Monday, January 31, 2005

One format, one color, one line

Pagi ni hujan turun, Nina mengarahkan anak-anak supaya cepat bersiap. Biasalah bila hujan turun, jalan pasti sesak. Semua penjaga terpaksa menghantar anak-anak depan pintu pagar sekolah, takut anak-anak basah. So bayangkan kalau dah sekolah tu penduduknya melebihi 1,000 penuntut... faham-faham je lah.

Sampai ke ofis pukol 7:10 belum ada staf kami yang sampai. Activate semua pc kita, do routine backup and finished my job yang terbangkalai petang sabtu hari tu.

Sambil mengemaskini kerja, orang di hujung dunia memberi salam skype nya dan mengirimkan beberapa keping gambar yang dikatannya 'the scenary really take my breath away....' Ok lah nanti akak postkan untuk kita kongsi perasaan bersama orang yang di hujung dunia tu.. Masa ni tengah sibok..

Coffe break tidak ada menu yang luar biasa, hanya nasi lemak 50sen sebungkus; sambal pusu dengan telor dadar jadi santapan. Baru separuh nasi lemak di telan tetiba datang pengarah kita menyapa kami kat dapor, terasa nasi tersekat dikerongkong. Mana meja operasi maseh lagi betaburan dengan kerja yang belum siap. Nina bergeggas menghabiskan nasi yang tersisa tanpa menegguk kopi, terus keruang kerja balik.

Pengarah meneggur poster-poster yang ditayangkan tidak sekata warnanya. He want to be one format; one color. And he asked me to reshuffle the arrangement, he wanted to be in line. Actually, Nina guna dua warna pada poster-poster tu disebabkan masaalah kehabisan bekalan dibahagian peralatan pejabat.Bila dia dengar penjelasan Nina tu, dia terus mengarahkan kepada bahagian peralatan untuk membelinya secepat mungkin. Adoi.. ini bermakna kerja yang telah Nina siapkan terpaksa dirombak balik. Penat jer kita buat subuh-subuh. Nak cari kayu.. nak cari kayu..

Sunday, January 30, 2005

Terima kaseh Maktab Sain Peduka Seri Begawan dan Klinik Kesihatan Rimba

Nina nak ucapkan setinggi-tinggi terima kaseh kepada guru besar dan guru- guru Maktab Sain Rimba kerana bertindak pantas mengejarkan anak saya Awang Lutfi Awang Lamat MB2I ke Klinik Kesihatan Rimba dalam keadaan tidak sedar. Dan tidak lupa juga kepada Dr Aji yang telah berusaha pantas menyelamatkan nyawa anak saya. Tidak dapat Nina bayangkan apa akan terjadi.. nauzubillah..

Waktu Nina sampai ke bilik kecemasan tersebut anak Nina dah sedar dan diberikan ubat asthma. Menurut keterangan Dr. Aji keadaan anak Nina amat lah kritikal pada waktu tu, dengan bp dan oxygen pada tahap yang paling kritikal sekali. Alhamdulillah dalam masa beberapa minit di bilik kecemasan tu, anak Nina dapat diselamatkan dengan bantuan pernafasan dan ubat-ubatan yang diberikan kepadanya, nasib baik badan anak Nina memberi respon cepat kepada ubat-ubatan tersebut kata Dr.Aji . Jika guru-guru terlewat dua-tiga minit sahaja mungkin anak Nina... nauzubillah. Ambulan yang disediakan diluar untuk menghantar anak Nina ke hospital besar RIPAS pun dibatalkan memandangkan keaadaannya dah stabil. Doktor mengingatkan kepada Nina jika anak Nina dalam keadaan yang sama seperti petang tadi, cepat-cepat kejarkan dia ke hospital besar.

Kejadian anak Nina pengsan ni pernah terjadi pada Jun 2003, tapi tidak dapat dikesan apa punca sebenarnya, doktor hanya mengandaikan mungkin kerana tekanan. Entah lah... Nina pun tak tau nak cakap ape. Mungkin juga betul apa yang dijangkakan doktor tu. Sebenarnya kemarin di sekolah anak Nina, diadakan perjumpaan ibu-bapa dengan guru sekolah. Kebanyakan guru mata pelajaran tidak puas hati pencapaian anak Nina yang jauh menurun. So bila sampai rumah, Nina brain wash lah anak Nina tu. Nina benar-benar kesal markah pepereksaan akhir tahun jatuh hingga 20% dari pertengah tahun. Sedang kan masa Topical Test he managed to score 80-95%. Tu lah sebab Nina betul-betul marah kat dia kemarin. Nina marah pun bukannya pukol dia. Nina cakap baik-baik padanya, supaya dia lebih berusaha untuk dijadikan contoh teladan kepada adek-adeknya nanti. Kan dia anak Nina yang tua. Tak tahu pulak Nina jika apa yang Nina cakapkan kemarin tu menghantui dia. Mudah-mudahan tidak ada apa-apa musibah akan terjadi lagi.

Friday, January 28, 2005

My new flower



I dont know exactly her scientific name. What I do know is, this flower was hydrangea family. I bought it last september for B$6.00. The foliage is quiet interesting, and its smell sweet. And the ants love this flower too, I noticed. Anybody who knows this plant, please come forward to share with us about this habitat. Thank you.

Permata Bonda

Hari ini alhamdulillah baby Leynah beransur sehat, panas badan nya sudah mula stable. Ganya tinggal selesema dan batuk sedikit-sedikit. Lapang rasa dada bila meliat ia sudah mula berkicau. Mungkin benar kata orang tua-tua, kalau kanak-kanak damit damam, ada tah pemandainya kan dikeluarkannya tu.. hopefully..






Demi masa

Sibuk memanjang diofis dua tiga hari ani. Macam-macam keraja kan dibuat, date-linenya pun pendek.. nya orang ampus jua menguyung masa. Tekandung tah ku lagi jadi jawatan kuasa jualan amal TSUNAMI.. adoi, macam-macam idea bodoh kami kemukakan untuk jualan amal 6.2.2005 ani nanti.

