Thursday, August 12, 2010

Puasa

Salam pagi khamis. Tak sedar pun entri udang seantero itu terlepas sebelum aku sempat meletakkan resipinya. Jadi.. pagi ini aku cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan ini mengongsikan resipi yang mudah dan menyelerakan untuk berbuka puasa maghrib nanti. Moga hidangan ini dapat memeriahkan meja hidangan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

1 Kg udang 
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
10 biji cili merah
1 sudu teh petis/belacan
3 sendok besar lada kisar
1 sendok besar sos cili
2 biji jus limau kapas(limau nipis)
3 sudu makan gula melaka(parut)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

PANASKAN kuali.
TUMIS bahan kisar hingga garing.
MASUKKAN sos cili, lada kisar, jus limau nipis, garam dan gula melaka. Masak lagi sebentar.
MASUKKAN udang dan masak lagi 4 minit(kalau terlalu lama, udang akan kehilangan juicy dan rasa manisnya).
HIDANGKAN panas-panas.

Oh! yah, pada yang gemar kain kapas Inggeris, ada dua biji tote bag yang baru aja keluar panas-panas dari ketuhar. Silalah ke KABAN SAKTI menyuci mata. Barangkali Aidilfitri nanti anda boleh bergaya dengan tote bag yang memikat itu.

Lihatlah di bawah ini. Manis bukan?



Akhir kalam marilah kita sama-sama menghidupkan malam-malam bulan rahmat ini dengan menambah gandakan amal ibadah kita semua. Moga DIA merahmati dan mengampunkan dosa-dosa kita umat muslimin semua. Amin Ya Rabbalalamin

No comments: