Saturday, December 08, 2007

Strawberry Sweet Heart Slice




Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula kastor
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh ovallete
1 sudu makan esen vanilla

Semua bahan di pukul(hi-speed) hingga gebu dengan mesin pengadun kek.
Masukkan 1/2 cawan mentega cair, kaup dan balik-balikan hingga rata.
Tuang kedalam loyang kek gulung yang telah di lapiskan dengan kertas minyak.
Bakar 180celcius selama 10minit atau hingga kek masak.

Filling:
250gm keju krim (suhu hawa bilik)
1/2 cawan gula aising
1/2 cawan krim segar(youghurt pon boleh)
1/2 biji jus lemon

Pukul semua bahan ini hingga licin dan sebati.

Topping:
1 cawan Jem stroberi
1/2 cawan puri stroberi
2 sudu makan air

Masak dengan api perlahan hingga jem licin dan tak berketul.

Sweet Heart Candy:
Gunakan Fondant icing/moulded icing dan tambahkan 1 sudu teh stroberi emulco dan uli hingga rata. Kemudian canai diatas permukaan yang rata dan terap dengan pemotong biskut berbentuk hati.

Setelah kek masak dan sejuk barulah kita sandwichkan dengan krim keju dan toppingkan dengan jem stroberi. Sejukan dalam peti sejuk sejam barulah di potong kecil-kecil 1"X1" dan hiaskan dengan icing fondant berbentuk hati. Mudahkan???

Nota Yagan:

Kalau tidak punya tiru doh Gelatin Aising sifu kita Norzailina Nordin. Ampun kak Norz! kakmOn pandai-pandai curi resipi dalam dapor Norzailina.. Pssttt kakmOn lagi males nak taip teks panjang-panjang. Kita nak buat shortcut aje :D


Aising Gelatin
(menghasilkan 1 kg)

1 camb serbuk gelatin (pastikan HALAL)
60 ml air panas
125 ml sirap glukosa
1 camb gliserin
2 camb lemak sayuran
900-950 gm gula aising – diayak
Sedikit tepung jagung

Cara membuat
1. Tuangkan air ke dalam periuk, taburkan gelatin. Biar 5 minit.
2. Jerang atas api perlahan dan kacau hingga gelatin larut.
3. Masukkan sirap, gliserin dan lemak sayuran.
4. Kacau hingga semua lemak hampir cair. Ketepikan dari api.
5. Bila semua lemak cair, biar suam sedikit.
6. Campurkan sedikit demi sedikit gula aising, kacau sebati.
7. Bila sukar dikacau, keluarkan dan uli atas papan pencanai yang ditabur gula aising.
8. Uli hingga aising bertekstur halus dan licin.
9. Canai aising gelatin setebal 1 cm dan terap dengan pemotong biskut.

5 comments:

princessharyati said...

hehhe.. i tak chat kt u punya chat room.. hehhe uae ban.. tapi takpe u punya blog ni cantik.. nnti nak belajar cake deco k.

Nina Suria said...

nak blajo boley, tak susah pun wat deco nih.. kakmOn nampak awak dah pro, buat biskut pun nampak cantek dan kemas :)

mamasya said...

...nampak manis menawan strawberry sweet heart ni..siap ada love pink lagi...sesuai dgn namanya. kuih ni kalau org tgh bercinta sesuai bagi kat buah hati....
yg merah tu strawberry filling ke K.mon?
ni pinggan dah hulur, K.mon letaklah 1-2 potong terliur ni...kalau tak bagi kita kidnap satu dulang tu bawak balik M'sia...he..he..

Sri Diah said...

Amboi cutenya cakes... sayangnya jauhlah Nina, kalau dekat memang kak sri nak hantar kak long belajar. ish geram sungguh - cantik-cantik. sure lazat...

Nina Suria said...

mamasya
*isikan pinggan kosong mama 1 dozen stroberi sweet heart n hulo balik* kalo mama rasa masih bercinta, boley kasi org sebelah petang nih kalo tak kasi adik 3org tuh jek.. ngeh ngeh ngeh

Sri Diah
boley anto doreng ni guna kapal selam ke Bonai kak sri.. Alahai..