Masa brain storming kemarin atu, meluah-luah idea yang creative keluar; pet corner, book corner, branded corner, art attack corner, motor vehicle corner, buffet corner n last idea diaorang yang paling mahal meluah.. was suruh pengarah2 kami yang bini-bini atu masak mee goreng and jual $5 sepiring haha. Inda ku dapat membayangkan cana dia orang masak on d spot kalau banar. Dan yang pengarah laki-laki kan diaorang suruh ride motor awie n ngengkol beca.. dengan membawa penumpang round padang Begawan... dengan kadar tambang B$?.00 OW' cool tu eh.. tapaksa caj mahal-mahal.. hahaha makin chronic idea meluah-luah. Kalau boleh dari kepala sampai ke ekongnya kan kami suruh participate. Liat saja tia karang apa jadinya rancangan yang belum pasti green lite dari atas atu.

Dimalam kami batahlil lagi, inda terasa pejam cilik pejam cilik ari khamis balik. Indada ku prepare apa-apa. Orang ujung dunia betanya apa menu malam atu pun inda ku tejawab. Actually inda ku tau apa bendakan dimasak lagi. Rasanya sepanjang aidiladha ani daging saja jadi hidangan, baik dirumah ataupun di ofis.. nya orang kelanguan sudah. Inda kan temasuk lagi daging ani dimulut. Last-last keluar mee maggi cepat dimasak cepat di makan... yummy.

Pukol 3patang atu baru datang idea ku apakan kuhidangkan. Ku tipun amah suruh ia mengeluarkan daging korban tarus dirabusi saja dulu. Balik keraja tah ku mengolah-olahkan kan dimasak apa. Lapas atu ku tipun Nyonya, ode ikan asam pedas, cakoi salad, ayam serai, fried beancurd with soy sauce . Tepat pukol 6pm ku mengambil di restaurantnya. Baik jua kadainya ani behampiran sama anak ku sekolah ugama, dapat jua disampat-sampati.

Sampai dirumah becaplong menyusun kueh perau, bun itam n pandan sama buahulu. Dalam ku beperabot nyusun-nyusun ani datang adi ku si Sham sama bapa pukol 6:30pm... membawa kitang sama kurapu kan disuruh nya masak. Si Sham mencari-cari peradian ku yang lain-lain sambil merungut-rungut 'ku fikir aku yang paling akhir, rupanya maseh jua aku yang terawal' hehe.. malas ku nyauti. Sedangkan aku pun alum siap lakat lagi bekalai dengan daging ditambak. Alum lama datang tuan imam kami ani membawa kambing masak bening(rabus kambing kosong haha). Ku suruh saja tah ia sendiri mencari nindah pakai nya menyampur-nyampuri kambing bening nya ani.

Lapas tahlil belusir kami melawat nini yang betahan diwad 19. Kemarin ia sudah betahan tapi inda telawat, so tepaksa tah dikarih-karihi melawat dimalam atu. Pas atu turun ketingkat 1 melawat acai pulang, kakinya patah fasal banyak calcium. Heran ku jua tulang bolih patah disebabkan telampau banyak calcium... Entah lah labu.. mangkali jua lurus fasal ia ani sakit buah pinggang semenjak 25 tahun yang lalu, makan bermacam-macam jenis ubat. Nyaorang pil-pil yang dipapaknya hari-hari atu macam ulam sudah kedidia... inda lagi biut bimbang mua memapak. Pernah ku sekali teliat ia makan ubatnya atu seraum tarus masuk kemulut(ada 10biji kali basar duit satu sen). Meliat orang sakit-sakit ani timbul kesedaran... membanyakan membuat amal ibadat sementara badan maseh kuat ani... antah lah, hari ani sadar esok lain lagi cerita. Nama jua kitani maanusia, banyak kelemahan. Sanang saja dimasuki mahluk alus atu.... mudah-mudahan Allah memelindungi kita dari hasutan iblis yang menyesatkan.. Amin

Thursday, January 27, 2005

Permata hati

Sudah tiga hari Leyinah damam. Kemarin behari betimbang diklinik 9.1kg, dalam masa 3 bulan 1.3kg saja naiknya. My baby was under weight said the nurse, and she advised me to cook my baby's meal mixed with butter, either buttered fried rice or buttered fried egg or buttered fried vege. Heran bin ajaib, lurus kah apa yang ku dangar ani. Was she give me a propper healthy diet plan for d baby. Ehm..... entah lah Labu.....

Back to cerita my baby damam ani, actually aku ani ingau ati... beberapa hari yang lapas baby leyinah ani tegugur di tangga masa bemain sama abangnya, bebinjut dai kirinya. Selang dua tiga hari lapas atu, tehantuk ia sekali lagi, binjut dai kanannya pulang. Adoi... kesiannya anak ani. Sudah tuhus dai kirinya, begureng ia lagi masa meniang meja, apa lagi binjut balik dai kirinya ani. Batah tangisnya, piar-piaran ku mendiamkan. Sudah malam babahnya menaggur, macam panas badan baby ani, nya-nya. Inda ku berapa ingau. Fasal ia kan lapas bemain, lagipun cuaca masa atu panas, maklum orang ramai malam tahlil atu.

Esok paginya ku rasa badannya ani panas sedikit. Ku bagi paracetamol, lapas sejam turun sikit panasnya. Sungguh ia damam atu aktif pulang jua ia lakat, teniang-niang. So meliat olahnya riang ceria atu inda tah ku ingau. Mangkali ia panas ani inda cukup rehat, luan kan menunjukan pemandai nya saja.

Hari isnin tengah hari aku balik lunch break badannya makin panas, idung nya belaing macam kan selesema. Ku bagi saja ubat paracetamol. Sudah malam mula tah ia batuk-batuk, sampai temuntah-muntah. Dalam ati ku, napa ia anak ani ah.. Tekanang tah ku ia gugur tiga kali (dalam masa 3 hari) sampai bepaung dai nya ani... ehmm... Sanisah Huri timbul.. Hish macam-macam saja aku ani. Biar tia dulu, sama jua esok ia ada perjanjian di klinik... cuba menyamankan ati.

Esoknya diklinik nya nurse atu, nada apa-apa tu eh.. jangan saja masa ia guggur atu tarus muntah, atu baru tah bari watir. Bagi saja ubat ani; paracetamol, actifed n vitamin. Kalau kita inda puas ati, dalam masa tiga hari ani maseh lagi panas bawa saja kehospital.

