Saturday, July 31, 2010

Impian



Sudah lama teringin membuat apron bercopkan Sinah Bisc. Akhirnya impian itu tercapai jua. Dengan jari amai ini aku melakar nama Sinah Bisc di atas PVC apron dengan Permanent Silver Marker yang baru ku beli di toko cat siang itu.

Cuba lihat di bawah ini, ceria bukan?



Dan yang di bawah ini lagi... adalah paded notice board yang ku buat dari cantuman-cantuman kain kapas Inggeris. Lebih mudah anak-anak meninggalkan pesanan ataupun sebagai reminder.



Dan tengahari tadi ternampak si Jentayu ku sudah siap melekatkan hasil lukisannya di notice board ini. Entah esok.. lusa.. pasti akan penuh dengan catatatannya. Menyemak :(



Akhir kalam, selamat hari lahir buat adindaku si KLAVU. Tak ada hadiah buat mu, hanya sekalung doa, moga kau dirahmati-NYA dan dimurahkan rezki selalu. Amin Ya Rabbalalamin.



Thursday, July 29, 2010

Made to measure

Bulan Sya'ban bulan rahmat. Majlis doa tahlil bersusun rapat. Kini cuma kurang dari dua minggu lagi kita menyambut Ramadan. Ibu-ibu pasti sedang giat mencari resepi biskut dan kek Raya. Aku? Aku masih menyibukkan diri dengan projek yang tak mahu siap. Ditambah lagi kelas baking and decorating cake yang ingin cepat-cepat dilunaskan.

Petang khamis ini aku kongsi lagi satu projek yang simple yang sudah siap ku khatamkan. Lounge Chair ini bekas sebuah cafe di Bandar Seri Begawan dan terlonggok di garage bonda saudara. Hati mula teruja ingin memilikinya. Rupanya ia bukan barang terbuang. Sebenarnya bonda saudara kita sedang menunggu tukang kayu itu untuk membaik pulih. Dengan muka tak malu, akhirnya aku dapat jua sebiji.



Sampai saja kerumah, aku terus bertukang. Membuang kulitnya yang sudah bakuriping(kulitnya terkopak) dan mencatkan kakinya dengan warna putih polos. Lalu sisa kain kapas berbunga ros merah jambu dan bertanah putih polos yang cuma 1.5 meter itu aku manfaatkannya untuk projek lounge chair itu.

Setelah dua hari aku menekuninya, petang ini aku sudah boleh duduk diatas lounge chair yang berwajah baru itu. Lihat manis bukan?



Ok! Sampai di sini dulu cerita lounge chair itu. Nanti aku kongsi Notice Board ku yang baru pulak. Di bawah ini waktu aku mendownload foto-foto yang ada dalam D90ku, tetiba aku terjumpa si Dibo the Gift Dragon, demo khas atas permintaan pelajar dari kelas dekorasi minggu lepas. Tapi sayang, fotonya kurang elok. Jadi cuma ini yang dapat ku kongsikan pada kamu semua. Mungkin si Dibo ini akan menjadi satu tajuk untuk kelas dekorasi yang akan datang. Insya Allah.



Dan untuk sesi kelas seterusnya, jangan lupa temu janji kita yah! Sampai jumpa nanti.



Salam malam jumaat yang barakah semua.

Monday, July 26, 2010

Terimakasih



Sesuatu yang ingin dikongsikan di sini. Kelas Dekorasi Kek Cawan kembali lagi dengan format yang baru semalam. Alhamdulillah walaupun jadual tersasar 'banyak' tapi Alhamdulillah semua peserta gembira di akhir kelas dengan membawa pulang hasil tangan sendiri. Terimakasih semua peserta yang tekun belajar sehari suntuk itu.

Di sini cuma sempat mengambil beberapa foto awal pagi. Di pertengahan dan penghujung, kamera sudah putus karan. Insya Allah nanti jika ada lagi ehsan dari peserta lain, pasti akan ku kongsi di sini. Insya Allah.

Aku tinggalkan anda dengan cerita foto-foto di bawah ini. Lagi keburu mengejar maghrib. Takut nanti tak sempat menyambut pertengahan bulan rahmat ini. Sampai ketemu lagi yah... Salam Nisfu Sya'ban semua.
















A QUICK NOTE

Salam pagi isnin semua. Pada sesiapa yang berminat mengikuti kelas Decorating Rolled Fondant With Dummy Cake. Sila e-mel ninasuria@gmail.com

Date: 30th July 2010
Time: 10am - 5pm
Venue: Rimba(Hypermart Giant area)
Fee: $150 per seat
Availlable seats : 4seats only.


