Wednesday, September 27, 2006

kak Mon oh kak Mon...


Entah kenapa rumah Nina yang disebelah tuh tak kasi masuk. Dia tak kenal tuan rumah lagi.. Agak-agaknyalah.. Tuan tanah nak mintak garan kut! Kalau macam ni gayanya, kenalah kak Mon gulung tilam bantal balik kerumah pusaka nih.. Sedehnya kak Mon dihalau dengan mulus..
Tak pe lah.. Malang bang Mat malang berlipat.. Malang kak Mon terpaksa lompat.. Huuhuhuhu..


Dah lah dah.. Toksah nangis-nangis.. Kita senang-senangkan diri.. Kalau macam tu tak boleh.. Kita buat macam nih..


Achik! kak Mon dah buatkan TULIP untuk ko. Ko tengoklah betapa baiknye ati kak Mon ko nih. Skang TOLONG jan komplen akak lagi tau!


JiD! CIKIDAH mu masih lagi kelabu.. Tengah korek peti doraemon cari 'magical wand' tak dapat-dapat. Sabaq lah eik. Esok lusa pasti kak Mon jumpa.


Infa! BANANA SPLIT mu pon ku tak ketemu.. Kemana ko bersemunyi.. Penat akak tau!


Blue Ellie Funt! BIRU NILA mu kena buat plastic surgery lagi. Mungkin jumaat nih masuk operesyen teater..


Klavu! ehmmmm sangop ker orang nih? Kang baru nak kira untung.. Dah ling.. Malas nak teruskan dihari baik bulan yang baik nih.


Infa.. banana split mu outofstock.. boleh tukar ngan eskrim ini tak??

Ini dia TULIP Achik! Sweet kan???

Yang ini kak Mon. Coba tengok wajah kak Mon kat atas tuh. Amacam seswai tak???

Tuesday, September 26, 2006

Can't live without chocolate


Penat aku selongkar ceruk bandar dan kampong. Namun Pink Jambu tidak juga ku temui. Rozzan... sebenarnya Nina nak cari flakes candy yang berbentuk kelupak bunga berwarna merah jambu. Tapi tiada ada dipasaran lagi kerna kurangnya permintaan. Jadi semua tokeh-tokeh yang jual bahan-bahan kueh tidak mahu membuat saham kelopak bunga tersebut. Alamat Nina kena buat kelopak sendiri lah ni..

Nak tahu siapa Pink Jambu? Tengok biskut yang berbentuk panjang dan mempunyai dua kuntum pink rose itu...

Hijau Zamrud

Saturday, September 23, 2006

Triple Chocolate Peanut Butter Cookies


Posted by Picasa

Salam Ramadhan

Assalamualaikum muslimin dan muslimat semua. Di bulan yang penuh berkah ini Nina menyusun jari memohon kemaafan kepada semua yang pernah Nina catatkan cerita mereka disini tanpa pengetahuan dan izin mereka. Ampunkanlah Nina.

Semoga kita diberi rezki kesihatan tubuh badan agar dapat melakukakan ibadah disepanjang bulan yang penuh berkah ini. Dan semoga amalan yang kita lakukan dibulan ini diterima disisi NYA. Amin amin amin... Ya Rabbalallamin...

RAMADHAN HAMPIR TIBA...
MUNGKIN KITA-KITA PUNYA KESALAHAN
DISENGAJA MAUPUN TIDAK DISENGAJA
UNTUK ITU...
MARI KITA SALING BERJABAT TANGAN
DAN SALING MEMAAFKAN

Dan malaikat Jibril pun berdo'a:" Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kpd kedua orang tuanya (jika masih ada).
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dgn orang-orang di sekitarnya.
Maka Rasullullah pun mengatakan Aamiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah malaikat dan yg meng-aamiin-kan adalah Rasullullah. Sudah setentunya do'a tersebut akan didengar oleh Allah SWT.

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Tuesday, September 05, 2006


Hidangan tengah hari kami; ayam masak lemak, daging rusa kicap, sayur campor, sayor timun bertelor dan buah nanas penyuci mulut.

Team C7 sapu semua makan. Aku cuma mampu mengalas perut. Terasa makanan yang masok dalam kerongkong ku kesap dan meloyakan. Entahlah Labu. Bukan selera ku dan bang Mat.

Bermulanya pengembaraan C7 team di MULU setelah menikmati santapan tengahari. Walau hujan mula merintik, digagahkan kaki melangkah.

Didalam hutan ini bermacam-macam binatang liar menghuni. Yang hairannya aku tak nampak seekor pun berok lalu. Mungkinkah dia malu untuk menyapa rombongan kami???

Sampai dikaki gunung MULU untuk menuju ke gua Lang dan gua Rusa. Lebih kurang 4km dengan 1jam perjalanan santai dari titik ini.

Taman canopy yang kami singgahi sebelum sampai ke gua Lang. Bayangkan bahagian akar sahaja mencecah 8 kaki tinggi.

Pokok ini dinamakan 'IPOH'. Ianya sangat terkenal dikalangan orang asli disini untuk mengambil racun dibuat sumpit. Dalam 15minit bila racun ini disuntikan kedalam darah kita, pasti esok tiada lagi.