Sampai hari ani maseh jua ia damam.. tapi panas nya turun naik... timbul Sanisah Huri ku pulang.. malas ku menyabut.. nauzubillah.. simpang malaikat..

My lil baby



'ramekin' economoney

 Posted by Picasa

Wednesday, January 26, 2005

Disebalik Tabir White Chocolate Mocca

You want to know the story of white chocolate mocca, please click http://6minggu.blogspot.com/2005/01/white-chocolate-mocha.html

Outer Space Egg Maringue and White chocolate mocha pie

Edisi ralat

Dua hari lapas my bro yang di benua batu sending me something to share with you all, outer space egg garnish with white chocolate mocha. Actually he was trying to show me apa yang di rasainya di pagi Raya AIdiladha. Memandangkan aku sudah mempelawa ia menjamah hidangan sariatu(my previous post sunday 23.01.05) so untuk membalas balik, dihidangkannya tah juadah Aidiladhanya di benua batu ani, inda mau kalah jua anak didik si Bush ani... oooopss tesasul. (inda ketara tapi transparent hahaha). Untuk tidak menghampakan permintaanya disini kuturunkan menu Aidiladha dari benua batu untuk tetamu ku semua. Selamat menikmatinya.. ehm nyaman.

P/s - memang orang Brunei kaya dengan budi bahasa, orang mengantati nindah mesti dibalas balik, galak rasanya kalau mengantar mangkok yang kosong arah si pemberi.. atu bukan tah orang Brunei asli, mangkali... (inda ketara).

Nota ralat - Baru ku noticed G pic Outer Space Egg atu sesuai dengan title Maringue Outer Space, tais liur ku pulang kan makan maringue... and white chocolate mocha pie atu tekanang ku CT nyabut Pie rah rumah Dang Ayang.


Maringue Outer Space Egg

The majestic Kennedy Centre by the Potomac River

White Chocolate Mocha Pie
Before
After

Tuesday, January 25, 2005

Removing Gallstone Naturally

Nina baru balik rumah orang sebelah tu.. ceritanya fasal batu karang.. ehm.. baru minggu lepas Nina post bagaimana mengatasi batu karang ni kat web jebat. Ok lah Ryn, kite cerita fasal benda yang sama hari ni, jangan marah eik.

Sebenarnya ada beberapa tips yang telah di sarankan oleh doktor dari China untuk mengeluarkan batu karang ni. Nina buat shortcut jer.. you all baca jer article kat bawah ni:

REMOVING GALLSTONES NATURALLY FROM THE BODY By Dr. Lai Chiu Nan

Gallstones may not be everyone's concern. But they should be because we all have them. Moreover, gallstones may lead to CANCER. Cancer is never the first illness, Dr. Chiu points out. "Usually, there are a lot of other problems leading up to cancer. In my cancer research in China, I came across some material which says that people with cancer usually have gallstones. We all have gallstones, it's a matter of big or small, many or few. One of the symptoms of gallstones is feeling of bloatedness after heavy meal. You feel like you can't digest the food. If it gets more serious you feel pain in the liver area."So, if you think you have gallstones, Dr. Chiu Nan offers the following method to remove them naturally. The treatment is also good for those with a weak liver, because the liver and gallstones are closely linked.

Recommended Practice:

For the first 5 days, take 4 glasses of apple juice everyday or eat 4 apples whichever you prefer. Apple juice softens the gallstones. During the 5 days, EAT NORMALLY.On the 6th day, take no dinner. At 6 pm, take a teaspoon of Epsom Salt (Magnesium Sulphate) with a glass of warm water. At 8 pm, repeat the same. Magnesium Sulphate opens the gallbladder ducts.(Epsom Salt may be purchased at any pharmacy). At 10 pm, take 1/2 cup olive (or sesame oil) with 1/2 cup fresh lemon juice. Mix it well and drink it. The oil lubricates the stones to ease their passage. Drink slowly for better result. Avoid food after 2 pm or expext more output the next day.The next morning, you will find green stones in your stools. Usually They float. Dr. Chiu nan's note: "You might want to count them. I have people who passes 40, 50 or up to 100 stones".The first purge will be solely your normal output. The green stones will only come out after that. For those who have practiced, the stones look like crystal or jade. try to arrange in such timing that the last day is a rest day at home, reason being....you know.Even if you don't have any symptoms of gallstones, you might still have some. It is always good to give your gallbladder a clean up now and then. You'll find that your digestion is much better afterwards.

Monday, January 24, 2005

Manyak naning ow'

Datang ku ke ofis pagi tadi a bit late; 7:40am, biasa 7:05 parking ku udah, walaupun waktu bekeraja bermula pukol 7:45am (kan jadi pekerja mithali konon, langsung jadi metalih). Aku ahir ani bukan pulang fasal inda tebangun, tapi tekana kan membawa Leyinah keklinik lah ni, tau-tau perjanjiannya esok. Ku fikir ari ani 25.01.05, inda lagi taukan ari bulan. Kalam kabut saja ku. Leyinah pun over excited dibawa naik kereta atu, kesian. Kebelakangan ani suka sangat ia kan keluar, pandai ia sudah melasutkan dirinya keluar pintu. Kalau ada peluang pintu dapor langap-langap mesti ia laju mencuri keluar. Takut ku pulang ia bedudun kerumah sebalah, membawa mangkok minta mangkanan hahaha(macam peradian ku yang saorang atu, masa ia damit minta lauk kejiran sebalah). Au malu kompeni...

Bila ku menaiki tangga ofis(inda mau kai lift mun ganya 40anak tangga kan dinaiki ), kawan ku yang dua orang atu begagas turun, rupanya orang admin minta dangani menatak-natak daging korban... ehm.. subuh-subuh sudah servis section kami ani diperlukan. Au mentang-mentang bahagian pemeliharaan... helping desk banar. Lurus tah motto KKC kami atu we're d BEST;
Bermuafakat
Efisyen
Siap-siaga
Tangkas

Dapat kali sudah diaorang atu diberi pingat PIKB(Pingat Indah Kerja Baik). Lurus kali PZN ah... mun semua keraja(not our area) kana dump disini.. mengalahkan jabatan Bandaran. Dari tugas buruh ke tugas pegawai.. abis rapus sudah dia orang rasai.. alum lagi jadi delivery woman tu... haha oops melalut pulang ku Jah.... sorry(buang stress PZN...)

