Wednesday, November 25, 2009

Amai III



Salam pagi rabu yang redup. Aidiladha akan disambut pada hari sabtu di bumi Darussalam ini. Pasti ada yang sudah sibuk menyediakan tempat melaha-laha(menyiang) kerbau, sapi, kambing ataupun unta untuk ibadah korban, kan?

KakmOn masih tak tahu juadah apa yang hendak disediakan di pagi Aidiladha ini. Nantilah kakmOn fikirkan, kut-kut nanti malam kakmOn dapat mimpi buat hidangan 'diyamon'.

Oh yah! Seperti yang aku janjikan... Kasut Kung Fu a.k.a Ahpek itu telah siap ku 'botoxkan'. Beberapa jam menjait dan menyungkit, akhirnya kerja yang tak seberapa keras itu siap seperti yang telah dibayangkan.



Sebelum...



Sesudah...


Maniskan??? Esok, dapatlah kakmOn beraya dengan kasut Dang Amai ini. Cewah.

Akhir kalam salam kreatif semua. Kita bertemu di lain lembaran.

Monday, November 23, 2009

Amai II

Seminggu tanat(pulun) beroperasi di makmal kecilku, membuat aku lupa diri seketika. Padahal ada lagi 'misi' yang perlu aku siapkan dengan kadar SEGERA. Seronok hingga tak terucap bila melihat hasilnya.

Tengok... Kursi 'sasa' bang Mat sudah ku robah jadi gadis manis desa yang anggun.



Dengan hanya berbelanja kurang dari tiga puluh ringgit Brunei, kursi itu sudah tampil menarik dengan gaya yang paling sederhana. Ingat tak renda alas meja yang aku buka itu? Aku beli alas meja itu kerna aku jatuh hati pada trimming rendanya sahaja.

Jadi aku mula menjadi 'si-tikus membaiki labu'. Tak mengapalah... alas meja itu ku beli dengan harga yang terendah, B$2.60, besarnya 2"x4",di Pasaraya Pertama. Dan alas piring makan itu pula berharga B$1.40. Bayangkan, jika aku hanya membeli renda itu dengan harga B$4.80 semeter. Berbaloi kan? Jadi aku bisa menggunakan kedua-dua material itu dengan dua projek yang berlainan.



Jadi, aku rasa AMAT tak bersalah MEMUGGUTI(umpama tikus membaiki labu) alas meja yang memang sudah cantik itu.



Dan yang ini.. Masih ingat kan? Projek yang pertama awal bulan lalu.. Aku masih lagi menekenuninya... Sabar yah!



Dan minggu lalu waktu aku sedang terpesona dengan renda alas meja itu, aku menemui kasut saudara-sepusat-sepusing Kung Fu. Ada sesuatu yang menarik perhatian ku untuk memilikinya. Nanti aku kongsi ceriteranya di lain kesempatan yah.




Sampai jumpa lagi. Salam Isnin. Manic monday???? Neyyyyy

Friday, November 20, 2009

Tibadak Muffin



Tibadak? Pasti anda merasa pelik, kan? Tibadak dalam Glosari Buah-buahan DBP Brunei adalah sejenis buah yang mudah didapati di kepulaun Melayu. Berbatang lurus dan mencapai ketinggian 20 meter atau lebih. Daunnya tinggi dan buahnya berkauliflori pada batang. Buahnya adalah sinkarpa, biasanya berbentuk silinder dan apeks bulat.

Jika anda pening... Tibadak = cempedak. Saudara-sepusat-sepusing buah cempedak lah tu.. Buang karan betul kakmOn ni kan??? Oooopsey... (@_@)

Saat ini kita masih dalam musim buah-buahan yang juntrah(melambak)di mana-mana. Sehingga harganya meredum turun. Rezeki Tuhan yang melimpah ruah.

