Monday, September 20, 2010

Suasana 4 Syawal



Raya keempat, kami menyambut tetamu dalam keadaanku yang tidak bersedia. Faham-faham saja, demam pun belum kebah lagi. Tapi aku paksa jua membuat majlis itu kerna memikirkan masa bang Mat di rumah terlalu singkat.



Tidak pernah ku terfikir tetamu yang datang melangkau jangkaan biasa. Hampir tiga ratus orang yang datang bertandang pada hari itu. Nasib baik ada anak-anak, anak-anak saudara dan saudara sepusat sepusing yang menyapol(membantu). Kalau tidak pasti aku sudah awal-awal lagi tumbang. Terimakasih semua.



Selepas pukul satu petang ayam percik dan kambing salai sos lada hitam sudah semakin susut. Bang Mat gabra. Terus pergi ke pasaraya, nasib.baik rumah kami berhampiran pasaraya raksasa itu.15minit kemudian bang Mat menelefon kerumah kembali, katanya ayam sudah habis terjual pagi tadi. Alahai... Nasib cik Bedah.





Belum pukul tiga petang adindaku sudah bising, nasi briyani kambing sudah nampak bunga. Kambing lada hitam pun sudah tinggal tulang. Dengan pantas aku pun memasak nasi minyak lagi. Dan kambing yang sudah wahum itu ku gantikan dengan sambal goreng hati buyah(hati paru) kiriman kakanda sulongku. Alhamdulillah.


Dalam keadaan kelam kabut itu aku kerah abang pulak membeli ayam dan kambing, cuba nasib abang pulak. Kut-kut stok petang sudah sampai. Alhamdulillah...  Kali ini kami bernasib baik.





Selepas empat petang, sanak saudara dan teman-teman semakin ramai bertandang, silih berganti tidak putus-putus hingga hampir waktu maghrib. Panadol ku telan entah aku tidak lagi tahu yang ke berapa, kami tukar lagi menu dengan menambah Ayam Panggang Lemon, Daging Rendang, Mi Goreng Kung Fu dan French Bread. Laksa Bu Apsah pun sudah dua kali refill.Sup Tulang Rusuk Sapi yang dikirimkan si Klavu awal pagi, aku panaskan dan keluarkan lagi. Dapur sudah macam tongkang pecah. Huru hara.


Soto masih tersimpan di patio disebabkan ruang makan tersumbat oleh tetamu yang datang serentak. Dan kami tidak sempat lagi memindahkan separuh dari hidangan itu ke taman belakang seperti plan awal. Keadaan sungguh kelam kabut. Panik. Ada yang nak minta pinggan. Gelas. Sudu. Semua bersahut-sahutan. Nasi habis. Kambing habis. Lain lagi saudara-saudara kita yang hendak berbuka puasa belum dapat bahagian. Ya Allah... Aku sudah hampir pitam.








Selepas Isyak baru keadaan reda semula. Cuma tinggal teman-teman sekolej abang yang baru sampai dan saudara sepusat sepusing yang membantu kakmOn sehari suntuk.



Leynah sudah mula mengorek biskut Coklat Crunchy kegemarannya. Dia ni kalau kita letak satu balang pun habis sekelip mata :s



Hanan(tutup muka dengan kupiah) hilang mood akibat terjepit jari di pintu depan. Kesian dia...



Lain kali aku stori fasal sudut PinkJambu ini yah. Tunggu.



Leyn asyik enterframe aja :(









Tetamu terakhir pukul 9:30 malam, makan hidangan yang terhumble. Paha kambing bakar caca merba. Udang dan ikan Rumahan(kembung) masak sepohon yang fresh dari pasar. Adeh....



Melepaskan 'wap' setelah diserang hendap :p



Pada yang tak sempat ku salami di majlis rumah terbuka itu ampun maaf dipinta dari lubuk hati yang paling dalam. Sampai ketemu lagi di cerita yang akan datang, sekian wassalam.

2 comments:

jid said...

Selamat hari raya kakmon..

sob..sob..sob... mohon ampun dan sedihnya tak dapat beraya di kg.rimba seperti yg dihajati..:-(

Nina Suria said...

huwaaaaaaaaaa kita duk tunggu tunggu tunggu tunggu dan tunggu

jid nampaknya leyn kena tunggu adidiladha la nie