Sampai ku kebilik, login masuk pejabat, tepapar rah screen ku, message skype membari salam dari benua batu . Apalagi menganyam tah ku dulu. Tapi dalam ku bejabir atu membuat keraja ku jua, mengitung harta Ismit luar negeri ani. Takut kana salak lagi karang. Telipon keriak-keriak minta diangkat. Barat punggung kan ninggalkan kursi ku. Tapi ingau ku jua takut ada user kan login pejabat, bediri tah ku jua. Baru ku melangkah dua-tiga tapak, beranti tia bebunyi. Menyumpah ku dalam ati. Alum sampai 5 minit mengeriak lagi talipon ani, mau inda mau paksa tah ku bediri balik. Rupanya banar best friend kami baru datang minta login kan. Alum lama bebunyi lagi talipon ani, alat dua tiga minit saja jaraknya. Sangal ku duduk bediri. Hot line banar... Dalam ku kedapor kan membuat kopi bebunyi lagi, hish... inda mau abis kali. Setangah jalan mengagga talipon beranti tia. Ehmm geramnya.. Baru ku kan ngampai punggung ku start lagi balik talipon ani mengeriak, ku gagahi jua menjawab. 'Eh mana kamu nada beangkat talipon ani kan... n bla.. bla.. ' suara garau menyapa telinga ku, ooops.. Pengarah rupanya.. aduhai kana ku sebiji, bedasing telinga. Terpaksa tah ku membuat alasan yang antah dipakainya kah antah kan tidak. Tapi yang banarnya, kawan-kawan ku sibuk kana suruh memotong daging korban untuk diaggih-aggihkan ke pegawai dan kakitangan(walaupun tugas ani inda tesenarai dalam job list, tapi tapaksa tah dibuat jua, bepahala).

Ia menipun ani sebenarnya ngusut fasal emailnya yang inda dapat dibukanya. Dalam hati ku, could be server problem. Maklum lah networking jabatan kami ani under construction.. baru jua 4 hari lapas menerima notification tentang pemindahan server email ani. Tepaksa tah ku naik ke biliknya ditingkat 5. Bila ku masuk, ia menyambut dengan muka empat belas, picak semacam. Dalam ati ku mudahan tah angin pus-pusnya inda keluar, macam yang dialami oleh kerani sulitnya atu. Dengan membaca Bismillah ku piggang tah mousenya ani, klik sana klik sini mencari apa silapnya. Semua account setting nya ok, nada kesilahau... ehm.. entah lah labu. Last try.. ku shutdown saja pc nya ani mangkali ada job yang pending kah atau apa-apa yang tesangkut kah, ehmm... pengalaman mengajar kita. Alhamdulillah solved problemnya. Baru besiah muhanya. 'Eh apa kita buat mau tia, dari tadi ku sudah cuba password baru password lama.. maseh jua cannot open server' nya-nya.Ku jawab 'Indada ku nukar apa-apa Ngian, kalau kita ada problem cam tadi atu, cuba saja Ngian shutdown dulu' sambil membagi tips bodoh ku; anak ku pun tau kali tips atu. Sebelum ku keluar sampat lagi ia remind me hal harta Ismit yang alum abis ku compile atu.. 'Insya Allah karang ku email arah kita', aku membari janji yang tak pasti.

Baru selangkah ku keluar pintu pengarah ani, betambung ku lagi dengan timbalan, 'r u n rush?' timbalan betanya dengan manis, indakan ku jawab 'yup I was' (walaupun dalam hati tau sudah apa yang mungkin menunggu dihadapan). Tepaksa tah ku bebasa-basi;
aku: no, Y?
timb: remember? U create my HRD system !
aku: oh that one.. Y.. smthin wrong? (dalam hati ku batanya, apa lagi silahaunya sistem ku ani)
timb: I want U to train one of our kakitangan oh.. no.. his officer actually, which I saw was idle this lately..
aku: ????? bangang, dalam hati sapa ni ah...(macam bos ku jua, pantang meliat kami beimpun ketawa lakak-lakak, mesti ia datang menambahi keraja) ehm betambah lagi keraja baru ku. Yang tiga menunggu atu pun alum abis lagi, datang lagi satu.

Aku pun mencek system HRD yang ku simpan dalam pc makmal1, just to refresh... Cek sana cek sini inda jua ada datbase ani.. eh mana tia.. Ingat punya ingat, oops baru ku takanang, pc ani kena reformat last few months, fasal banyak worms. Aku pun menggalabah, abis lah aku... you just imagine 1 year record HRD dissapear.. nak cari kayu.. nak cari kayu..

Sunday, January 23, 2005

Untuk adinda-adinda yang berada di benua batu

Assalamualikum adinda-adinda ku yang di hujung jungkar. Minta maaf minta ampun di hari mulia ani, entry ani banar-banar untuk kamu bedua. Bukan pulang ku kan mengala-alakan apa yang kami nikmati di Aidiladha dinegara kitani yang tercinta ani, jauh sekali kan bagi kamu kepunan, ganya sekadar berkongsi bersama apa yang kami rasa, haha. Nya Abdul Wahub 'cium bau saja dah kenyang...'. Ikut tia dulu philosophy nya atu, lagipun ku dangar jua kamu bedua ani mengikat parut, so biar tia kami di hutan tropika ani menjadi karung guni.. dapat jua pakai menyarung nangka Buing yang labat dibelakang rumah atu(haha sorry T terpaksa ku sabut kabun babu mu).

