Berlian yang terbiar lama akan kehilangan sinar gemerlapnya. Di sini kakmOn kongsikan cara menyuci berlian dan mengembalikan cahaya kemilaunya. Jika berlian anda diikat dengan bahan logam, rendam di dalam air suam yang dicampur dengan sedikit sabun penyuci yang lembut dan biarkan 2-5 minit. Kemudian bilas dengan air dan berus berlian menggunakan berus gigi yang lembut di dalam air yang bersih dan tidak berkalorin(jawabnya kena guna mata air lah ni). Akhir sekali keringkan dengan tisu.
Manakala bagi berlian yang diikat dengan emas, kerjanya amat mudah. Rendam berlian dalam larutan air Ammonia. Biarkan dalam beberapa minit. Kemudian bilas mengikut sepert langkah diatas. Mudahkan?
TAPI ingat kalau bukan daripada emas, tolong jangan menyuci berlian anda dengan menggunakan larutan air Ammonia itu yah. Tak fasal-fasal tinggal basi karat cincicn diyamon cik Kiah kang.
TAPI ingat kalau bukan daripada emas, tolong jangan menyuci berlian anda dengan menggunakan larutan air Ammonia itu yah. Tak fasal-fasal tinggal basi karat cincicn diyamon cik Kiah kang.
Kalau ingin tahu lebih lanjut sila klik di sini, banyak cerita yang menarik mengenai BERLIAN di situ.
Kenapa kakmOn membuka cerita 'diyamon bijik nangka' pepagi buta ini?Sebab kakmOn penat setelah menyediakan 'majlis cik Bedah' semalam.
'Singgahsana' cincin pertunangan bertemakan Putih-Perak ini kakmOn and Co. yang merekaciptanya. Seperti biasa, walau tarikh majlis tu sudah ditakah(pangkah), namun masih juga kakmOn buat dalam waktu kecederaan. Al-Maklum lah... Kalau tak tercedera, 'ide diyamon' kakmOn tu.. tak mau keluar. Agaknya lah..
Adik lelaki kakmOn dah pun selamat bertunang semalam. Alhamdulillah lepas satu perkara. Tapi masih ada tiga perkara lagi yang menunggu kakmOn di depan.
Rombongan cik Bedah sekali lagi akan berangkat minggu depan. Ini untuk anak buah bang Mat yang satu lagi.. Alahai... mau tanggal kepala lutut kakmOn dibuatnya..
Cukup di sini dulu yah. KakmOn nak KEREJA. Salam ukhuwah buat yang baru mengenali kakmOn
4 comments:
salam kak mon,
cantiknya...jeles saya. pandai kak mon hias. Jaga diri ya kak..
salam juga buat indah dan keluarga, akk cuma buat yang termampu aja indah,kita kongsi sama2 :)
Cantik!
kakmon... sakit jari tak nak pintal2 besi tu? jgn lupa mkn obat ye kalu sakit tgn lagi.. :)
tgn bionic woman kakmOn pinjam, nak harap tangan kakmOn 2nd hand ni, mak aiiiiiii... esuk pasti kena gantung lg..
Jid meh sini kakmOn bisik, besi tu &%$#@!(*&
Post a Comment