Hubby mengejutkan subuh-subuh lagi, dia nak bawa trekking ke shahbandar. Haaaaa....ah (yawning)malas Nina nak bangkit.Mata pun maseh melekat, berat nak dibuka. Entah hapa-hapa yang hubby tengah rungutkan di pagi buta ni. Hanya sayup-sayup kedengaran suara nya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak terlarat telinga Nina nak mendengar syarahan motivasinya di pagi yang nyaman ni. Mungkin jugak kerana badan Nina yang maseh terasa penat, maka telinga Nina menolak penghantaran message motivasi percuma tu ke otak Nina. Hanya satu-dua patah perkataan sahaja yang dapat Nina tangkap; 'asuh' n 'makan'. Badan maseh terasa peggal selepas seharian didapor menyediakan makanan untuk majlis tahlil ibunda semalam. Malas Nina nak melayan (Im sorry hubby), Nina tarik selimut balik sambil menutup muka Nina dengan bantal.Hawa kamar yang dingin menambah liatkan lagi untuk Nina meninggalkan tilam Nina yang benar-benar terasa empuk untuk dilimpangi, padahal abis sudah springnya terpacul akibat dek anak-anak Nina main bouncing diatasnya. Ehmm... nyaman nya.... berulit dengan bantal ni.
Sekejap saja Nina dah berada di kaki gunung Kinabalu. Nina hayal dengan bunga lili yang tumbuh liar di kawasan tu. Bau harum lili yang menyeggarkan menusuk kehidung Nina. Abu... bu... abu... abu... sayup-sayup kedengaran suara baby Leynah merengek, tapi Nina maseh hayal menikmati keindahan bunga lili yang lebat berbunga. Pap... adoi... tetiba satu benda berat jatuh ke muka Nina. Bunga-bunga yang ditangan Nina terus terlepas... Nina menggosok-gosok hidung Nina, terasa sakit sekali, oops rupanya Leynah membalingkan botol susunya kemuka Nina.. Padan muka Nina... tak mau bangkit-bangkit. Nina tengok jam dah menunjukan pukol 7:55 pagi. Mungkin pagi ni lah yang memecahkan rekod Nina, paling lambat Nina bangkit. Baby Leynah pun mungkin kepenatan juga selepas penat bermain seharian, kalau tidak dialah yang menjadi jam loceng Nina membangunkan setiap subuh.
Turun kebawah pinggan mangkok maseh berserakan belum siap berkemas lagi. Pembantu tu maseh belum dapat synchronize her work, malas nak comment lagi.. asal baby Leynah ada yang jaga.
My hubby pun sampai selepas trekking ke Tasek Lama. Dia menepuk-nepuk perutnya; 'bah siap sudah makanan, lapar ni' (ooh rupanya dia suruh kita sediakan makanan sebelum dia pergi tu...)Ehm... Nina pun terus memanas left-over semalam; sop tulang, daging mushroom oyster, ayam madu, daging pendang dan sotong(dalam hati Nina; tak balik modal.. penat-penat trekking, balik rumah tambah lemak lagi, buang masa jer...) tak pe lah dia ni walau satu ton makan pun badan maseh macam tiang lampu, kite jer yang kena pikir.

No comments:
Post a Comment