G.. T.. yang ku liatkan ani separuh ganya daripada menu yang ada malam atu, my best friend ani abis nyawa tia jua.. inda tah ku dapat menggambar makanan yang memang juntrah atu. Chargernya tinggal diofis lapas ku membuat projek sukarela ku atu. Sampai si Ryn berkicau mengapa ku inda menyediakan extra meja, 'tau sudah rumah mu ani.. kalau behapa-hapa banyak nindah nada kan tampat menaruh, lain kali sediakan meja labih basar..' nya-nya. Entah lah labu... Karang ku sediakan meja nada benindah, inda jua bisai kali mun ganya bungangku teharuk-haruk jadi masterpiece.. hahak.. lagipun blueberry cheese cake ku pun tinggal balak. Kan membuat cheese cake strawberry, tinggal ingredientnya diatas meja, inda tekabir kan membuat lagi. Lalai bekusut dengan Leyinah siang atu. Sampai ia tegugur dikerusi dapor, luan kan menunujukan kepandaiannya meniang meja. Bincut dahi nya, riuh lagi babahnya rah ku.. mendera anak.. lapas sudah dua hari yang lapas kana gigit kedua-dua belah tangannya oleh Lutfan. Inda ku dapat membayangkan apa usul Leyinah kana anggus oleh pirana atu. Amah ani lagi buat de'.. jer.. Ujung-ujungnya abis Leyinah ani karang ijau biru oleh Lutfan. Entah apa kah dijealouskan nya rah adinya atu. Ada sekali atu, ia betanya 'bu.. kenapa baby putih banyak atu... Lutfan putih sikit saja..' tekidum jua ku mendangar. Sampai abis two-way cake kose ku ancur dikarjakanya, seluruh badannya dibadakinya... hemmm... pakal ganya.

Dibawah ani iatah apa yang sampat ku rakamkan untuk kamu bedua. Orang sebalah atu biasanya sibuk ia tekibit-kibit membawa video-cam nya, maklum kan capture orang sedang mengunyah saja krajanya.. Tapi malam atu nada ia membawa.. sudah tah datang nya sebelum subuh.. tehuyung hayang ku nyediakan nindah. Mana lagi menggiring anak ku yang genis atu... Allah kasiiiiiiiiiiiim. Baik jua inda keraja.. cuti, kalau inda ganap dua...

Patnag atu piar-piaran ku memasak, masak kung fu tah ganya, main labok jer... Alhamdulillah siap jua table ku set pukol 5 patang atu. Terpaksa tah ku mengidangkan kek yang macam ku buat sendiri... sampai Mimit Biah minta resipi kek chocolate fudge ku atu hahak... Apanah ku unjuk bakas pack Sara Lee uhuk..uhuk.. Tipah tertipu.. tertipu Tipah.... T ur mom bagi kek tapi inda sampat ku menserve fasal tampat indada lagi kan menaruh, lakat tia dalam esbok. Amit Gayah bawa Cheese tart, cukup dengan codenya creative; B=Blueberry n K=Kiwi dilukisnya atas tart atu.. haha good hints. Amit Biah bawa daging masak pendang n special bubur yam mixed with durian kuning n durian putih.. ehmmmm yummy licin tinggal mangkok(Iatah ganya yang dapat ku makan dimalam tu, yang lain-lain inda temasuk luan kengalihan, sabal parut). Miming bawa kek marble panuh secontainer sampai orang sebalah pun ampit ku antati tadi pagi. Bungsu Noriah bawah ardam and rangin.. ehmmm tadi pagi baru jua ku merasai.. nyaman panas-panas(reheat dioven hehehe). Tangah Milah bawakan biskut cornflake ranggup bermadu , rambutan n langsat. Sampai ada seorang atu takut ia habis dimasukannya dalam pokit haha.. takanang ku pulang kan anaknya beraya rah orang, mengimpunkan gula-gula dalam pokit... (sorry sis...)

Bah liat tah hidangan yang melambak ani, tebalik pusat makan(perambahan bapa haha..)
Di atas meja ani ada; garlic bread, cucur udang, oyster beef with mushroom, pendang beef, bubur yam special, cheese tart, kek lapis n etc..
Meja yang sarat dengan makanan
Dalam three tier dapan ani kek roll durian kuning, durian putih and dodol, dibelakangnya biskut coklat
Dessert
Dalam pot sop tulang, on the hot plate; roasted fish marinated with Italian herbs and dressing with parsley cream sauce, lemak dagging goreng and ayam madu
CT separuh cheese cake ani ku bagi babu mu masa korban kemarin. Yang calinya C Hakeen was caught, melangapkan sebasar-basar mulutnya untuk masukan cake ani ke mulutnya.. actually dorang ani tangah berabut makan sama shamudin, hahak. Ngam on d spot kaka teliat, kalau ada video-man kitani atu abis ia, caught by him... hahaha
Majlis tahlil malam jumat kemarin bahari

Batang hidung

Hubby mengejutkan subuh-subuh lagi, dia nak bawa trekking ke shahbandar. Haaaaa....ah (yawning)malas Nina nak bangkit.Mata pun maseh melekat, berat nak dibuka. Entah hapa-hapa yang hubby tengah rungutkan di pagi buta ni. Hanya sayup-sayup kedengaran suara nya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak terlarat telinga Nina nak mendengar syarahan motivasinya di pagi yang nyaman ni. Mungkin jugak kerana badan Nina yang maseh terasa penat, maka telinga Nina menolak penghantaran message motivasi percuma tu ke otak Nina. Hanya satu-dua patah perkataan sahaja yang dapat Nina tangkap; 'asuh' n 'makan'. Badan maseh terasa peggal selepas seharian didapor menyediakan makanan untuk majlis tahlil ibunda semalam. Malas Nina nak melayan (Im sorry hubby), Nina tarik selimut balik sambil menutup muka Nina dengan bantal.Hawa kamar yang dingin menambah liatkan lagi untuk Nina meninggalkan tilam Nina yang benar-benar terasa empuk untuk dilimpangi, padahal abis sudah springnya terpacul akibat dek anak-anak Nina main bouncing diatasnya. Ehmm... nyaman nya.... berulit dengan bantal ni.

Sekejap saja Nina dah berada di kaki gunung Kinabalu. Nina hayal dengan bunga lili yang tumbuh liar di kawasan tu. Bau harum lili yang menyeggarkan menusuk kehidung Nina. Abu... bu... abu... abu... sayup-sayup kedengaran suara baby Leynah merengek, tapi Nina maseh hayal menikmati keindahan bunga lili yang lebat berbunga. Pap... adoi... tetiba satu benda berat jatuh ke muka Nina. Bunga-bunga yang ditangan Nina terus terlepas... Nina menggosok-gosok hidung Nina, terasa sakit sekali, oops rupanya Leynah membalingkan botol susunya kemuka Nina.. Padan muka Nina... tak mau bangkit-bangkit. Nina tengok jam dah menunjukan pukol 7:55 pagi. Mungkin pagi ni lah yang memecahkan rekod Nina, paling lambat Nina bangkit. Baby Leynah pun mungkin kepenatan juga selepas penat bermain seharian, kalau tidak dialah yang menjadi jam loceng Nina membangunkan setiap subuh.

