Friday, April 25, 2008

Sotong Sumbat Gebu


Cik Mat, kakmOn dedikasi sotong ni untuk awak. Dah lama tak berkicau, rindu lah pulak :p



4 ekor sotong bersaiz besar(bersihkan dan perap bersama sedikit garam dan jus limau nipis)
300gm daging ayam cencang
3 ulas bawang putih dicencang halus
1 biji cili merah dicencang halus
1 pohon daun saderi dimayang halus
1 pohon daun bawang dimayang halus
1-2 sudu makan kicap kikomon(kicap biasa pun boleh)
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan ubi kentang(dilecek halus)
Serbuk perasa secukup rasa
Sedikit minyak bijan untuk menumis

TUMIS bawang putih dengan minyak bijan hingga keemasan.
MASUKKAN sos tiram, kikomon dan serbuk perasa. Tumis lagi sebentar. Kemudian masukkan ayam dan masak 3minit. Angkat dan gaulkan dengan daun saderi dan daun bawang hingga mesra. Masukkan ubi gentang yang dilecek dan gaul lagi hingga rata.
SUMBATKAN isi ayam kedalam sotong dan sematkan dengan cucuk sate kemas-kemas.



Grill bersama sos lada hitam Sarawak(nak pedas) atau chicken rice chilli sauce(nak manis) dalam masa lima minit. Pastikan ketuhar cukup panas dengan menggunakan api yang kuat(max).




Resipi, nanti kakmOn kirimkan bila projek Gayah Entreprise ni selesai.


Tingkap Mr Oggix ni buat hal lagi, kakmOn tak bisa masuk kedalam. Nak berbalas pantun dengan korang pun azab sesangat. Sakit tekak kakmOn teriak-teriak atas bumbung, dia tak layan gak :( menci nyer...

NOTA YAGAN: Sotong akan menjadi keras dan liat bila terlalu lama memasaknya. So DONT over cook. Jika tidak mempunyai ketuhar, pangganglah sotong diatas kuali non-stick dengan api yang cukup kuat. Dan jika tidak punya non-stick pan, guna saja kuali biasa dengan meletak sedikit minyak supaya sotong tidak melekat bila di panggang nanti. Pastikan kuali itu sudah cukup panas ketika memanggang sotong tersebut. Sekian, selamat mencuba.

6 comments:

Jun :) said...

kak mon, x bayo yuran dewan kot tu sbb x leh wat mesyuarat tingkap, hehehe...amboi, besonyer sutun2 itewww...nnti bg resepi yerrrr...

Cik Siti Wan Kembang said...

bestnya sotongggggggg besar. kat sini mahal ooo...dah lama tak makannn....

Dianne said...

sedap lah plak ehehhe mtk lah ckit dah bwk pinggan nih hehehe

Nina Suria said...

jun
a'ah Mr. Oggix nak TOL :(

pssstttt sotun tu bang mat pancing kat pasar tu sebab senang pilih yg beso2 hikhikhk :P

Nina Suria said...

cik siti wan kembang
kang balik mesia ko boley borong sotun beso sekapal hikhikhik :D

Nina Suria said...

dianne
meh kakmOn kasi manyak2, tapi kalo timangan ko naik jan salahkan kakmOn lak :p