Tuesday, August 17, 2010

Pac Man Cookies KAKAK



Salam 7Ramadhan semua. Apa khabar? Moga-moga anda diberi kesihatan baik di bulan barakah ini. Entri kali ini aku kongsi bagas tangan kakak; Royal Icing Cookies. Sesuatu hidangan yang cukup menggoda, apalagi buat 'anak-anak riang ribena' seperti Adik dan Leyn.




Dua hari aku melihat kakak bersungguh-sungguh di dapur membuat cookies itu. Dan dua hari jua aku lihat 'guling tanganku' lintang pukang. Usahanya itu memang berbaloi bila melihat hasilnya yang sungguh comel dan manis. Si Leyn lah yang paling 'gumbira' bila mendapat habuan yang paling banyak. Apalagi bila dia pandai-pandai memberi markah over the rank. Orang suruh dia beri markah 1 hingga10. Leyn jawab 20. Si kakak sudah kembang-kempis dipuji melangit begitu.


PAC MAN ICING COOKIES

1/2 buku mentega beku (biarkan suhu bilik)
1/2 botol mentega kacang
1/2 cawan gula kastor dikisar halus

[Pacman-Sugar-Cookies-.jpg]
Foto di pinjam dari web FUNNBEE

PUKUL bahan di atas dengan sudip kayu hingga licin.
MASUKKAN 1 cawan cerelac dan 1 cawan nestum(kisar), kacau hingga mesra.
TAMBAHKAN tepung naik sendiri sedikit-sedikit, uli sehingga menjadi sebiji doh yang licin.
CANAIKAN doh dengan pemotong biskut berbentuk bunga tulip.
BAKAR dengan api 170celcius hingga masak keperangan.
SAPUKAN dengan royal icing bila biskut sudah sejuk dan letakkan 2 biji manik sebagai mata PAC MAN.



Royal icing:
2 biji putih telur
1 sudu makan jus lemon
Dipukul(electrical hand held mixer) hingga kembang sedikit. Masukkan 4 sudu makan corn syrup dan pukul lagi. Kemudian tambahkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga pekat dan dapat disapukan di atas biskut.



Akhir kalam, Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibnu Umar; diam orang berpuasa itu adalah tasbih. Maka diam itu adalah yang lebih baik bagi kamu daripada berkata yang sia-sia.

3 comments:

sunglasses said...

nampak sedap perlu di cuba ni

kakak munsyi said...

salam,
kak mon, kalau lepas ni abang mat suruh kak mon gantung apron sebab kak mon kena jaga kesihatan (tangan kak mon kan bernilai lebih daripada diyamon dari Kimberly)... kakak akan ambil alih :) dan Leyn tukang ambil order, makanya kak mon juga boleh juga mencium harum biskut dibakar :)

Nina Suria said...

kakak munsyiku sayang,
sekarang ini tengah fikirkan seranan kakak munsyi dan kakak awet Jepon(ampun kleyla) itu, kakmOn kena berehat banyak dan tidur cukup2. Maknanya kakmOn dah bole jadi nyonya munir ~ahak~