Turun kebawah pinggan mangkok maseh berserakan belum siap berkemas lagi. Pembantu tu maseh belum dapat synchronize her work, malas nak comment lagi.. asal baby Leynah ada yang jaga.

My hubby pun sampai selepas trekking ke Tasek Lama. Dia menepuk-nepuk perutnya; 'bah siap sudah makanan, lapar ni' (ooh rupanya dia suruh kita sediakan makanan sebelum dia pergi tu...)Ehm... Nina pun terus memanas left-over semalam; sop tulang, daging mushroom oyster, ayam madu, daging pendang dan sotong(dalam hati Nina; tak balik modal.. penat-penat trekking, balik rumah tambah lemak lagi, buang masa jer...) tak pe lah dia ni walau satu ton makan pun badan maseh macam tiang lampu, kite jer yang kena pikir.

Thursday, January 20, 2005

Seperti biasa

setiap malam jumaat famili Nina berkumpol, berjemaah magrib dan disusuli bacaan yasin dan tahlil untuk arwah mak. Tak terasa dah 7 bulan dia meninggalkan kami. Seperti baru semalam rasanya kami sekeluarga berkumpul di hari yang mulia setahun yang lalu. Niat dihati nak menziarahi pusaranya esok pagi. Lama dah Nina tak menjenguknya disana. Semoga roh nya dirahmati Allah, Al Fatihah...

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Lailahaillallah HuWallahu Akbar... gema takbir benar-benar memilukan.. sebak dada menahan rasa..



Sam Tak Tao

Awal-awal lagi Nina berangkat ke ofis, hari ni hubby ada kat rumah,his off week ehm.. lega sikit. Kureng lah beban angkut anak-anak kesekolah. Masuk ofis biasa lah jenguk umah Nina dulu.. apa ade.. activate ape-ape yang patut hehe..

Kemarin sebok memanjang tapi sempat juga jenguk kerumah penulis kegemaran, kalau tak kesana rasa bagai nak digaru. Kerja diberi piling up; inventory nak bedah siasat(HARTA tUAN iSMIT dalam negeri.. luar negeri..), PMONET project.... Lepas siap task yang kemarin Nina hantar, dia bagi kite lagi task yang sama, tapi maksud yang berbeza. Dan kertas kerja tu dia nak suruh Nina create three scenario.. hem.. nak cari kayu.. nak cari kayu... Buntu CPU Nina ni, kena upgrade 2Ghz processor kot..

Mana lagi kerja sukarela Nina yang belum siap. Tetiba datang virus M Nina tu.. So projek sukarela Nina terbangkalai begitu saja. Nantilah lepas Aidiladha Nina siapkan. Actually projek tu gambar-gambar yang Nina kumpul untuk display kat ofis kita. Nanti kalau-kalau ade formal visitors datang, tak susah lah nak explain itu-ini, picture speaks thousand words, am I rite..

Pagi ni database Nina buat hal lagi... hemm semua record kemarin yang dah dikemaskinikan hilang... adoi..

So Nina pergi kat umah kedua Nina ni.. update sikit.. at least release sikit tension. Tak ape lah Kaksu eik hutang masa Tuan Ismit dulu.. Nanti bayar balik

Dalam Nina buat entry ni, tetiba adek kite kat hujung dunia tu hantar gambar... ehmm Nina ingat gambar bunga.. tapi... tengok kat bawah ni... he wish me yang berbunyi; "selamat adil adha dari kota salju!"

Salam Aidiladha dari benua Batu

Tetiba baru Nina ingat ehmm hari ni kan khamis, so malam nanti perkara yang kami selalu lakukan bersama; majlis Tahlil untuk my late mom. Nina belum lagi prepare barang-barang, nak masak ape ye hari ni.. Nanti lah Nina korek apa yang ade kat peti ais Nina... Harap-harap adek kite sebelah tu bawak caramel pudding atau kerabu 'sam tak tao' (hehe.. tak ingat ape nama kerabu Thai tu.. yang Nina ingan begin wif sam n ending wif ao.. kalau sapa-sapa tau jenis kerabu ni boleh lah kasi tau eik.. biasanya sambal yang dicampur dengan buah betik, garlic, peanut, limau nipis, cili api Thai, air sos ikan n bla...bla)



P/s - Tak tau nak taruk ape title n3 ni.. bantai je.. sam tak tao(mungkin juga dapat kita relate dengan maksud ni; sama2 tak tahu kehkehkeh)

Wednesday, January 19, 2005

Nina ucapkan
Selamat Hari Raya Aidil Adha
kepada semua umat Islam yang berkunjung ke blog Nina ni

Tuesday, January 18, 2005

Windsor Fine Bone China

Nina suka sesangat clasic design dari windsor ni

Monday, January 17, 2005

Hari Minggu

Malam minggu Nina dah janji awalk-awal nak bawak Lutfan pergi main bouncer kat Yayasan. Kemarin telah diadakan Bazar Tsunami. Awal-awal lagi dia dah bangun menaggih janji Nina. Tapi Nina sebok berkemas rumah, biasalah kan. Dalam Nina berkemas ni datang mak sedara Nina, kesian Nina tengok suami dia nampak lemah sesangat. Memang kebelakangan ni suaminya tu tak berapa sehat. Dalam hati Nina berkata, kesian dia yang uzur ni pulak rajin berziarah kat rumah Nina, sedangkan Nina yang sehat dan kuat ni pulak tak terlarat nak menjenguk dia. Dah dua kali dia kerumah Nina dalam waktu terdekat ni.. ehm... rasa bersalah bersarang dihati.

Lepas je dia balik Nina pun bawak anak-anak pergi ke Bazar tersebut. Bukan main sukanya Lutfan dan Leynah bila di bawak jalan-jalan. Sampai kat Bazar tu perut dah bising nak mintak di isi. Rupanya dah lebih pukol satu petang, tak terasa. Patutpun perut Nina bernyanyi. Lutfan tak mahu ikut Nina makan, dia nak bermain bouncer dulu. Memanglah budak-budak bila dah nak main tu lupa nak isi perut. So Nina tinggalkan dia dengan pembantu. Kami naik ke atas menuju Padian Food Court.