Didalam perjalanan menuju kegua Rusa kita akan melintasi beberapa buah gua yang penuh misteri. Tengok ditangan 'guide' kita itu adalah serpihan tengkorak orang Punan. Dulu-dulu mereka disemadikan didalam gua yang terpencil dan jauh diatas bukit. Mereka percaya roh-roh jahat itu tidak akan dapat turun mengacau penduduk dibawah.

Ini salah satu dari beratus gua yang ada dalam hutan simpan ini. Di gua ini didapati serpihan tengkorak dan rangka maanusia berselerak disini.

Menuju ke gua Air Jernih melalui sungai Melinau.

Hutan Tropika yang indah dari jauh sudah melambai-lambai kami untuk menghampirinya.

Sebelum sampai tempat dituju singgah membeli belah didusun Batu Bungan iaitu sebuah perkampungan orang Punan(Penan). Suasananya indah, damai dan sejuk. Seperti sebuah pemandangan diatas kanvas, cantik! tak terucap dengan kata-kata.

Barangan kraft tangan yang unik dihasilkan oleh orang Punan lalu dijual pada tetamu MULU yang singgah. Sungguh halus dan berseni sekali.

Tetamu dari Holland ini juga seperti aku, terpegun dengan hasil keunikan kerja tangan mereka. Hingga kabur mata pilih yang mana.

Adik-adik ini masih lagi tawar menawar dengan penjaja. Harganya... Adusss

Percaya tak, disinilah terdapatnya aiskrim yang unik. Jauh dipendalaman, tanpa ada bekalan kawat api elektrik. Kita tidak perlu risau aiskrim itu akan cair bila sampai ke distinasi. Masih sejuk, segar dan manis.

Aku terpesona dengan tikar ini. Sungguh cantik dan berseni tapi aku tak mampu untuk menukar milik. Lebih murah bermalam diresort atau boleh pos Leynah datang ke MULU.

Perjalanan diteruskan ke gua Angin. Ini adalah dinding luar gua tersebut. Kita terpaksa mendaki tangga untuk sampai ke mulut gua. Pintu gua ini menghadap sungai yang amat jernih. Kita boleh melihat ikan berenang-renang di air sungai yang tenang ini.

Menaiki 200 anak tangga yang menjunam tinggi. Tapi persekitaran yang cantik dan hawa yang dingin membuatkan pendakian ku lancar hingga kemulut gua tanpa berhenti.

bang mat

nina

Aiskrim penghilang dahaga didalam hutan Mulu

Monday, September 04, 2006


Inilah rupa bentuk buah 'aiskerim' yang menyerupai sayur 'pelatuk'. Isi didalamnya pulak macam durian salat(durian belanda)

Bayangan yang dapat dilihat bila objek Young Lady Stalagmite dipanah oleh cahaya lampu.

Meraikan kejayaan team C7 menerokai gua MULU. Rombongan kami berparti sakan malam tuh..

Ini lah bentuk aiskrim yang terdapat di perkampungan Punan itu. Rasanya sedikit berbeza bila sudah sampai kerumah.

Adibah semakin jinak dan petah bercerita kepada ku... Rasa nak terbang mendapatkan Leynah yang berpuloh batu.. Adussss...

Sampai dirumah Cimah, adik dan anak-anaknya yang lucu menyambut kami.

Seperti biasa mereka ini yang terlebih dahulu sampai kemeja makan.

Menanti van mata belalang Bi Es Pi menjemput balik di airport aMIRIka.

Aku cuma membawa pulang beberapa pasang gelang buluh ini, sebiji bakul sikut dan sebiji aiskrim balik ke Brunei.

Walau dalam keadaan basah dan penat, rasa kepuasan dapat menakluki gua Rusa begitu terserlah.

Ini adalah gua Rusa yang terbesar dan tercantik didunia. Didalamnya terdapat 'Garden of Eden', 'Eden Shower' yang setinggi 120meter dari atas bumbung gua. Disini juga sebanyak lebih kurang 3 juta kelawar bermastatutin diperut gua ini. Dipintu masuk dapat dilihat dengan jelas bentuk wajah Abraham Lincoln dari sisi.

Disinilah berjuta-juta kelawar bersemayam. Bau najisnya yang menyesakan. Sungguh meloyakan.

Bila diamat-amati terasa seram sejuk badan ku. Macam raksasa tua yang sedang menunggu mangsanya.

Gua Lang


Seperti 'jelly-fish' yang digantung diatas siling.

Inilah apa yang ada didalam gua Lang. Sungguh menakjubkan.

Di dalam gua Air Jernih ini mengalir sebatang sungai yang tidak dalam. Airnye jernih dan sejuk sekali. Terasa hilang dahaga meminumnya. Dipercayai sesiapa meminum air sungai ini akan muda(1tahun atau 100tahun, aku tak dapat mendengar dengan jelas apa yang 'guide' itu jelaskan kerana bunyi dengung suara yang bergema dikiri kanan ku) dari usianya. Rasa hati ingin saja menyelam disungai yang cantik ini. Seperti cermin saja layaknya.

Ini adalah 'skylight' yang terdapat dipertengahan gua Air Jernih. Kita akan merasa kesujukan angin membelai kita.

Ini adalah Young Lady Cave. Lihat objek ditengah-tengah itu. Dia adalah sebiji 'stalagmite' yang membentuk rupa seorang perempuan yang sedang berdiri.