Wednesday, August 25, 2010

Mi Tiaw Kung Fu



Salam 15Ramadhan semua. Hari ini baru melapor kerja setelah seminggu cuti 'sakit'. Dan hari ini juga baru terasa sistem yang terbelit di dalam perut kembali pulih seperti sediakala setelah beberapa botol air garam dan antibiotik dimasukkan kedalam urat saraf sepanjang empat hari tiga malam. Alhamdulillah.

Dan pesanku untuk di luar sana dan juga untuk diri sendiri, kalau nak makan 'sedap-sedap', masaklah sendiri. Janganlah 'main redah' aja. Hah! kalau dah 'terkena', AZAB. Padan muka aku. Ngeeeeh...



Oh yah, esok lusa kita akan menyambut Nuzul Al-Quraan. Bermakna cuma tinggal dua minggu lagi saja Ramadhan akan bersama kita. Sarananku marilah kita berqiamulail, menghidupkan malam-malam penghujung Ramdhan ini. Entah esok atau lusa... kita tidak dapat lagi bersamanya... Siapa tahu kan? Qada dan qadar Tuhan.

Dan aku kongsikan juadah rengkas yang meriah untuk berbuka puasa nanti. Mi Tiaw Goreng Kung Fu(kenapa Kung Fu, SEBAB? Semalam aku masak mi tiaw ni... main BALING-BALING  aja, dalam masa... kurang dari 10minit waktu berbuka)..

MI TIAW KUNG FU

1kg mi tiaw basah
3 ulas bawang putih cencang
1 bawang merah cencang
10 ekor udang hidup besar potong dua(buang kotoran belakang aja)
3 biji cili merah cencang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan sos Ikan Nampla
1 sudu besar sos Maggi Cili Thailand
3 biji telur
$1.00 sawi bunga kuning dipotong tiga(pisahkan bahagian batang dan daunnya)
1/2 cawan air stok ayam knorr (rendam 1 kiub knorr dengan air panas)
Minyak bijan secukupnya 

TUMIS bahan cencang bersama minyak bijan hingga kuning keemasan(api sederhana)
MASUKKAN sos cili, sos tiram, sos ikan, udang dan batang sawi, masak sebentar(api besar 'banyak').
MASUKKAN mi tiaw dan air stok ayam, masak lagi sebentar.
BUAT lobang di tengah-tengah kuali dan gorenglah telur di situ. Kemudian masukkan daun sawi.
GAUL semua bahan hingga mesra dan angkat.
HIDANGKAN sementara panas bersama cili Thailand potong yang diperap bersama kicap kikomon.

FOTO? Ooooops TARAK, sebab mi dah tinggal bunga, tak sempat nak snap. Lain tawoon kita tempek ek :p

Sekian, selamat berbuka semua.


8 comments:

FlowerLady said...

I sure hope you are feeling much better soon.

FlowerLady

jahrera said...

salam nina,

bukankah nina selalu masak yg sedap2. Ini kes apa pula? Kena ward?

Apa2 pun Nina dah sihat semula, selamat meneruskan ibadah Ramadan yg sedikit berbaki.

wassalam

Nina Suria said...

Dear flower lady,
I feel much much better now, thanks for dropping by :)
xoxo

Jahrera
APA KES? hahahahahaha soalan cepu mas. Kita terliur nak makan ikan bakar, so kita beli aja kat gerai berhampiran masjid tu.. Entah apa silapnya, biasanya kita buang aja cicah gerai tu, kita buat sendiri. Tapi hari tu P.A kita pandai2 masukkan cicah gerai tu ngan homemade, sayang kunun.. hah habis satu rumah kena kejar tandas. Yang paling malang nina lah, taim tu memang badan kurang sehat, ditambah lagi diarhea, abislah cik kiah kena buat destress bodywork kat hospital :(

notie said...

laaaa siannya kes keracunan makanan. Ngeri ler tgk cucuk sana cucuk sini cam cucuk botox je. Apa pun semuga dah sihat adanya. Amin.
Walaupun kita keje kementerian kesihatan tapi paling takut dgn benda sepital tu semua. hehehehe

Nina Suria said...

memang ngeri bila jarum tu tak bertemu terewong, empat lima kali buat serkap jarang tak mengena, sakitnya hanya Tuhan yg tahu huhuhuhu akibat misi tu buat terowong ngan paksa kita duk menanggung sakit lengan sampai hari ni. Dah ijaw biru dah sepanjang tangan ni. Nak buat cookies syantik2 pon dah tak larat, jari amaiku dah 'sakit teruk' uwaaaaa

salam nuzul Al-Quraan Notie

Jid said...

get well soon kakmon sayang...

Nina Suria said...

Jid dengarlah bunyi tulang2 yang berkeriut nie hukhukhukhuk

Jid said...

siannyaaaaaaaaaa... kakmon jgn lupa mkn sup tulang ya.. dgn susu anlene. tambah kalsium... :-)