Nina dan Liyana ode lamb chop sizzling, manakala Lutfi oder beef tenderloin steak. Habis licin semua kami bedal. Lepas kenyang Nina pun mencari pembantu Nina dan Lutfan. Dia maseh asyik bermain, melompat-lompat kat bouncer tu. Di panggil-panggil pun tak peduli. So Nina pun meneruskan langkah masuk ke Hua Ho Dept Store.

Biasa lah kalau Nina window shopping mesti menuju ke pinggan mangkok. Aduhai banyak Bone China dipamerkan disitu. Betul-betul menguji Nina...Dalam hati berkata; Sabar Nina eik.. you tengok je.. bangkai tu..

Pukol 2:40 ptg Nina pun bergegas balik. Bukannya ape nak tengok 'Dalam Hati Ada Cinta 2' takut terlepas lagi.

Saturday, January 15, 2005

Blueberry Cheese cake will be more deliciuos when served with English Rose Tea...

The texture is very soft and the cheese cream is very rich and let it melt in your mouth.. really sinful...ehmmm yummy

Ingredients

Mixed all the ingredients

Cheese cake pan

Baked cake spread with blueberry filling

Bake Cheese Cake by using double boiler technique

Allow to cool and refrigerate overnight for best result

Sinful Blueberry Cheese Cake

Stage I

Ingredient A
250gm melted butter
200gm self rising flour
200gm caster sugar
10 egg yolks (Grade A)
6 egg white (Grade A)
1 table spoon ovalete

1. Beat all ingredient except butter until thick and fluffy.
2. Pour melted butter into the mixture and fold it until well combined.
3. Pour half of the mixture into prepared cheese cake pan and bake for 15mins (180c temp)

Stage II

Ingredient B
500gm cheese cream
200gm icing sugar
250ml double cream/nestle cream
100gm melted butter
4 egg yolks
50gm corn flour
500gm blueberry fillings

1. Whisk cheese cream with icing sugar until smooth and creamy. Dont over beat else your cheese cake wont rise well.
2. Add egg yolk one at a time, alternately with double cream and mixed it gently.
3. Add sifted corn flour and combined well.
4. Add melted butter gradually and mixed well.
5. Pour the left mixture of the Stage I and fold it gently until mixed well.
6. Take baked cake(StageI) and spread with half of the blueberry filling.
7. Pour the cheese cream mixture over the filling cake and bake for 160C about 30min then turn the temp to 170C-180C another 30min - 45min or until the cake firm to touched
8. Allow the cheese cake to cool for about an hour.
9. Refrigerate overnight for best result. And served it with blueberry filling.

Note: Bake cheese cake stage II by using double boiler method.

Friday, January 14, 2005

Cheese cake

Tadi pagi anak Nina Lutfan merengek nak makan brownies. Hish betuah punya budak.. bila dah habis baru dia sibok nak makan. Sakit telinga dengar dia menyanyi terus. Nina cuba tengok apa ade dalam peti sejuk Nina. Alhamdulillah ada cheese cream dan telur. So Nina umpan lah dia dengan cheese cake..

Bila dah tengok Nina sibok sediakan bahan-bahan tu barulah reda ribut taufan tu.. ehmm aman sikit.

Lama dah Nina tak buat cheese cake ni, resipi pun entah kemana. So biasalah bila dah tak ade resipi main campak je.. Nantilah Nina cari, kita kongsi sama-sama eik..

Thursday, January 13, 2005

My 75 minutes lunch break

Sudah empat hari Nina bekerja semula setelah 2 minggu bercuti. Macam-macam persediaan diatur dan tugas baru yang diberikan. Tak tahu apa matlamat sebenar kerja baru yang diarahkan.

Dan kemarin bermulanya tugas Nina untuk menghantar dan mengambil anak-anak Nina sekolah seperti lazimnya jika suami Nina tengah kerja out-station. Walaupun nampak dimata tugas tu tak berat tapi cukup memenatkan minda Nina. I have to think wisely which ways should be taken in order to get there on time, else I will be trapped... macam kemarin tu, ughh... the traffic was too damned heavy . I was jammed about 15min - 20min infront of the Sheraton hotel.

Bila dah study jalan n time yang unique tu, so harap-harap esok lusa tak lah Nina terperangkap lagi. I try to make use of my 75min lunch break to fetch and drop my kids to school. So tak lah banyak hutang masa dengan Tuan Ismith tu.. hehe.

Tak pe lah korbankan lunch break Nina. Tapi ade baiknya juga tak susah fikir nak pergi gym lagi... ehmmmm....

Tuesday, January 11, 2005

Gambar Tsunami yang dikirimkan oleh kawan Nina ni betul-betul menggerunkan dan menginsafkan.

Subahanallah...Allahu Akbar!!! Maha besar Tuhan yang menciptakan langit dan bumi.

Monday, January 10, 2005

Renunglah sejenak TSUNAMI

Nina tengah sibok hari ni, maklum lah baru hari pertama Nina bekerja pada tahun 2005 ni. Banyak kerja yang hendak dikemaskinikan setelah dua minggu bercuti. Kepala pun belum dapat berfungsi betul.. Terpaksa pergi workshop recharge balik ni..

Seorang kawan Nina hantar SMS yang berbunyi

TSUNAMI bermaksud

T: Tuhan
S: Sentiasa
U: Uji
N: Namun
A: Ada
M: Maanusia
I: Ingkar


Nantilah bila Nina senang, hayati maksud yang tersirat dalam SMS yang kawan Nina kirimkan tu..

Menang membeli alah memakai

Yesterday I was too damned busy the whole day in the kitchen.… I don’t know why I was so very rajin. Macam dapat mimpi je… Padahal my plan that morning was trekking to Bukit Shahbandar. Then after that I decided to go to the gym to register balik. Its been quiet sometimes I have’nt been there, could be four months or more… I think. Badan pun dah makin seksi… Suddenly, I have to cancel all my plans, only because of a whisker.