Dan... kakanda sulung dan juga ipar ku, yang punya dusun di Ulu itu, mengirimkan aku 'selori' buah segala bagai. Hingga dapurku tak ubah bau Pasar Malam Gadong aja jadinya.

PA ku pagi-petang dengan cucur tibadak.. cucur tarap. Adik sudah sek-sok-sek-sok menyuruh aku menukar hidangan. Akhirnya aku teringat bingka tibadak arwah bonda yang menjadi juara di Pesta Masak-Masakan Jubli Perak Baginda Sultan menaiki tahta, satu waktu dulu.

Tapi...

Bingka adalah spesis yang tidak mahu bersahabat dengan aku. Beberapa kali memcuba, akhirnya kecundang jua. Lalu, aku lantak aja membakar muffin.

Jom kita buat sama-sama...

6 biji telur gred B
4 cawan tepung naik sendiri (aku  guna Prima)
2 cawan puri buah tibadak(isi tibadak dikisar halus bersama susu segar)
1 cawan minyak sayuran (aku guna mazola)
1 cawan gula pasir (kisar)
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh bicarbonate of soda
25 keping mangkuk kertas muffin

PANASKAN ketuhar 200celcius
PUKUL telur, puri tibadak, susu segar dan minyak sayuran dengan sudip kayu, sebentar.
MASUKKAN tepung, gula dan bicarbonate dan pukul lagi hingga mesra. Cukup sekadar semua bahan tergaul mesra.
MASUKKAN adunan tadi kedalam mangkuk kertas muffin, 3/4 penuh.
BAKAR dengan api 170-180Celcius sehingga kuning keemasan.
BEDAKKAN dengan gula aising sebelum dihidangkan.



Si adik sudah cukup 'gumbira' menikmati muffin tibadak panas-panas. Pipi 'pinggan makan Mikasanya' sekejap kembung, sekejap kempis, menelan satu demi satu muffin yang lembut, lembab dan segar itu. Memang cukup mengkagumkan tekstur dan rasanya. Tidak terasa satu dulang sudah habis kami balun. Cubalah sendiri jika ingin menikmati kelazatannya..

Silakan...

Amai



Salam petang jumaat yang ceria. Apa khabar semua? Semoga anda dalam rahmahNYA. Aku baik-baik saja disini dan terimakasih pada tetamu yang masih sudi berkicau dijandela kecilku. Ampun aku tak sempat membalasnya. Kapan-kapan aku pasti turut berkicau sama.

Oh yah! Ada yang menanya "...kemana kakmOn menghilang?" KakmOn masih ada lagi disini sayang. Cuma penyakit 'amainya'(gatal tangannya) semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Lihat, apa yang dikerjakannya pada alas meja ini...






Kita tunggu apa kejadiannya... Daaaaaaaaah

Friday, November 13, 2009

Proyek baru













Salam jumaat yang barakah. Alhamdulillah projek yang sudah lama ingin diungkayahkan(dikerjakan) ini akhirnya dengan izinNYA siap jua akhirnya.

Si Jentayuku yang sudah lama merengek nak apron sebiji dengan sepupunya Adiba, sudah melonjak 'gumbira' bila apron ini pas aje tersangkut di atas pinggangnya.


Thursday, November 12, 2009

Titip salam


HAIRAN bin ajaib. Tetiba entri yang baru saja siap aku pos, HILANG. Buang karan betul


Ini adalah entri yang singkat dapat ku titipkan buat adik ku yang baru saja kembali setelah menemui jalan PULANG.

PinkJambu, selamat puja usia sayang. Moga kau tetap menjadi Ayu yang kekal.


Rasa nak peluk tapi tangan tak sampai. Pink Kelabu jugak. Rindu banget.


p/s Tetiba.. kakmOn rindu nak mengulit fondant... apakan daya (~_~)

Monday, November 09, 2009

Errrrr... I baru je makan udang

Ingat tak dialog tu? Tajuk entri di atas. Pada mereka-mereka yang tengah hangat bercenta pada tahun 80an tu... pasti tak lepas menonton filem kak Ogy kan??? Alah.. cerita budak si Ali SETAN tuh...

