Jika sabit anak bulan Ramadan nampak dilihat petang ini, maka esuk bermulalah ibadah puasa bagi tahun 1431Hijrah . Dan malam nanti pasti masjid-masjid akan sesak lagi seperti musim-musim Ramadan yang lalu. Alhamdulillah.
Oh! yah, seperti biasanya, yang akan bertambah sibuk ialah suri rumah. Maklum bila waktu berbuka pasti juadah yang rare species akan keluar. Maka disini aku kongsikan Pai Buah Lai yang mudah dan ceria.
Sebenarnya hidangan ini anak dara ku yang membuatnya hari ahad lepas, sewaktu majlis Tahlil di kediaman kami malam isnin lalu. Alhamdulillah pai yang dibuatnya tanpa resipi ini.. menjadi jua.
Jadi... aku ingat, pasti anda yang di luar sana pun boleh juga membuatnya, kan? Mungkin lagi enak dari bagas tangan anak dara kakmOn ini. Jadi aku kongsikan bahan-bahannya tanpa sukatan metrik yah.
1 buku mentega beku tanpa garam(majerin pun ok juga)
4 sudu makan gula aising
2 biji kuning telur
Tepung serbaguna secukupnya
PANASKAN ketuhar 200celcius
PUKUL mentega, gula aising dan kuning telor dengan sudip kayu hingga mesra.
MASUKKAN tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga tidak lagi melekat di jari.
CANAI doh di dalam mangkuk pai.
BAKAR 170celcius(turunkan suhu ketuhar terlebih dahulu) 10minit
SEMENTARA itu sediakan bahan inti pai.
PANASKAN kuali, masukkan 2 sudu mentega dan 1 cawan gula perang hingga cair dan pekat.
MASUKKAN 5 biji buah lai cina yang telah didadu.
TAMBAHKAN 2 sudu makan tepung jagung, kacau dan masak 2 minit.
MATIKAN api dan tuangkan rata inti pai kedalam kulit pai yang sudah dibakar tadi.
TABURKAN 1 sudu teh serbuk kayu manis, kismis, buah ceri, jem oren dan jem strawberi.
BAKAR lagi 15minit.
HIDANGKAN bersama aiskrim sementara pai masih panas.
Di bawah ini aku kongsikan bersama foto-foto majlis Tahlil minggu lalu. Terimakasih pada kaum keluarga dan jiran tetangga yang sudi bertamu di malam itu. Melihat suasana majlis itu, terasa Aidilfitri semakin mendekati..
Sebelum maghrib sudah sedia menunggu sanak saudara.
Abang terlupa tambahkan sirup dan jus mangga hingga sampai waktu menjamu selera. Allahuakbar.
Tak sempat nak snap satu-satu... hidangan dah mula susut walau sudah ditambah dua kali. Terlepas lagi.. Adusss..
Dim Sum: shumai, shark fin dumplings and beancurd rolls. Kek madu, kek coklat dan kek pisang. Bake macaroni bersam keju parmesan. Pengat durian kuning, tapai dan pais lamak. Last but not least, scones.
Terimakasih buah tangan dari bonda-bonda semua.
Hidangan yang ditaja saudara sepusat sepusing. terimakasih abang..
Sepupu-sepapat duduk bersantai.
Bonda saudara duduk bertiga diapit dua generasi baru di kiri dan kanan.
Moga Ramadan ini bukan Ramadan yang terakhir. Ampun dan maaf pada semua. Salam sayang buat saudara-saudara yang jauh di pulau.
No comments:
Post a Comment