Wednesday, September 22, 2010

10 Syawal 1431H



Kali ini aku lebih bersedia menyambut tetamu. Bukan rumah terbuka lagi tau. Aku menjamu dengan pintu rapat berkunci :p

Awal-awal pagi sudah siap patio ku hias dengan rapi.



Kakak pun sudah siap mengatur pinggan mangkok.



Hidangan sederhana saja. Nasi briyani tomato berempah, ayam panggang madu, daging rendang, lontong dan Laksa Asam.



Di dalam mangkok kaca di bawah ini; acar buah, ketupat palas Nona, serunding daging, sambal tumis terong, dan sotong keping.





Biskut dan brownies ala kadar.



Akibat terlalu santai sangat, tetamu datang pun kakak lupa nak mengambil foto. Sebenarnya bonda saudara dan roommate bang Mat yang kami tunggu. Sekalian memasak, aku terus menjemput teman yang baru bermastautin di sini; Anna dan keluarga. Dan sesiapa saja yang kebetulan bertamu pada hari itu. Terimakasih semua.



Moga Lebaran akan datang aku diberi kesihatan yang baik.



Salam merah jambu semua.

5 comments:

Mat Gebu said...

Salam aidil fitri kak mon, maaf zahir dan batin, daku sungguh tertarik dengan gaya hiasa kak mon dalam merai tetamu, terserlah keikhlasan dengan hidangan yang begitu sempurna dan susun atur yang begitu menyaman kan....moga Allah swt memberkati kak mon sekeluarga yeaaa....aminn..

Unknown said...

Nina...
Cantiknya rumah... nak belajar menghias rumah macam nilah. Ya, saya pun doa agar Nina sentiasa sihat agar dapat menjamu tetamu di lebaran-lebaran yang mendatang. Amin.

Nina Suria said...

Mat Gebu
Salam 14syawal Mat, ko ni kan.. dah bole jd pengkritik chef Nona)ada ka?) nomo 1 tau.

Btw Nabi kita pon pernah berpesan muliakanlah tetamu mu, bukan sahaja kita dapat pahala tapi kita pun dapat ni'mat barakah. Moga DIA meluaskan rezki kita ye Mat, dapat meraikan Aidilfitri bersama2

Maaf zahir dan batin :)

Elee Mardiana
tatarias rumah ni tak pyh belajo pon Elee, kakmOn min hentam kromo aja. Asal tau asas pilihan warna, jangan lebih dari 3 kaler, kalau nak blend perabot lama ngan baru, perhatikan warna dan teksturnya. Lagi satu cahaya juga perkara penting tau, kalau ruang tak tembus matahari, pilihlah hiasan dalaman warna yang cerah. Dengar kata hati pasti dia tak menghampakan Elee.

Eeeeeh kakmOn terlebih sudah. Maaf dari lubuk hati yang paling dalam. Selamat bergembira ;)

Unknown said...

jelesss jelessss... nak gak joint sama!

Nina Suria said...

Ummu :O
Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin