Salam Likur semua. Aidilfitri semakin mendekat. Dapur-dapur sudah mengeluarkan aroma harum biskut dan tidak kurang jua ada yang bau hangit. Pasti habis sedulang biskut rentung, kan?
Tahun ini aktiviti di dapur.. sederhana saja. Aku tidak banyak membuat biskut seperti tahun-tahun yang sudah. Kemahuan ada, tapi kudrat? Memang tak dapat dielakkan. Tangan semakin berdenyut. Sakit. Nasib baik ada anak dara yang dua orang itu turun membantu. Jadi inilah hasil-hasil yang dapat ku kongsikan di sini.
Biskut Coklat Rerama
Strawberry Marble-ous
Biskut Rama-Rama
Sweetcorn Marble-ous
Lychee Marble-ous
Blueberry Marble-ous
Hadiah yang manis di pagi Lebaran
Akhir kalam, penuhilah malam-malam terakhir ini dengan zikirullah. Moga kita sama-sama diberi rahmat Ilahi.
No comments:
Post a Comment