Tuesday, April 20, 2010

FarmVILLE

Sejak hujan mula turun dua minggu yang lalu, kebun di belakang rumah kakmOn pun bernafas semula. Rumput yang hangus kekeringan pun sudah kembali hidup segar, mengebarkan selimut hijaunya. Sungguh mendamaikan.



Lopak ini pun dipenuhi air hujan. Kekadang ada tetamu comel kakmOn yang sedang turun minum dan bermandi-manda di situ.

Terasa ingin membela ayam-itik pula dibuatnya.



Anak buah labu ini pun sudah mula membesar. Harap-harap bulan julai nanti boleh merasa hasilnya.



Yang ini pula adalah jagung manis Taiwan. Usianya baru dua minggu. SUNGGUH tak sabar kakmOn menanti buahnya keluar.

Di depannya itu pulak, adalah anak pokok buah tarap. Tak sangka, biji yang terjatuh ketanah, menghasilkan benih yang mengujakan.



Dan saat ini kakmOn sedang mengumpulkan kayu-kayu untuk membuat 'barn FarmVille'(ini benaran tau, bukan main-main, BUKAN macam kat FB itu).



Harap-harap dua bulan lagi, kakmOn akan dapat merasakan hasil tanam-tanaman yang sekangkang kera itu. Doakan kebun kakmOn berhasil yah.

Hingga ketemu lagi di entri Jari Amai, esuk. Insya Allah.

Selamat malam semua, moga mendapat mimpi yang indah.

5 comments:

azah said...

salam nina..wahhhh dah nampak kehijauan alam kat belakang rumah tu...rajinnya mon berkebun...bagus tu..baik utk kesihatan dan hasilnya lagi sedap daripada yang dibeli..akak doakan tanaman nina mengeluarkan hasil yang cantik2....

notie said...

waduhhhh syioknya berkebun belakang umah. Nanti leh le bela ayam itik. Kolam tu besarkan bela itik, ikan... alolo bestnya farmvile yg reality sih. Dapat rasa hasilnya bukan hanya dok pandang je bila tuai hasilnya ....hehehehe

Nina Suria said...

K.Azah
Terimakasih atas doa yang mengujakan. KakmOn sedang belajar jd petani kecila2an pulak. Penatlah jadi iron chef ni :D

notie
a'ah lopak tu kakmOn dah berniat nak besarkan jadi kolam ikan dan telaga Hadi Tanah Adriyana.. wooooo tingginya impian kakmOn

nanti taim menuai dtglah tolun kakmOn nanti ye :D

Jid said...

sungguh indah kebun jagung kmon tu... membuatkan jid terbayang2 dan mengimbau kenangan silam ketika mengusung baldi dan syampoo pd waktu ptg satu ketika dulu...:-D

Jid said...

moga kebun jagung kmon hidup subur dan membuahkan hasil yg lumayan... nyummmmmmm...