layan mata dulu.
Terimakasih Marsila atas sebuah ukhuwah yang manis. Sesungguhnya keputusan mu itu memang tepat pada saatnya. Anak-anak adalah segalanya dan mengenali mu adalah satu keajaiban.
Kepada EP dan isteri, semoga membawa pulang kenangan terindah dari bumi Darussalam. Sampai ketemu lagi...
Tuesday, May 13, 2008
7 fakta
Tagging rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
Aku TERkena tag lagi. Bukan satu. Malah dua cik Bedah oiii..
1. Princessyatti
2. Faizabelle79
Tapi yang seronoknya, assignment nih dah buat lama dah. Jadi kakmOn copy and paste aje yah. Nasib baik, nasib baik *urut dada* .
7 FAKTA TENTANG DIRI SAYA
1. Saya sangat cerewet dalam bekerja. Saya lebih mementingkan kualiti dari kuantiti. Saya ingin orang akan menghargai hasil itu dan akan mengingatinya sampai bila-bila.
2. Dalam bisnes saya tidak suka meniru produk orang yang tengah laris. Saya lebih suka menghasilkan produk sendiri dengan gaya kreatif yang tersendiri. Seboleh-bolehnya saya ingin memberikan sesuatu yang terbaik dan unik pada pelanggan saya.
3. Blog adalah dunia ketiga saya. Saya banyak mengarut di situ. Realitinya saya bukanlah orang yang pandai berkominikasi dengan orang. Saya lebih banyak memerhati dan mendengar. Dan setengah orang yang tidak mengenali diri saya akan mencopkan saya seorang yang sombong.
4. Dalam usia yang sudah di kategorikan majalah MIDI ini saya masih merangkak di bawah. Saya sangat iri melihat kejayaan suami saya yang mencapai wawasan 40 gilang-gemilang. Saat ini impian saya cuma satu… sebuah kedai bakery yang bernama SINAH BISC berdiri. Cewah. Entah bila saya akan dapat memilikinya??? Duit duitttttt di mana kau duit???
5. Saya sangat memandang tinggi orang yang telah berbudi pada saya. Saya akan berusaha untuk membalasnya. Jika saya tidak dapat melakukannya, rasanya sayalah orang yang paling hina. Kalau boleh saya tidak ingin terhutang budi pada sesiapa.
6. Saya tidak suka mensterika pakaian, hatta sehelai sapu tangan sekali pun. Jika aku diberi pilihan, aku lebih rela menyuci dapur 'kapal pecah'.
7. Saya cair bila melihat pinggan mangkuk yang cantek. Apalagi kalau yang bermotifkan bunga mawar merah jambu. Saya lebih rela ikat perut untuk mendapatkannya.
Sekarang aku nak tag orang kat bawah nih:
1. Siti Azma
2. Meen Zulaikha
3. Norzailina
4. Nurdia
5. Mamasya
6. Penyulawa
7. Aishah
Jangan marah eeeeeeik. Nanti kena jual..
Ingatan sahabat
KakmOn juga ingin mengucapakan berjuta lemon kepada adik-adik di Seberang yang telah melayangkan SMS 'Selamat Hari Ibu' kepada kakmOn di bumi Darussalam ini. Dayang Kek, Infa, Izzul, Cik Idah, terimakasih atas ingatan yang tiada penghujung itu. Dan tidak lupa juga kepada teman-teman di sini Juliana, Tim, Dang Kasum, Ad dan beberapa nombor yang kakmOn tidak pasti siapa. Ampunkan kakmOn tidak sempat membalas SMS awda semua. Nya orang, inda lagi takain-kain.. Oooooops :D
Sunday, May 11, 2008
Terimakasih sayang
Selamat Hari Ibu pada tetamuku semua. Kasih ibu adalah segalanya. Hargailah mereka selagi dia masih bernyawa. Al-Fatihah buat bonda yang dah tiada..
Saturday, May 10, 2008
Thursday, May 08, 2008
Wednesday, May 07, 2008
3 Hasrat 3 Tujuan
Misi CookingBookmark.com
1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.
Anda cuma perlu:
1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/. Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.
2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.
3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini
Oleh yang demikian Dang Amai akan meneruskan hasrat Siti Azma ini kepada rakan blogger di 3 buah negara dari rumpun yang sama.
Dan dua link yang saya fikirkan tersangat rajin mengemaskinikan web mereka untuk di letakkan di cookingbookmark.com adalah
Semoga hasrat dan tujuan ini dapat lagi mengeratkan ukhuwah yang mesra alam seantero dunia. Dunia masakan tanpa sempadan. Salam sayang dari bumi Darussalam.
Tuesday, May 06, 2008
Simply delicious - bake green mussel
1 sudu mentega
Seafood Lemon and Dill Seasoning
Pizza Topper herbs
Daun saderi
Keju keping
Sos thousand island(jika tidak ada, ambil mayonaise campurkan bersama cili sos. Gaul sebati dan taburkan daun bawang yang dicencang halus)
mentega diramas bersama tepung gandum sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Susunkan mussel diatas dulang pembakar. Taburkan serbuk tepung keatas mussel.