When I tried to find my whisker yesterday morning, I was stucked with my unused dinner sets, stored in my cabinet. From classic, contemporary to rustic one. And all of them were piled up like an advert Gardenia sandwich(I’m too damned sure all of you can imagine that scenario….ehmm). Then the hard work began…Puteri Abu turun ke dapur… Dari unpacked to cleaning then finally re-arranging, Puteri Abu did the work all alone... Well done.. hehe.. (terpaksa memotivasikan diri sendiri)

It was a pretty hard job actually, sorting and matching things. And I found almost quarter of them were chipping, oh my…… I put aside all the chipping ones and gather them in a big box.

After I finished with my dinner sets, I checked the upper level of the kitchen’s cabinet. Once again I was shocked with my silverware, kesiannya macam… Dayang Senandong. I took all the silverwares out and dumbed them at the garage.

My hubby started membebel when he saw all those things, what a waste he said to me… Biasalah kan kalau dah menang membeli alah memakai…

Memang Nina sendiri mengakui pinggan mangkok Nina ni ada yang tak pernah dipakai langsung, sumbat je dalam cabinet, especially barang Tupperware tu.. Bukan nye ape.. Nina ni memikirkan beli barang-barang semua tu untuk kemudahan bila buat kenduri kendara tak susah pinjam sana pinjam sini. Tapi yang mahalnya, Nina ni ada satu tabiat buruk. Pantang tengok pinggan mangkok yang cantik-cantik, lemah lah Nina bila melihatnya, mesti nak beli punye. Nina kalau beli barang tak kira brand asal cantik dan berkenan dihati.. just grab it.

Ingat pula kes pinggan mangkok Bone China Nina, hem.. nak ditelan terasa pahit, nak dibuang terasa sayang. Nina start collect bone china tu dari 12 biji cawan B$10.90each without the saucer, 12 biji side-plate B$11.90each dan 2 biji mangkok B$56.80each. Kemudian collection Nina makin lama makin bertambah dari soup bowl hinggalah ke gravy boat. Cuma hanya tinggal nak beli dinner plate sahaja lagi. Tiba-tiba sis Ryn sibuk spread the news BONE CHINA was made up from animal’s bone ashes. Allahuakbar… macam terkena panah halilintar rasanya bila mengetahui perihal hikayat BONE CHINA tu. Then dari sini lah Nina stop from buying Bone China… Kalau shopping kat Robinson, Takashimaya ataupun Isetan diSingapore.. Nina hanya melihat Bone China tu dengan 1001 macam perasaan… hem… cantiknye… cawan… hem… sayang… bangkai haiwan.

Akhirnya semua Bone China Nina jadi perhiasan sahaja.. Kalau my hubby Tanya kenapa Nina tak gunakan, Nina jawab takut pembantu pecahkan. Padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu (my hubby didn’t know about the bone china story – kalau dia tahu habislah… Nina).

P.s - When I start emptied the kitchen’s cabinet, my maid was looking at me with narrowed eyes. I knew what was on her minds ‘Mati gue dikerjain lagi nih… beresen terus…’ barangkali lah haha. But I did’nt mean to ask her to do all those work, eventhough she asked me with half-hearted.. I just ignore her let her finished the laundry and mopping the floor.

Note:- I cant post this entry because of my connection failure. It should be posted last Saturday, 8th Jan 05


My Dayang Senandong silverware

Wednesday, January 05, 2005

Pembuka tirai 2005

Tak sedar masa berlalu begitu pentas meninggalkan Nina. Betulah kata orang yang di hujung dunia tu; time flies without wings.. Rupanya hari ini sudah 05.01.05 (eik macam lawa je nombor ni, baru perasan). Macam-macam berlaku pembuka tirai 2005 ni.. Ingat dah tutup kes pembantu jiran sebelah ni.. Top..top datang lagi mencari Nina meminta perlindungan. Atas rasa ihsan, Nina hanya membenarkan dia guna telefon rumah nina. Malas nak tambah masaalah yang dah sedia ade. Takut Tsunami jiran sebelah terbangkan rumah Nina.. naye.. Nina anak beranak.

Orang ambil cuti untuk bersantai tapi Nina cuti.. sibuk dengan menyediakan peralatan sekolah anak-anak, mana menguruskan pendaftaran masuk lagi.. adoi pening. Yang Nina muskilkan, anak Nina tidak lagi dapat diterima oleh sekolah ugamanya yang lama kerana sekolah kerajaan di Brunei telah ditukarkan ke sistem pembelajaran yang baru (yang di gelar dengan Sistem RINTIS iaitu kelas sehari suntuk dari 7.15 am - 12.30 pm, 1.30 pm - 4.50pm). Baik juga hubby Nina tengah off week, dia lah yang buat school hunt. Kalau tidak habislah Nina seorang jejak sekolah ugama hehe..

Hanya tinggal sebuah sekolah sahaja yang dapat menerima penuntut dari sekolah sewasta iaitu Sekolah Ugama Puteri Masnah. Yang Nina fikirkan lokasi sekolah tu yang tak bersesuaian, v.heavy traffic. Terlalu menyulitkan untuk sampai kesana dalam waktu yang singkat.

My hubby dah mula berkira-kira nak ambil driver... hem.. nak cari kayu.. nak cari kayu..

p/s Bila sebut Tsunami ni teringat pulak Nina semalam kat televesyen Brunei rancangan 'Bersama Mufti - TSUNAMI' . Gerun dan insaf yang menyelubungi diri Nina bila mendengar apa yang di hujahkan oleh Mufti kita.. Betulah apa kata beliau Tsunami diturunkan Allah kepada kita untuk memberi satu amaran kepada umat-umatnya.. yang hanyut dan leka meninggalkan ajaran nya.. na'uzubillah.. Terharu tengok Mufti menahan sebak didada..

Saturday, January 01, 2005




Especially for my early visitors this new year morning; bro G n Ciutysareha, miss you both. Bah set tah bila kan ke Belalong ani.. dapat ku reserve cuti. And to my sis Ryn; saja kan bagi kau semangat menanam rosapasedena dapan rumah idaman mu (sapa tau siap taun ani).

Not forgetting to my newly friends; Kak Su, Ahada, Salina and Vixen. Nice to meet you all and keep up a good work..

Habitat yang menghuni hutan simpan Belalong