Alas meja benang sungkit itu di anyam mak mertua. Dulu-dulu wanita Berunai rajin membuat kerja tangan seperti ini. Saya masih ingat di waktu kecil arwah mak sanggup melabur demi mendapatkan benang berkualiti hingga ke Labuan. Bahkan beliau jugak sanggup membeli buku panduan menyungkit yang cuma ada bahasa cina atau pun Jepun. Dengan melihat rajah sahaja tanpa memahami step yang di tulis bahasa asing itu beliau dapat meniru dan mereka corak-corak yang pelbagai.
Bila tiba Hari Raya keluarlah hasil tangan beliau ini untuk memeriahkan bilik tamu kami. Bukan rumah kami saja, bahkan semua di rumah-rumah jiran kami mempunyai alas yang hampir serupa.
Kain merah yang bertekat kain warna emas itu di sulam dengan tangan. Sulamannya sungguh kemas dan teliti. Seolah-olah di jahit dengan mesin jahit 'edging' yang sekarang ini. Sebenarnya banyak 'embalisment' kain itu telah jatuh. Misalnya cermin bulat dan manik-manik yang di perbuat dari kertas parda dan biji-bijian tiada lagi. Kain ini telah di pasang di atas pelamin mak mertua saya ketika dia bersanding. Nostalgikkan???
Saya memang menghargai warisan lama orang tua kita. Mungkin anak-anak remaja kita masih belum dapat menilai erti warisan sebenar. Sebab itu lah mereka cepat melepaskan barang-barang lama kepunyaan keluarga. Saya memang tidak pernah malu memohon benda yang tidak lagi di gunakan oleh mak mertua saya. Misalnya bakul yang sudah bocor itu. Kalau di lihat dari mata kasar memang tiada keistemewaannya. Tapi saya melihat bakul ini dari pandangan yang berbeza. Pertama cerita di sebalik bakul itu dan kedua jangka waktu bakul itu. Saya memang suka melihat kebelakang. Sebab itu saya sangat suka dengan sejarah. Sejarah membuatkan saya tidak lupa diri...