Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Friday, November 06, 2009
Saputangan
Salam petang jumaat yang cerah.
November sudah memeluk kita. Aaaah... Gerabak-gerabak waktu begitu pantas meninggalkan kita. Hari bertukar minggu. Minggu berganti bulan. Dan waktu terus berlari tanpa menanti. Rasanya aku ingin punya waktu, 24jam ekstra.
Tadi pagi bonda mertua menitipkan sedulang Buahulu untuk empat cucu-cucunya yang disayangi. Melihat kegebuan dan kelembutan teksturnya... aku terkenangkan mangkuk batu dan calak tembaga(dulang tembaga untuk membakar kuih melayu) arwah bonda. Kemana perginya? Lalu cerita-cerita kusam itu kembali memenuhi ruang mataku.
Beberapa bulan yang lalu aku tersesat kedalam wilayah 'Pulau Nelayan'. Pondok-pondoknya indah dan damai. Hiasan dalamannya penuh pesona nostalgia. Dan sekaligus membuat aku kembali menggali khazanah yang sudah hampir ku lupakan.
Dulang saduran perak ini ku beli satu dekad yang lalu. Pedaggang Iran yang sudah mahu pulang itu menjualnya dengan harga runtuh. Aku dan adik lelaki ku seperti orang gila mengangkut hingga penuh dua tangan.
Setelah beberapa kali memakainya, warna peraknya menjadi kusam. Untuk merawatnya amat memenatkan, akhirnya aku campakkan saja kedalam peti Doraemon.
Dan alas meja serta saputangan ini sudah lama tersimpan sunyi. Feel mengenyam masih lagi diparas yang menakjubkan. Lalu dengan rasa cinta yang penuh didada, aku mengenyam lagi, membuat renda hiasan tepi saputangan itu.
Beberapa hari aku menekuninya, akhirnya saputangan itu siap jua semalam. Dan usaha yang memenatkan itu amat berbaloi. Rasanya? Aku bahagiaaaaaa... SESANGAT.
Lihat... cantikkan??? Oooops ambil bakul angkat sendiri. Tetiba teringat pada Tok Bonda, masih menekat ka dia???
Tiada saat yang paling seronok bila kita dapat duduk bersantai menikmati hasil kerja keras kita dengan secawan teh hangat dan sebiji kuih yang tak pernah hilang dimamah zaman.
Akhir kalam...
saputangan lama usah dibuang
buat menyapu si-airmata
hati kasih bukan kepalang
terkenang calak tembaga ditelan 'Naga'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam kak mom...
memamg terpesona dgnya..sapu tangan tu aduhai
kakmonn.. memang sungguh mempesonakan sapu tangan atu.. suci bersih...dan elegen dengan renda putih yang sungguh halus.. sehalus jemari kakmon... (",).
kakmon.. td jid masak udang sweet sour.. ingat nak ikut resepi kakmon.. tapi lupa bahan2... (sebab dpt idea nak masak udang time dah kat pasar).. next week la nampaknya nak try resepi atu..heheh..
Azlina
A'ah saputangan buat menyapu si airmata :p
jid
kakmOn sudah terkana virus putih :D
bak kata iklan apa tu.. clean n clear image.. ceh! :p
p/s tadi tangahari kakmOn pon masak udang+sotong tomyam.. nyum nyum nyum tak nampak pon jid di bakang hikhikhikhik
assalam, kak puas saya cari camne nak buat sapu tangan camni... akak kain apa yg sesuai nak dbuat sapu tangan ni? sila beri tunjuk ajar.......
Post a Comment