Entri kali ini aku ingin mengongsikan ole-ole Hari Rayaku di rumah seorang teman yang masih menyimpan khazanah lama. Aku begitu teruja melihat pemilik rumah itu masih lagi menyimpan koleksi-koleksi arwah ayahnda-bondanya; Wang Syiling, Wang kertas, Set Teh yang berjenama, Radiogram, Pakaian Songket tenunan lama dan berbagai-bagai lagi. Setengah koleksi-koleksi itu sudah berumur lebih 80tahun dan ada yang sudah mencapai 100tahun. Bayangkan?
Dan lihat di bawah ini, cawan berwarna merah jambu lembut ini dilukis dengan tangan. Seekor naga sedang melingkari tubuh cawan ini. Di bibir cawan warna emas digaris halus sebagai border. Sungguh berseni lakarannya.
Dan pada cuiknya(lapik cawan) dilukis jua seekor naga yang sama.
Tembikar ini pula 'bawa-bawahan' semasa ayahndanya mengahwini bondanya. Nostalgik bukan?
Yang ini pula jenama Bohemia, dibeli pada tahun 60an. Sudah lama rupanya Bohemia ini mengambil tempat di hati orang Berunai.
Mangkuk kaca ini juga, pun berusia lebih 60tahun.
Set makan ini pula adalah hadiah ayahndanya pada bondanya setelah tuan rumah selamat dilahirkan. Terserlah cinta-kasih di dalamnya. Sungguh bertuah punya ayahnda yang penyayang dan menghargai saat-saat bahagia. Seperti aku ingin hendak menangis mendengar cerita tuan rumah itu. Al-Fatihah buat ayahnda dan bondanya.
Yang ini pula adalah tureen yang paling tua diantara khazanah-khazanah dapur yang dimilikinya, katanya "sudah tiga keturunan mempusakai mangkuk ini".
Gelas ini dikeluarkan setiap kali Lebaran 30tahun yang lalu.
Sungguh istemewa bukan? Rasanya aku tidak ingin pulang dulu, masih mahu mengorek khazanah-khazanah yang mereka simpan itu. Hati bagai digaru-garu melihat wang syiling dan kotak besi lama itu. Tapi enche' abang sudah beberapakali berdehem. SIGNEL. Mun paham bisai... nya(kata) orang Berunai.
Oh yah kita tinggalkan dulu cerita barangan antik itu. Semalam sang rembulan berkembang penuh. Cantik cahayanya terang benderang. Suasana Aidilfitri masih hangat terasa walau sudah hari ini yang ke16. Di sana-sini kelihatan masih ramai yang membuat majlis rumah terbuka. Mercun dan bunga api pun masih lagi melayang keudara. Mencopotkan jantung. Anak-anak riang ribena paling ketara begitu gembira berlari-lari di laman.
Dan sekejap lagi aku jua ingin berpergian kerumah saudara sepusat sepusingku, juga mengadakan majlis rumah terbukanya. Penat semalaman membantunya menyusun atur semula rumahnya yang kehilangan identiti itu. Akhirnya kami membuat keputusan, ruang tamu di luar biarkan saja seperti adanya. Ruang makan di dalam kami kerjakan habis dengan sentuhan desa. Maklum kebelakangan ini mata sudah berbunga-bunga.
Nanti aku kongsi suasananya yah.Insya Allah.
Akhir kalam, aku tinggalkan anda semua dengan hidangan tradisi melayu yang tak hilang dimakan zaman. Kuih sapit dan maruku yang rangup lagi lazat. Dan seteko teh wangi berperisa bunga cengkih yang panas. Pasti mengembalikan keindahan Aidilfitri zaman purbakala. Apalagi meminumnya dari cawan jed yang nostalgik ini...
Dan sekejap lagi aku jua ingin berpergian kerumah saudara sepusat sepusingku, juga mengadakan majlis rumah terbukanya. Penat semalaman membantunya menyusun atur semula rumahnya yang kehilangan identiti itu. Akhirnya kami membuat keputusan, ruang tamu di luar biarkan saja seperti adanya. Ruang makan di dalam kami kerjakan habis dengan sentuhan desa. Maklum kebelakangan ini mata sudah berbunga-bunga.
Nanti aku kongsi suasananya yah.Insya Allah.
Akhir kalam, aku tinggalkan anda semua dengan hidangan tradisi melayu yang tak hilang dimakan zaman. Kuih sapit dan maruku yang rangup lagi lazat. Dan seteko teh wangi berperisa bunga cengkih yang panas. Pasti mengembalikan keindahan Aidilfitri zaman purbakala. Apalagi meminumnya dari cawan jed yang nostalgik ini...
8 comments:
salam Syawal...
belum pernah rasa teh berperisa bunga cengkih lg
salam kakmOn..
cantik crochet yang dibuat alas sofa dan meja kopi itu...suka saya melihatnya... :-)
.
Ummi Humaira
teh cengkih memang wangi dan sedap(bagi lidah kakmOn lah). Kalau nak cuba, semasa menuang air mendidih kedalam teh, letakkanlah 3-5biji cengkih kedalam teko teh itu. Bukan saja aromanya harum malahan cengkih jua adalah satu ejen antimikrobial. FYI Minyak Cengkih digunakan untuk mengubati sakit gigi dan bau mulut. Datuk nenek kita lebih awal tahu dan memperaktikan sumber alami ini. Cubalah dulu ye Ummi ;)
ina inna
crochet itu adalah hasil jari mentua dan diperturunkan pd kakmOn satu waktu dulu :)
Salam KakmOn...waaahh nostalgik tul tengok cawan ijo..ingat dulu kecik2 mmg ada mak guna cawan tu..tp dah arwah la set tu....tengok yg kakmOn ni, baru la teringat...cantik laaa..huhuu
kakmonnnnnnnn... takutnya nak minum guna cawan naga tu... dia kuar api tak kat mulut dia? ngeeeeeeeeeeeee.. :-D
Ummi
kakmOn selalu terpesona pada barangan2 lama, apalagi bila ada satu cerita yang momentum disebaliknya :)
Nanti ummi balik rumah nenek, galilah apa2 yg masih tersisa. Sayang tau :)
Jid
Memang berasap kalau minum kat cawan naga ni. Sebab air teh tu guna air baru mendidih :p
psssttt mak masih simpan pinggan mangkuk lama tak? kakmOn nak cup :D
Salam Syawal Kak Mon... lamaaaaaaaaaaa sungguh saya tak berkunjung ke blog ini, rindu dengan masakan Kak Mon...
kak..suka tgk barang2 lama tu...saya pun dah terjebak dalam hobi mengumpul pinggan mangkuk lama ni...
silalah berkunjung ke blog antik saya:
Nostalgia Zaman Berzaman
http://www.nostalgialama.blogspot.com
kmon.. pinggan mangkuk mak yg antik2 dah kena curi dengan askar jepun masa zaman perang dulu.. banyakkkk katanya.. simpan dalam tempayan pun kena curi habis.. :-(
Post a Comment