Wednesday, December 26, 2007

Khazanah Yang Tak Tersangka


Alas meja benang sungkit itu di anyam mak mertua. Dulu-dulu wanita Berunai rajin membuat kerja tangan seperti ini. Saya masih ingat di waktu kecil arwah mak sanggup melabur demi mendapatkan benang berkualiti hingga ke Labuan. Bahkan beliau jugak sanggup membeli buku panduan menyungkit yang cuma ada bahasa cina atau pun Jepun. Dengan melihat rajah sahaja tanpa memahami step yang di tulis bahasa asing itu beliau dapat meniru dan mereka corak-corak yang pelbagai.

Bila tiba Hari Raya keluarlah hasil tangan beliau ini untuk memeriahkan bilik tamu kami. Bukan rumah kami saja, bahkan semua di rumah-rumah jiran kami mempunyai alas yang hampir serupa.

Kain merah yang bertekat kain warna emas itu di sulam dengan tangan. Sulamannya sungguh kemas dan teliti. Seolah-olah di jahit dengan mesin jahit 'edging' yang sekarang ini. Sebenarnya banyak 'embalisment' kain itu telah jatuh. Misalnya cermin bulat dan manik-manik yang di perbuat dari kertas parda dan biji-bijian tiada lagi. Kain ini telah di pasang di atas pelamin mak mertua saya ketika dia bersanding. Nostalgikkan???

Saya memang menghargai warisan lama orang tua kita. Mungkin anak-anak remaja kita masih belum dapat menilai erti warisan sebenar. Sebab itu lah mereka cepat melepaskan barang-barang lama kepunyaan keluarga. Saya memang tidak pernah malu memohon benda yang tidak lagi di gunakan oleh mak mertua saya. Misalnya bakul yang sudah bocor itu. Kalau di lihat dari mata kasar memang tiada keistemewaannya. Tapi saya melihat bakul ini dari pandangan yang berbeza. Pertama cerita di sebalik bakul itu dan kedua jangka waktu bakul itu. Saya memang suka melihat kebelakang. Sebab itu saya sangat suka dengan sejarah. Sejarah membuatkan saya tidak lupa diri...

Nota Yagan: Mohon maaf jika ada tetamu yang telah meninggalkan komen dalam comment box(A pinch of salt) itu tidak muncul-muncul. Saya menerima aduan personally dari tetamu blog ini mengatakan; mereka telah meninggalkan pertanyaan di situ, namun tiada jawaban. Bak kata Jahrera "...menunggu bagaikan buah kundang tak hilang masam". Mungkin ada kesalahan teknikal ketika penghantaran pesanan itu ke www.blogger.com/comment. Jika abiskita(anda) menghantar komen sila pastikan dulu sama ada pesanan itu sudah di simpan(saved) oleh www.blogger.com/comment atau tidak. Memang kebelakangan ini saya tidak merasa selesa dengan masaalah teknikal yang telah timbul di kedua-dua blog saya. Begitu juga di tingkap sembang itu. Sangat melelahkan untuk membaik pulih. Ampunkan saya.

Tuesday, December 25, 2007

Sinah Bisc





Nota Yagan: Tiga hari ini saya tanat(pulun) mencatat resipi produk baru Sinah Bisc. Mungkin jika saya tiada lagi di bumi, ada anak cucu atau cicit saya berminat untuk mencuba resipi saya ini. Terimakasih Dang Ayang mengenalkan dunia scrapbooking yang bak pelangi ini.

Monday, December 24, 2007

Bingkisan dari Seberang


Saya baru saja balik dari pejabat Pos Berakas untuk mengambil dua bungkusan yang berdaftar. Satu dari Siti Angun Manis di Bukit Mertajam dan yang satu lagi dari Jahrera di Pulau Okinawa.



Siti Angun Manis, tanda hati mu benar-benar melekat seperti magnet itu. Dan kambing biri-biri pink jambu itu jugak. Tengkiew sayang atas ingatan yang tiada sempadan.


Saya tidak menyangka di Hari Raya Korban ini akan menerima kartu salam Aidiladha dari Jahrera yang jauh di mata tapi dekat di hati. Terimakasih beribu-ribu lemon atas ingatan yang manis ini.


Pssstttt.. Nina masih lagi menyimpan towel Salam Lebaran dari Jahrera tahun lepas. Kini Nina sudah ada dua buat hati yang manis. Thank you dear, you're really sweet :)


Nota Yagan: Entry tertangguh.

Thursday, December 20, 2007

Salam Aidiladha dari kami di Berunai



Ampun maaf di pinta


Tetamu pertama kami Puan Hajah Linda dan suami. Cuma sempat buat nasi Briyani Labok dan Makaroni Mozarella Bakar dan kuih muih pembuka kata. Terimakasih sudi bertandang. Jangan jara.



Ini hidangan yang kakmOn makan di rumah terbuka Tangah Milah di Kiarong. Nasi briyani, kepala ikan Bemasa, dua ketul udang galah dan sate ayam. Emmmmm nyaman...

Posted by Picasa

Menjamu selera di pagi raya




Posted by Picasa

Wednesday, December 19, 2007

Pasta Mozarella bakar





Bahan Utama:

1 Paket macoroni
250gm daging cincang
250ml sos tomato pasta
5 biji tomato merah dipotong bulat
1 biji red bell pepper dipotong dadu
1 sudu makan Italian Herbs
2 s.b sos cili
2 s.b cili kisar
Minyak zaiton secukupnya
Garam secukup rasa

Mesin:
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5" halia muda

Optional:

1 1/2 cawan susu segar
1/2 - 3/4 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan mentega
1 cawan keju parmesan
1 cawan keju mozarella
1 s.t italian mixed herbs


A)

Rebus macaroni hingga empuk. Ketepikan.

Tumis bahan mesin dengan minyak zaitun dalam saucepan hingga keemasan.
Masukan bahan sos kecuali tomato dan red bell pepper.
Masukan dagging cincang, masak 5 minit.


(B)
Ambil saucepan, panaskan mentega dengan api yg sangat perlahan.
Masukan tepung dan kacau hingga rata dan tidak berketul.
Masukan susu segar sedikit-sedikit dan kacau lagi. Masak dalam 2minit.
Masukan keju parmesan dan gaul rata. Angkat.
Masukkan sos krim ini kedalam daging (A).
Hiaskan dengan tomato dan daun saderi

Bahan tambahan itu boleh juga anda tinggalkan. Tapi adalah lebih baik jika anda memasukannya. Sos krim itu akan membuatkan tekstur macaroni anda melekat dan tidak berderai. Keju mozarella itu juga fungsinya untuk menambah keenakan macorini tersebut. Bila makan panas-panas keju itu mencair. Dan bila diangkat dari mangkok casserole, dia akan melekit dan elastik, seolah-olah gula-getah yang kenyal(sepertimana iklan *iz*a *ut)

Nota Yagan:-

Insya Allah jika sempat kakmOn akan kembali lagi esok di pagi Aidiadha. Salam Aidiladha untuk semua yang sudi bertandang kerumah kakmOn di sini. Maaf zahir dan batin.