Dah lah dah... KakmOn tahu dah... soma adik-adik kakmOn nih belum lahir lagi kedunia.. Ceh! buang karang betul.



Ok CUT, rolling. Stori baru...

Hujung minggu lepas, cik Idah adik kakmOn yang kat Utara tu... stori kita. Dia nak masak udang rimau cili madu 3, tapi tak cukup korum, jadi, dia cuma masak sweet n sour at the end.

Malam ni, dari jendela cermin sakti kakmOn yang kat sebelah tu... ternampak lah pulak cik Ummi kita yang 'rajin da babas' tu... tayang udang masak cili madu 3. Memang dah sampai seru agaknya.

Sebenarnya, kakmOn pun masak udang hari ini. Udang sambal goreng jem raspberry. Tapi... Oleh kerana nak beri laluan pada cik Ummi kita tu, kakmOn masukkan kembali udang tu kedalam peti Doraemon.

Malam ni kakmOn hidangkan aja spagheti udang bersos cranberry yah. Silakan



10 ekor udang besar (belah belakang jangan buang kulit)
1/2 paket spagheti (rebus hingga empuk)
5biji bawang putih dicencang
3 sudu besar sos chili Kimball
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili kisar
Tabasco secukupnya
1/2 botol cranberry sos
Minyak zaitun secukupnya
Daun kari secukupnya
Parmessan Cheese seckupnya

TUMIS bawang putih dengan minyak zaiton hingga naik bau.
MASUKKAN semua bahan sos dan masak lagi hingga pecah minyak.
MASUKKAN udang dan daun kari, masak 5 minit. Jangan lama nanti udang kita hilang jus manisnya.
HIDANGKAN bersama spagheti dan taburkan parmessan.

Entahlah Labuuuuuuuuu



Sudah habis satu teko teh lemon panas aku balun. Aku bancuh lagi satu cangkir 'pink elieFunt' milo panas. Pening. Sudah lima hari aku menekuninya. Kerja Tuan Ismith itu belum siap-siap jua. Di luar gelap. Hujan masih kedengaran merintik. Suasana sejuk mencengkam tulang. Waktu sudah melepasi tengah malam rupanya.

Nasib baik aku ditemani anak dara pingitan si Kembang Merah Cina bang Mat. Nak tahu? Dia sedang menyanyikan Biar Bulan Bicara, lagu Broery Marantika. Tahu tak berapa umur anak dara bang Mat itu. Kiralah sendiri..




Milo pun sudah kering. Aku masih jua di jalan 'buntu'. Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...



Kalau nak ikutkan hati, lebih baik...

Friday, November 06, 2009

Saputangan



Salam petang jumaat yang cerah.

November sudah memeluk kita. Aaaah... Gerabak-gerabak waktu begitu pantas meninggalkan kita. Hari bertukar minggu. Minggu berganti bulan. Dan waktu terus berlari tanpa menanti.  Rasanya aku ingin punya waktu, 24jam ekstra.

Tadi pagi bonda mertua menitipkan sedulang Buahulu untuk empat cucu-cucunya yang disayangi. Melihat kegebuan dan kelembutan teksturnya... aku terkenangkan mangkuk batu dan calak tembaga(dulang tembaga untuk membakar kuih melayu) arwah bonda. Kemana perginya? Lalu cerita-cerita kusam itu kembali memenuhi ruang mataku.



Beberapa bulan yang lalu aku tersesat kedalam wilayah 'Pulau Nelayan'. Pondok-pondoknya indah dan damai. Hiasan dalamannya penuh pesona nostalgia. Dan sekaligus membuat aku kembali menggali khazanah yang sudah hampir ku lupakan.



Dulang saduran perak ini ku beli satu dekad yang lalu. Pedaggang Iran yang sudah mahu pulang itu menjualnya dengan harga runtuh. Aku dan adik lelaki ku seperti orang gila mengangkut hingga penuh dua tangan.

