Wednesday, December 05, 2007

Sambal Tarung Sapak Tahai



4 biji terung di potong bulat
10 ekor ikan Tahai(ikan tamban yang disalai dan di keringkan) di belah dua, buang kulit dan tulangnya.

3 biji bawang merah(di cencang)
3 ulas bawang putih(di cencang)
10 biji lada hijau Thailand(di tumbuk halus)
2 sendok besar lada kisar
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan gula anau/ gula melaka
1 sudu teh belacan di bakar
1 sudu teh pes pusu(ikan bilis)
2 sudu makan udang kering ditumbuk
1/2 cawan + 1 sudu makan asam jawa(ambil patinya saja)
garam secukup rasa

1. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan belacan, lada kisar, sos cili' sos tomato dan gula anau, tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan Tahai dan tumis lagi sebentar barulah masukkan air asam jawa.
4. Masukkan terung dan garam, biarkan sehingga terung masak baru diangkat.

Inilah rupa ikan Tahan sebelum dimasak.


NOTA YAGAN:

Ikan Tahai ini adalah ikan Tamban yang disalai dengan kayu api dan kemudiannya dikeringkan. Ikan ini tahan disimpan lama. Banyak di jual di tamu atau di pasaraya. Ia merupakan hidangan orang-orang Brunei yang sangat digemari sejak dulu lagi. Orang tetua(orang tua) lebih suka memrebus ikan ini dengan asam aur-aur, lada hiris, bawang merah dan semestinya garam. Cukup mudah dan sedap di makan panas-panas.

Saya lebih suka ikan ini di masak sambal goreng. Sedap dimakan bersama nasi lemak atau beras huma yang baru. Kita boleh juga mempelbagaikan ikan Tahai ini menjadi hidangan yang istemewa. Misalnya, di buat sambal Ikan Tahai Kacang Goreng. Sepertimana kita membuat keropok kentang berlaukan ikan bilis dan kacang tanah itu.

2 comments:

cikwan said...

salam kak,morning...banyak wat class cupcakes,dh ramai dh student pelapes..bagus..bagus..
btw akak org mane ye,lam resepi terung tu banyak yg di dwi bahasakan.. ?

Nina Suria said...

wa'alaikumsalam cikwan, terimakasih singgah kemari. KakmOn orang Brunei jati, tulin dek ~ahak~

btw cuppy cake class tu memang nak exposekan budak2 supaya rajin ke dapor, lagi pula dari dorang buat sepah tak tentu hala taim cuti nih, bagus cuba skill budak2 nih kan.. so nanti bila dorang dah kenal benda tepung dan mentega maka pasti ada yang akan jatuh cinta kan??? tak lah mak budak nih esok susah siang malem nak masak tuk dorang aje kan?? kita pun nak rasa gak air tangan anak2 :)

huisy pjg lebar lak kakmOn nih

salam kenal cikwan ;)