Tuesday, April 13, 2010

Nasi Briyani Udang Madu



1kg beras Basmati(bersihkan dan rendam hingga sedikit kembang dan toskan)
2kg udang besar segar(bersihkan dan perap bersama garam sejam)
6 cawan air (saya gunakan stok udang)
450gram minyak sapi
1paket rempah briyani
1 tin susu cair
Safron secukupnya
1/4 cawan air mawar
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
madu secukupnya

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
5 biji tomato segar
5inci hali muda

Bahan hiasan:
1 cawan kismis
1 cawan kacang badam (belah dua dan bakar)
2 biji tomato dipotong lapan.
1 pohon daun saderi di mayang
Bawang goreng secukupnya

Panaskan minyak sapi dan goreng udang separuh masak, angkat dan ketepikan..
Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing(gunakan minyak udang tadi).
Masukkan secawan air dan rempah briyani, tumis lagi hingga naik bau.
Masukkan udang tadi bersama madu, masak dua minit, kemudian angkat udangnya sahaja.
Barulah dimasukkan beras basmati dan masak lagi sehingga sos briyani meresap.
Masukkan air udang dan masak lagi sehingga airnya kering.
Kemudian perlahankan api, masukkan separuh dari bahan hiasan dan 1 tin susu cair  kedalam nasi, gaul hingga rata(kalau mengunakan periuk elektrik, tinggalkan saja).
Bila nasi sudah hampir masak, tambahkan lagi air mawar dan masak lah hingga nasi briyani betul-betul masak.
Kaut nasi secukupnya ke dalam sebiji pinggan besar, kemudian letakkan udang tadi di atasnya dan jiruskan sedikit madu. Taburkan lagi lebihan bahan hiasan. Hidangkan nasi briyani anda sementara masih panas.



Atau anda boleh menghiaskan nasi briyani mengikut citarasa anda. Terpulang...

Sampai di sini dulu, kita bertemu lagi di lain waktu.

Salam ceria semua

No comments: