Monday, November 09, 2009

Errrrr... I baru je makan udang

Ingat tak dialog tu? Tajuk entri di atas. Pada mereka-mereka yang tengah hangat bercenta pada tahun 80an tu... pasti tak lepas menonton filem kak Ogy kan??? Alah.. cerita budak si Ali SETAN tuh...

Dah lah dah... KakmOn tahu dah... soma adik-adik kakmOn nih belum lahir lagi kedunia.. Ceh! buang karang betul.



Ok CUT, rolling. Stori baru...

Hujung minggu lepas, cik Idah adik kakmOn yang kat Utara tu... stori kita. Dia nak masak udang rimau cili madu 3, tapi tak cukup korum, jadi, dia cuma masak sweet n sour at the end.

Malam ni, dari jendela cermin sakti kakmOn yang kat sebelah tu... ternampak lah pulak cik Ummi kita yang 'rajin da babas' tu... tayang udang masak cili madu 3. Memang dah sampai seru agaknya.

Sebenarnya, kakmOn pun masak udang hari ini. Udang sambal goreng jem raspberry. Tapi... Oleh kerana nak beri laluan pada cik Ummi kita tu, kakmOn masukkan kembali udang tu kedalam peti Doraemon.

Malam ni kakmOn hidangkan aja spagheti udang bersos cranberry yah. Silakan



10 ekor udang besar (belah belakang jangan buang kulit)
1/2 paket spagheti (rebus hingga empuk)
5biji bawang putih dicencang
3 sudu besar sos chili Kimball
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili kisar
Tabasco secukupnya
1/2 botol cranberry sos
Minyak zaitun secukupnya
Daun kari secukupnya
Parmessan Cheese seckupnya

TUMIS bawang putih dengan minyak zaiton hingga naik bau.
MASUKKAN semua bahan sos dan masak lagi hingga pecah minyak.
MASUKKAN udang dan daun kari, masak 5 minit. Jangan lama nanti udang kita hilang jus manisnya.
HIDANGKAN bersama spagheti dan taburkan parmessan.

1 comment:

jid said...

kakmonnnnnnnnn.. semalam baru jid gi kenny rogers cari spageti. kalu tau kakmon masak spageti udang ni... sure jid pergi lunch kat umh kakmon (kalaulah ofis dkt umah kakmon...hahaha)...

Weekend ni jid nak trylah msk spageti mewah si udang kara ni.. walaupun dah tau rasa yg jid masak sure tak akan sama dan sesedap dgn kakmon punya... yummyyyy!!!! (",)