Setelah beberapa kali memakainya, warna peraknya menjadi kusam. Untuk merawatnya amat memenatkan, akhirnya aku campakkan saja kedalam peti Doraemon.



Dan alas meja serta saputangan ini sudah lama tersimpan sunyi. Feel mengenyam masih lagi diparas yang menakjubkan. Lalu dengan rasa cinta yang penuh didada, aku mengenyam lagi, membuat renda hiasan tepi saputangan itu.





Beberapa hari aku menekuninya, akhirnya saputangan itu siap jua semalam. Dan usaha yang memenatkan itu amat berbaloi. Rasanya? Aku bahagiaaaaaa... SESANGAT.



Lihat... cantikkan??? Oooops ambil bakul angkat sendiri. Tetiba teringat pada Tok Bonda, masih menekat ka dia???



Tiada saat yang paling seronok bila kita dapat duduk bersantai menikmati hasil kerja keras kita dengan secawan teh hangat dan sebiji kuih yang tak pernah hilang dimamah zaman.



Akhir kalam...

saputangan lama usah dibuang
buat menyapu si-airmata
hati kasih bukan kepalang
terkenang calak tembaga ditelan 'Naga'

Tuesday, November 03, 2009

Lemas

Bubur pulut hitam masih di atas api. Aroma wangi daun pandan memenuhi ruang dapurku. Di sudut ruang familiku, cat berserta berusnya masih tersadai di situ. Aku masih mencari ruang untuk menyiapkannya.

Aaaaaah... deadline. Benar-benar membuat aku lemas. Jadi sebelum aku terkambus dengan kerja 'Tuan Ismith' itu... aku membuka sedikit rahasia projek hujung mingguku yang lepas.

Nah... lihat.









Sebenarnya aku sudah jadi panasaran untuk menyudahkan projek ini. Tapi... waktu. Nanti saja aku sambung ceriteranya yah. Pasti bubur pulut hitamku sudah mateng. Daaaaa....

Sunday, November 01, 2009

Masa untuk bermain



Entah.. jari ni tak kenal lelah barangkali. Sebenarnya sudah lama aku menyimpan rasa ini... baru hari ini tertunai. Terimakasih Klavu pinjamkan 'guling-tangan' itu.

Nanti yah.. aku kongsi permainan hujung minggu ini. Ini ceritera rahsia. Sementara menanti mereka-mereka itu siap sunbathing, mari kita sama-sama membuat skon mudah 15minit. Jom kita ke dapur...

200gram metega beku(potong dadu)
3 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1 cawan susu segar
1/2 cawan susu cair
4 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung naik sendiri(ekstra untuk mencanai)
1 cawan kismis

INTI - (pilihan)
A)
1 kaleng stroberi filling
1 sudu makan stroberi emulco
1/4 cawan air panas
1/2 gula perang
1 sudu makan tepung jagung.
MASAK semua bahan diatas dengan api yang perlahan hingga sedikit pekat. Sejukkan.
B)
Keju Kotej mengikut suka. Atau anda boleh gantikan krim keju yang sewaktu dengannya.



PUKUL mentega tepung dan gula hingga mentega hancur.



MASUKKAN telur satu persatu. Kemudian susu segar, susu cair dan kismis.
PUKUL lagi sebentar hingga doh nampak kenyal. Jangan terlalu lama, cukup 1-2minit.



CANAI KAN doh di atas dulang yang ditaburi tepung.
POTONG dengan pemotong biskut yang bulat. Sapukan dengan kuning telur.



BAKAR 170-180celcius sehingga keemasan.



SAPUKAN skon dengan mentega setelah masak.



HIDANGKAN sementara panas. Atau sandwichkan dengan inti jem stroberi dan krim keju kotej.

Walah....


Jumpa lagi yah. Shhhhhhhh....