Wednesday, July 21, 2010

MINGGU BARU PROYEK BARU



Salam pagi rabu yang indah. Kita sudah di hari ke9 di bulan Sya'ban. Tidak lama lagi Ramadan akan menjelma. Rasanya baru kelmarin kita menyambut labaran 1430H. Kini dia sudah hampir mendatangi kita lagi. Moga kita sama-sama dapat berjumpa bulan Ramadan ini dan melalui bulannya dengan rasa syukur dan tawadu'.

Oh yah, hutang puasa dah qada, belum? Kalo belum, cepat-cepatlah kita melangsaikannya. Jangan tangguh-tangguh lagi. Waktu tidak menunggu kita, ia akan terus berlari dan jauh meninggalkan kita. Sama-samalah kita ingat mengingati yah.



Cerita punya cerita, lupa pulak nak stori fasal 'proyek' patch work ini. Bila tengok sahabat-sahabat di Seberang sana rancak dengan projek 'keras tangan', aku pun ikut menerima tempiasnya. Lalu dalam masa 4 hari terhasil jua 'proyek tampong-tampong' itu. Dan sebiji Fairy Ballerina Tote Bag yang sungguh manis.



Bila melihat hasil kerja tangan yang sudah banyak terkumpul, tetiba hati terdetik ingin membuka Etsy Shop Online pulak. Lalu ide itu... aku mulakan di sini dengan bacaan Bismillahirahmanirahim...

Jika ada masa, abiskita dialu-alukan menyubuk sekajap Etsy Shop kami yang terhumble itu. Selamat bedudun.

ETSY SHOP @ KABAN SAKTI.



Tuesday, July 20, 2010

Belasungkawa

Dari DIA kita datang dan dari DIA kita kembali. Aku adalah pembaca sepinya. Rupanya dia yang dikenali  sebagai Raden Galoh itu telah meninggal dunia pada 19hb Julai semalam, iaitu dua hari sebelum tiba hari lahirnya(21hb Julai 1967).

Raden Galoh

Moga beliau dirahmati-NYA. Pada sesiapa yang pernah masuk ke blognya ini ONE BREAST BOUNCING pasti tahu keazamannya melawan 'penyakit maut' itu. Untuk tahu ceritanya lebih lanjut, silakan ke blog ini.

Dan terimakasih pada Sri Diah atas khabar dukacita ini. Salam takziah buat keluarga dan teman-teman beliau.

Lagu yang dicipta khas oleh arwah sebelum beliau meninggal dunia, kredit Hikayat Sinaganaga Origami

Monday, July 19, 2010

BUZZDAY

1) Kejutan Hari Jadi Adik cuma sempat membuat sebiji kek keju pisang yang di reka bentuk sebuah kereta antik tanpa plan induk. Kereta mainan adalah kesukaannya. Jadi aku buatkan kereta itu asal ada saja. Maklum masa kecederaan. Nak tahu ceritanya ada ku catatkan di sini.







Jadi aku cuma sempat menjemput sepupunya aja..



Hidangan yang humble habis; starter: cheese swirl crackers & potato chip crackers. Main course: steam boat, nasi ayam panggang, salad tropika, sambal belacan bersama ulam raja. Desert : Kek Cawan Keju Blueberry dan Vanilla ice-cream. Tidak ada hidangan yang 'pelik-pelik' kan?




2) Hari Jadi Myra: Cuma sempat membuatkan dia sebiji Kek Keju mangga yang comel. Dengan menampilkan si Annie kawan si Dibo the gift dragon itu, aku berharap kek comel itu dapat membahagian hari  Myra.





3) Dan ini majlis Sayonara kakak di akhir kelasnya di PTEK bersama tutor English Literature dan teman-teman kelasnya.












4) Dan yang terakhir, majlis Hari Jadi Syasya, sepupu kecilku. Pun cuma sempat membuatkan sebiji kek pasang siap Black Forest. Aku cuma menambahkan gaun kek itu bersama si gadis kenit
Thinkerbell di atasnya. Oleh sebab masa kecederaan, aku tak sempat mengambil foto-foto kek itu. Di bawah ini ku kongsikan foto majlisnya yang ku pinjam dari FB.


Moga minggu baru ini membawa ketenangan kepada ku. Penat jiwa dan raga.

Saturday, July 17, 2010

Menerima rombongan Cik Bedah

Cuti awam dipenuhi dengan majlis Nikah-Kahwin, Arwah Tahlil dan Puja Usia. Penat tak terucap. Jadi kakmOn cuma akan mengongsikan foto-foto pada majlis tersebut itu saja. Biar dia yang bicara yah.















Majlis puja usia nanti kakmon sambung yah. Ada kerja menunggu di depan. Sampai ketemu lagi..